Saturday, 21 April 2012

Gambar Bukan Realiti | Hidup Tak Seindah Gambar

Gambar bukan realiti. Hidup tak secantik gambar.
One more post in Bahasa Melayu.


Fotografi ni adalah satu skill untuk bercerita dengan gambar. Cara storytelling ni senang je:
1. Categorize - asingkan subjek dan background
2. Emphasize - bagi penekanan kat subjek, bagi dia menyerlah
3. Frame - fikir posisi subjek, rule of thirds pun boleh
4. Simplify - pastikan belakang bersih dari kekacauan yang boleh alih perhatian mata dari subjek.
5. Expose - baru mula fikir exposure nak terang atau nak gelap atau nak depth of field macam mana.


Dengan teknik ni orang akan tertumpu kat subjek sahaja. Orang selalu cakap "Wah bestnye, wah seronoknya." Orang hanya nampak apa yang kami nak tunjukkan je. Yang kekacauan lain mana orang tak nampak. Guna gambar shooting baru ni kami akan tunjuk contoh macam mana kami buat.


tengok gambar ni nampak macam jalan-jalan di taman yang tenang dan sunyi walaupun sebenarnya sangatlah ramai masa ni. kami gunakan subjek sendiri untuk sembunyikan orang lain. semua orang lain ada tersorok kat belakang.


Cara yang sama. Sembunyikan orang lain dengan ambil gambar dari posisi duduk dan mendongak ke atas, zoom in untuk style portrait. Abang hensem kita ni pun blogger jugak. Nak tengok blog dia klik sini.



Apa yang anda nampak hanya orang ramai jalan-jalan bawah kanopi bunga yang cantik. bandar nampak cantik dan bersih je.



tak ada sesiapa yang perasan pasal sampah dan bus stop sebab kami sorok dari frame. kalau amik gambar camni memang kantoi lah kan?


Maaflah kalau mimpi-mimpi indah anda dah hancur sekarang. Teknik gambar menentukan segala-galanya bukan? Lagi sekali kami nak cakap, gambar bukan realiti, hidup tak secantik gambar. Photographers semua gunakan teknik yang sama untuk penceritaan dalam gambar. Kalau cerita yang nak diceritakan tu tentang kecantikan, dia akan buat gambar cantik. Segalanya bergantung kepada cerita yang nak disampaikan. 


Lagi banyak gambar akan diupload lagi kat post akan datang. tunggu ye. Ciao. Jumpa lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...