Monday, 12 November 2012

10 Composition Rules


Nak fahamkan segala yang teknikal tentang kamera macam Aperture, Shutter Speed, ISO segala tu senang je. Kalau study satu hari dah boleh kuasai semua tu tapi Compostiton ni ambil masa dan perlukan banyak try and error.

Sebenarnya tak ada undang-undang yang kita kena ikut dalam fotografi. Tapi gambar yang menarik adalah gambar yang lain daripada yang lain. Sebab tu photographers buat rules of composition untuk keluarkan kita daripada ambil gambar yang 'cliché'


Rule of Thirds

Bayangkan frame anda terbahagi kepada 9 segmen dengan dua garisan horizontal dan dua lagi garisan vertical. Rule of Thirds ni cadangkan kita letak subjek kita off-center di atas garisan tu atau di intersection garisan tu. Sekarang dah ada banyak kamera yang boleh paparkan grid view ni, cuba try sekali.






Balancing Elements

Guna Rule of Thirds boleh jadikan gambar menarik, tapi boleh jugak jadikan gambar berat sebelah, biasanya sebab sebelah tu kosong sangat. Korang boleh balance-kan gambar tu dengan secondary subject atau apa-apa elemen yang kurang penting daripada subjek.






Leading Lines

Bila kita pandang kat sesuatu gambar mata kita senang tertarik dengan garisan (lines). Sebab tu kita letakkan satu untuk tarik perhatian kita ke dalam gambar. Banyak garisan yang kita boleh guna ikut kreativiti masing-masing - asalkan boleh bantu tarik perhatian mata.




Bentuk & Simetri


Kita memang dikelilingi bentuk dan simetri. Yang semulajadi ada, yang buatan manusia pun ada. Diorang ni boleh buat gambar yang menarik.




Viewpoint

Dalam kehidupan seharian kita selalu nampak dunia ni dari aras mata kita. Kadang-kadang bila kita tukar sikit cara kita pandang dunia ni dari angle yang lain sikit dari biasa ia akan hasilkan gambar yang best!




Background

Mesti korang pernah alami situasi yang gambar korang dah cukup cantik dah tapi subjek tenggelam dalam background? Sebab tu kita kena ambil kira background jugak. Senang je, masa shooting cari kawasan yang background-nya plain dan tak mengganggu.




Depth


Sebab fotografi ni dua dimensi je, kadang-kadang kalau letak foreground sebelum background boleh jadikannya macam tiga dimensi.




Framing


Sekeliling kita ada banyak benda yang boleh kita gunakan sebagai frame. Bila kita letakkan beberapa objek sekeliling subjek kita, kita boleh tegaskan lagi subjek kat tengah gambar.




Cropping

Kadang-kadang terlalu banyak benda yang berlaku dalam frame kita jadikan subjek tenggelam dalam situasi tu. Jadi kita crop je terus kat subjek yang kita nak tunjukkan.




Experiment!

Sekarang ni pakai digital kita tak perlu fikir sangat nak jimatkan filem. Jadi eksperimen lah dengan macam-macam jenis composition ikut kreativiti masing-masing. Segala tips yang diberi kat atas ni cuma guidelines je macam mana nak keluar dari kebiasaan, tapi banyak lagi cara nak cari gambar yang lebih menarik.



Nak belajar composition ni ambil masa dan banyak trial and error, jadi GET OUT AND SHOOT!


JOM BELAJAR BERSAMA APKINS: Siri Tutorial Fotografi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...