Thursday, 8 November 2012

Exposure Triangle - ISO


Kita mulakan dengan diagram exposure triangle satu.


Di belah kanan segi tiga ni adalah ISO.

Apakah ISO?

Dalam fotografi tradisional gunakan filem, ISO (atau ASA) adalah pengukur sensitiviti filem kepada cahaya. Diorang ni diukur dengan unit nombor beratus-ratus (pernah nampak kan kotak filem tulis - 100, 200, 400, 800 dll). Lebih tinggi nilai nombor filem tu makin sensitif filem kepada cahaya, makin banyak cahaya masuk ke dalam kamera, tapi makin banyak 'grain'.

Dalam fotografi digital zaman sekarang pulak ia digunakan untuk ukur sensitiviti sensor imej dalam kamera kita dengan prinsip yang sama iaitu makin tinggi nilai ISO, makin sensitif sensor kepada cahaya. Dengan menggunakan ISO yang lebih tinggi, kamera akan alirkan lebih elektrik kepada sensor untuk 'gain' exposure. Dengan ni kita boleh jadikan subjek yang gelap lebih terang dan dapatkan shutter speed yang lebih tinggi (untuk bekukan pergerakan).


Tapi ada limit. Kebiasaannya kamera DSLR dengan crop sensor boleh naik sampai ISO 12,800 (bergantung kepada kamera) tapi bila guna ISO terlalu tinggi, ada biji-biji grain dipanggil 'noise'. Jadi kebanyakan jurufoto akan cuba gunakan ISO yang seboleh-bolehnya paling rendah.

Dalam gambar seterusnya saya terpaksa guna ISO 1,600 sebab indoors, tak cukup cahaya nak pakai base ISO 100. ISO 1,600 kira bersih lah. lebih atas lagi akan keluar noise.


Nampak kan noise kat ISO 12800 tu jadikan gambar tak smooth. Sebab tu ramai yang cakap, untuk kamera DSLR beginner digalakkan untuk jangan pergi lebih tinggi sangat melainkan terpaksa. Lebih baik ada gambar penuh noise dari tak ada gambar langsung kan?

Walaupun ada program macam Adobe Photoshop CS5 atau Lightroom yang boleh kurangkan noise, tapi proses tu buang detail yang penting dalam gambar, jadikan gambar tak sharp, orang panggil 'soft'.

ISO apa yang sesuai?
Fotografi ni jadi seronok bila kita keluar dari mod Auto dan cuba set ISO sendiri. Bila kita nak pilih setting ISO apa yang nak pakai, fikir tentang ni;

1. pencahayaan - subjek dapat cahaya yang cukup?
2. noise - nanti gambar akan timbul noise tak?
3. tripod - adakah saya boleh kekalkan kamera stabil dan guna shutter speed yang lama?
4. movement - adakah subjek saya bergerak pantas, perlukan shutter speed yang pendek?

Contohnya anda nak tangkap gambar kawan-kawan dalam kelas dengan pencahayaan yang tak terlalu terang. Nak dapatkan shutter speed yang cukup supaya pergerakan tangan korang tak jadikan gambar bergoncang atau kawan korang yang bergerak jadi beku, kita mesti naikkan ISO.

Situasi yang memerlukan ISO tinggi :
- indoors dengan pencahayaan malap
- indoor sports macam badminton dan squash
- konsert
- masa travel malam

Kawal lah ISO anda sewajarnya.

Geng exposure settings yang lain: Aperture / Shutter Speed
JOM BELAJAR BERSAMA APKINS: Siri Tutorial Fotografi

1 comment:

taufik salleh said...

info berguna ... best ... leh praktik nanti ... thanx Apkins

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...