Saturday, 10 November 2012

Asas Fotografi - White Balance

Kali ni kita cakap pasal White Balance pulak. Untuk RAW shooters diorang tak kisah sebab gambar diorang memang mentah-mentah punya, White Balance boleh fikir kemudian. Tapi untuk JPEG shooters anda perlu ambil perhatian. 

Kat kamera camni rupa menu White Balance.


White Balance ni boleh dikatakan sebagai satu proses untuk membetulkan warna dalam gambar kita. Cahaya dari pelbagai punca ada macam-macam colour temperature, bergantung kat warna dia. Antara contoh presets yang kita boleh pilih;

  • Auto
  • Daylight - 5200K
  • Shade - 7000K
  • Cloudy - 6000K
  • Tungsten - 3200K
  • Fluorescent - 4000K
  • Flash
  • Custom

Apa efek benda-benda ni kat gambar? Jom kita tengok empat contoh dari banyak-banyak preset kat atas.



Gambar ni asalnya adalah RAW file dan APKINS pakai Photoshop untuk apply white balance kat gambar, efek dia macam ni jugak kalau kita set kamera kita punya White Balance dan shoot guna JPEG.

Beza kan warnanya? Untuk result yang bagus rajin-rajinkan lah diri untuk tukar White Balance bila situasi lighting menepati preset yang diberi.

Kalau malas tapi nak selamat gunalah Auto je. Gambar taklah cantik sangat tapi kalau korang decide tiba-tiba nak ubah warna gambar ni guna software macam Photoshop atau Picasa, korang masih boleh buat lagi sebab warna Auto agak pucat. Tapi kalau ada kes yang tersilap pilih, susah nak patah balik dah. Contoh korang tersilap pilih Tungsten, banyak colour information dah hilang dan sangat susah nak kembalikannya guna editing software.

Kalau nak main-main dengan White Balance, cuba guna custom white balance dengan satu white card atau apa-apa benda yang betul-betul putih untuk beritau kamera tu, 'ini putih'. Lepas tu kita cuba lah main-main ikut kreativiti masing-masing. Nak guna preset yang diberi pun boleh cantik jugak.

Cara lagi satu cara nak main dengan White Balance ni senang je, save gambar anda dalam format RAW (gambar mentah dari sensor) daripada JPEG (gambar yang dah diproses). Dengan RAW kita boleh buat banyak lagi editing kat software macam Photoshop dan Lightroom. Walaupun advanced sikit tapi cuba la tangkap gambar guna RAW, TOTALLY WORTH IT.


Artikel RAW vs JPEG (coming soon, still in progress)

JOM BELAJAR BERSAMA APKINS: Siri Tutorial Fotografi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...