Thursday, 8 November 2012

Exposure Triangle - Shutter Speed

Sekarang semua benda nak laju, tapi perlu ke laju-laju? Kali ni kita cakap pasal shutter speed, orang melayu cakap kelajuan pengatup. Shutter speed ni boleh diterangkan dalam bahasa mudah sebagai masa yang diperlukan untuk merekod cahaya dalam kamera kita. 

Shutter speed dikira dalam unit saat~ Contohnya jika shutter speed tu 10 saat, maksudnya segala cahaya yang ada di depan kamera dalam jangka masa 10 saat akan direkod. Kalau guna shutter speed yang kurang dari 1 saat, kita guna unit pecahan. Contohnya 1/1000s. Pantas gile tu. Kamera cuma merekod cahaya yang ada di depan lens kita dalam tempoh 1/1000s sahaja.

Bila nak LAJU?

Sports photography; ambik gambar sukan. Kita guna shutter speed yang sangat laju untuk bekukan segala pergerakan. Biasanya dalam 1/500s ke atas. 




Bila nak PERLAHAN?

Kalau nak buat efek-efek camni kita pakai lebih dari 1 saat. Tapi pelan sangat kena la letak kamera atas tripod ye? Kalau tak nak tripod pun boleh je kalau korang kreatif. Gambar bawah ni dari Seoul ye, bukan Jepun atau China.



Macam mana nak tau situasi apa memerlukan shutter speed yang laju atau perlahan?


INI BUKAN SETTING KAMERA, TAPI KAWALAN INPUT CAHAYA.


Macam yang diceritakan kat diagram exposure triangle kat atas ni, part shutter speed yang bawah tu. Kalau shutter speed pantas, ia bekukan pergerakan, tapi tak banyak cahaya masuk. Kalau shutter speed perlahan, kita dapat lebih motion blur tapi lagi banyak cahaya masuk ke dalam kamera.

Jadi kalau gunakan shutter speed 1/500s tengah malam, memang gambar gelap gelita sebab cahaya tak sempat masuk. Tapi kalau gunakan shutter speed sampai 30 saat, banyak cahaya boleh masuk ke dalam kamera. Kalau nak handheld night scene, try dapatkan shutter speed 1/30s. Dapat tu pun dah kira elok bergantung kepada stabiliti tangan dan pergerakan subjek anda.

Ok tak?

WARNING dengan penggunaan shutter speed yang panjang, kita perlukan kamera untuk tidak bergerak. Baru imej tu menjadi. Cara paling bagus ialah letak kamera atas tripod. Jadi, apa shutter speed yang sesuai untuk hand hold kamera kita masa tangkap gambar? 


Rule of Thumb

Hape-kebende la tiba-tiba ibu jari ni?

Kalau siang hari tak ada masalah, banyak cahaya kita boleh guna. Tapi kalau malap sikit kita kena berjaga-jaga sikit. Kadang-kadang korang dapat gambar yang blur kan? Puncanya (biasanya-lah~) ada tiga;



  • Out of focus - fokuslah betul-betul, jangan lupa kawal DOF dengan aperture.
  • Motion blur - subjek bergerak laju sangat, naikkan shutter speed.
  • Camera shake - pegang lah kamera betul-betul, atau kawal shutter speed.

Rule of Thumb ni membantu kita untuk dapatkan shutter speed yang sesuai untuk mengatasi camera shake. Sangat penting kalau lens yang kita guna tak ada fungsi IS (Image Stabilization), OS, VC, VR apa-apa lah diorang panggil.

guna formula ni;


1/35mm equivalent focal length [s]


Sebagai contoh, kalau kita guna lens 50mm, shutter speed digalakkan di-set 1/50s atau lebih lagi. Tapi itu untuk kamera full frame, kalau korang baca blog APKINS ni besar kemungkinan kamera DSLR korang tu DSLR crop sensor. Jadi korang kalau nak guna rule ni, kenalah darab focal length dengan Field of View Crop Factor (FOVCF).


- Canon 1.6x

- Nikon 1.5x
- Sony 1.5x
- Olympus 2.0x
- brand lain sila gugel sendiri ;-p

Kalau korang guna lens 50mm, 50 x 1.6 = 80.

Jadi korang digalakkan set shutter speed paling kurang 1/80s.

Rule of Thumb ni cuma saranan je. Lain orang lain tangannya. Ada je guna 1/30s kat lens 50mm. Nafas kena tahan macam sniper lah. Tapi jaga-jaga. Rule of thumbs ni hanya menggurangkan risiko pergerakan tangan kita menggoncangkan kamera. Tapi tidak membabitkan pergerakan subjek. Kalau subjek bergerak dan anda gunakan shutter speed yang rendah, dah mesti akan ada motion blur.


Jadi walaupun kamera bantu kita putuskan shutter speed apa yang kita pakai bila guna mod semi auto macam Program mode, Aperture priority dan lain-lain, kita check jugak lah dengan rule of thumbs. Cara nak betul-betul faham efek shutter speed ni mesti cari feeling dia masa shoot. Apa lagi, keluar dan tembak la. Selamat menembak!


Geng exposure settings yang lain: ISO / Aperture
JOM BELAJAR BERSAMA APKINS: Siri Tutorial Fotografi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...