Thursday, 22 November 2012

Cara Bersihkan Sensor Guna 'Dry Method'

Pernah tak terjadi kat korang gambar camni? SENSOR BERHABUK!
- Highlight dengan bintang -



Biasanya tak perasan sangat untuk normal shooting tapi bila guna aperture kecik untuk landscape benda ni jadi sangat ketara. Jangan takut jangan nangis. Tak perlu risau. Kita tukar-tukar lens selalu masa shooting jadi sensor berhabuk ni memang perkara biasa. Biasanya takdelah susah sangat nak bersihkan. Tapi jaga-jaga! SENSOR ADALAH PART PALING MAHAL UNTUK BODY DSLR ANDA. Hang pedajal dia, menangis pun tiada guna... Jadi buat dengan teliti dan berhati-hati berlimpa-limpa! DO IT AT YOUR OWN RISK.


Step 1: Check! 
Kalau korang syak sensor DSLR korang lekat habuk, cari dinding warna cerah atau kertas A4 atau apa-apa benda yang warnanya cerah dan sekata.

Lepas tu set lens ke manual focus dan focus ke infiniti, lepas tu tangkap gambar dinding tu. Lebih digalakkan untuk guna setting aperture sekecil yang boleh. Mungkin dalam f/8 dan kecik lagi. Nak f/22 pun boleh asalkan shutter speed cukup untuk dapatkan gambar out of focus kertas putih atau background cerah tu.

Dengan gambar background cerah yang out of focus tu kita boleh check ada ke tak penjelmaan makhluk dinamakan habuk-habuk ni. Korang boleh check in camera atau dalam komputer kalau rajin. Kalau putih bersih, teruskan hidup seperti biasa. Ada kemungkinan itu adalah habuk yang melekat pada lens. Jadi masa check kalau boleh gunakan dua lens. Kalau tompok tu hanya berlaku kat satu lens je, sila bersihkan lens. Kalau tompok yang sama ada kat dua-dua lens, itu bermaksud habuk itu ada melekat atas sensor.

Kalau ada penjelmaan entiti yang normal dipanggil habuk, teruskan membaca!


Step 2: Cari 'Air Blower'. 

Kalau takde, pinjam orang punya atau lebih digalakkan beli satu. Murah lagi berguna kot!


Step 3: Mount DSLR atas tripod, kamera ke bawah.

Abaikan segala anasir jahat di belakang. Tangkap gambar guna kamera henpon je malas nak sorok barang, rumah bersepah. ;-) 

Letak atas tripod dengan kamera tunduk ke bawah dan keluarkan lens. Takde tripod? Beli tripod ahaha. Kalau nak suruh kawan pegang agak berisiko, takut dalam proses tetiba terkena. Hmm... Pepandai la korang bagi kamera duk diam... 


Step 4: Keluarkan lens.
Pastikan buat di kawasan yang angin tak kuat! Ye dalam rumah takkan nak buat kat padang pasir sahara yang berhabuk kot? Lepas tu kalau ada kipas tu slow-kan sikit, turn off pun okey.

Erm... Tekan butang kat belah depan body DSLR tepi lens tu, dan pusing lens anda sampai dia keluar. Sebaiknya tutup bahagian belakang lens tu dengan rear lens cap kalau ada supaya habuk tak lekat kat dia pulak!


Step 5: Sensor Cleaning Mode!
WARNING! Korang digalakkan untuk buat benda ni guna bateri yang penuh. Sebab kamera ni kena sentiasa hidup untuk naikkan mirror yang ada kat dalam...

Kalau kamera anda Canon lebih kurang camni la. Nikon pun lebih kurang sama jugak. Rujuk manual kamera anda untuk lebih detail. Tapi untuk Canon ni;

MENU > Sensor Cleaning > Clean Manually > OK






Step 6: Tiup!

Bila korang nampak mirror dah naik dan boleh nampak sensor kat dalam, tiup angin ke dalam kamera. Kita letak kamera dalam posisi ni supaya habuk yang ditiup tu jatuh ke bawah ikut graviti. Biasanya tak perlu pam angin kuat-kuat pun boleh. Perasan tak air blower tu tiup jauh-jauh? Blower tak perlu masuk ke dalam sangat sampai lebih mount tu. Dari situ cukup.

Tiup puas-puas ye~



Step 7: Re-Check!
Pasang semua lens lepas tu tangkap lagi gambar out of focus background cerah tu macam step pertama sekali tadi. Kalau kamera anda masih dihantui kehadiran entiti paranormal ulang step-step di atas sampai bersih.

Kalau ada jugak, bawak DSLR ke hospital DSLR yang berdekatan sebab 'wet method' memerlukan skil yang up sikit dan agak risky...


Salvage Shot?
Kalau shot yang anda tangkap ada tompok habuk dan anda sayang nak delete gambar tu, buka editing program yang anda pandai guna untuk bersihkan tompok-tompok tu. Saya guna Photoshop CS6 dan Lightroom 3.6, dua-dua ada fungsi spot removal untuk buang tompok yang tidak dikehendaki.

Boleh je selamatkan shot yang berhabuk kat atas, tapi saya nak feel lebih, jadi saya re-do shot tu.


Selamat membersihkan sensor, selamat menembak serta ditembak.

Stay tuned. Insyallah ada lagi artikel akan datang~
JOM BELAJAR BERSAMA APKINS: Siri Tutorial Fotografi

3 comments:

Mohamad Haris Ishak said...

Hebat!! Boleh la try lepas ni..katakan tidak kepada habuk :D

Farib said...

Like !

Farib said...

Like !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...