Friday, 9 November 2012

Asas Fotografi - Semi-Auto PASM Modes

Dah tiba masa untuk tinggalkan mode FULL AUTO!


Mesti ada yang kat luar sana yang pakai DSLR tapi guna mode Auto+ tu kan?

Mode tu ok untuk kebanyakan situasi tapi bukan semua situasi. Kali ni jom kita sembang pasal Semi-Auto Modes. Semua ni berkait dengan Aperture, Shutter Speed dan ISO jadi kalau korang belum baca sila klik link di perkataan tu ye?

Jom kita mula.

P - Program Mode


Mode ini kita gunakan bila kita nak kamera tentukan Aperture dan Shutter Speed, tapi parameters lain macam ISO dan lain-lain masih lagi boleh diprogramkan. Biasanya JOURNALIST dan STREET PHOTOGRAPHER guna mode ni sebab diorang perlu tangkap gambar dengan pantas, tak boleh bazir masa tekan-tekan kamera nanti subjek lari. Walaupun exposure dikira secara automatik, kita masih boleh kawal exposure dengan EV shift.

A/Av - Aperture Priority/Aperture Value


Dalam mode Aperture Priority kita kawal Aperture je untuk kawal Depth of Field(DOF) dan kita biarkan kamera tentukan shutter speed. Parameters lain macam ISO, dan segala macam boleh jugak kita kawal kalau nak. Korang kena jugak tengok shutter speed yang kita dapat cukup ke tak untuk hasilkan gambar yang cukup sharp guna perkiraan Rule of Thumb. Kalau tak cukup pandai-pandai la kawal dengan naikkan ISO ke, atau dengan cara lain guna kreativiti masing-masing.

Mode Aperture Priority ni boleh dikatakan mode yang paling banyak digunakan oleh semua photographers di sekalian alam sebab diorang akan nak DOF yang besar kalau tangkap gambar LANSKAP atau nak DOF yang nipis untuk PORTRAITUREWalaupun exposure dikira secara automatik, kita masih boleh kawal exposure dengan EV shift.

S/Tv - Shutter Priority/Time Value


Untuk mode Shutter Priority kita yang mengawal Shutter Speed dan kita biarkan kamera tentukan Aperture. Parameters lain macam ISO, dan segala macam boleh jugak kita kawal kalau nak. Biasanya kita guna mode ni untuk suruh kamera tu guna shutter speed yang sangat pantas; contoh 1/1000s untuk SPORTS PHOTOGRAPHY. Nak suruh kamera pakai shutter speed yang sangat perlahan pun boleh jugak untuk LONG EXPOSURE macam gambar kat atas yang guna shutter speed 10s. Walaupun exposure dikira secara automatik, kita masih boleh kawal exposure dengan EV shift.

M - Manual Mode


Untuk mode Manual kita diberi kawalan penuh atas exposure kamera kita. Metering System yang biasanya tentukan exposure kita takkan kacau. Biasanya digunakan bila shooting dengan STUDIO SETUP atau KEADAAN CAHAYA YANG TETAP (FIXED LIGHTING). Tapi kadang-kadang dalam situasi yang memerlukan, APKINS guna je mode Manual bila mode Aperture Priority bagi exposure yang tak best yakni KEADAAN CAHAYA YANG SUSAH (DIFFICULT LIGHTING) macam gambar kat atas ni. Bila guna mode Manual, kita kena pandai guna exposure meter dan jugak histogram.

Itu je setakat ni, lebih banyak tutorial akan datang jadi tunggu ye?

JOM BELAJAR BERSAMA APKINS: Siri Tutorial Fotografi


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...