Sunday, 15 April 2012

Salah Minat KPop Nie!! (Updated)

Today I am going out of the norm in two ways. One I am experimenting writing a blog post only using my android alone and I would use Bahasa Melayu as this is exclusively for the people that speak the language only.

Salah ke minat Kpop? Orang selalu kutuk-kutuk kpop dan peminat pun terasa. Ada kes sorang blogger ni post macam "artis korea tak hensem mata sepet" dan komen yang dia dapat sampai ugutan nak tikam. Kes serius. Sampai jadi kes polis tak silap. Wow kan? Baru ni pulak ada kes menyamar jadi orang korea kat facebook. Biasa lah kot bagi peminat kpop mungkin. Ada ke patut dia guna gambar yang aku tangkap, guna gambar ex-housemate aku kat dia punya profile facebook palsu atas nama KIM apa entah. Ada ke patut?

Ok blog ni blog fotografi dan jugak blog jalan-jalan jadi kita tak akan lari dari situ. Minat Kpop ni sama macam minat fotografi. Bagus minat ni. Dengan minat tu kita suka buat sesuatu. Minat kpop minat la menari. Kita asah bakat menari. Minat fotografi asah bakat guna kamera. Tambah skil kita.

Tapi masalahnya minat boleh makan diri. Minat kpop satu hari kita layan kpop tinggalkan aktiviti lain. Kita berhabis beli album lagu kpop. Minat fotografi pulak berhabis beli kamera dan lens hebat-hebat. Masalahnya bila kita fanatik. Apabila kita nak bunuh orang kalau cakap buruk pasal minat kita. Kita kena sabar la hadapi orang macam tu. Memang ada je orang yang mengutuk. Macam Bieber lah. Dia ok je tapi kena kutuk macam mana... Bagi mamat kamera pulak kalau kamera aku harga ribu tu dibuat main memang ada je rasa nak tikam.

Tapi kita kawal jugak. Sabar jelah. Itulah cabaran jadi 'enthusiast'. Dalam BM peminat setia (kalau ada perkataan yang lagi sesuai sila cadangkan). Mula dengan hormati minat orang dulu. Ada je orang yang minat dengan gajet Apple sampai tahap bertekak nak cakap hanya Apple buat gajet terbaik. Jangan lawan atau kutuk. Itu cara kita hormat minat dia. Mungkin bila dia dah penat menyakinkan kita pasal gajet kita bawak dia ke arah kpop pulak. Mana tau dia tertarik dengan lagu kpop bila terdengar.

Jangan... Aku ni peminat jugak lagu-lagu hit dari Big Bang macam Fantastic Baby dan jugak 2NE1 punya lagu Scream. YG bebeh... Aku pun kpop jugak jangan main-main... Jadi bila orang kutuk kpop kita sabar je. Ingat pesanan penaja:

One more thing, pasal menyamar di facebook tu, dulu ada mulut-mulut mengatakan aku yang buat profile-profile facebook palsu tu. Sedap mulut mengata. Kau tau nama aku kira kau tahu sampai isi seluar dalam aku ye? LEKK. Maaf kasar, aku pun dah guna perkataan "lekk' yang biasa digunakan tu. Lekk tu akan buat segala ayat di depan sama ada ejekan atau fitnah tu jadi elok mungkin?

Di facebook aku ada 105 subscribers yang sentiasa tengok je apa yang aku tulis. Subscribers yang bukan friends tapi ikuti perkembangan status public atau album public macam "Snapshot of the Day" dan banyak lagi. Kalau salah satu daripada diorang nak buat facebook palsu, boleh je. Nak akses gambar, akses mutual friends aku dan add facebook segala makhluk di Seoul ni demi kpop pun boleh juga.

Kepada anda di luar sana. Jangan menyamar. Profile picture pun letak lah gambar elok-elok. Tak perlulah nanti bila orang masuk facebook, orang terima friend request dari Taeyang atau dari Naruto. Minat kpop ni tak salah, teruskan. Tapi jangan palsukan identiti di facebook. Aku bagi akses dengan bagi public updates dan gambar public untuk korang. Jangan nak salah guna untuk jadi bahan menyamar jadi orang korea.

Nak keluar amik gambar malam tadi pun aku tak ada mood sebab ni. Sekarang profile yang guna gambar dari facebook aku tu dah padam lepas kena report ramai-ramai. Profile kpop fag dari filipina yang mulut-mulut katakan kepunyaan aku tu masih lagi ada, macam dah ditinggalkan. Mungkin dah hilang minat kat kpop? Teruskan je cakap macam-macam. Kira masuk buku hutang lah.

Back to English mode. Thanks for your time and see ya around...

1 comment:

ShutterAperture Photography said...

hehe..orang melayu, p mana pun tetap melayu~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...