Saturday, 24 November 2012

HDR & Exposure Bracketing

Kali ni kita cerita pasal camne nak buat HDR guna Exposure Bracketing. APKINS takdelah suka sangat gambar HDR ni, lagi prefer gambar yang warnanya real lagi jujur. Eh jangan lemah semangat pulak, kena ikut taste sendiri jugak.

Camne nak buat HDR ni? Mula-mula kita framing dulu apa yang kita nak, letak kamera atas tripod sebab kita nak tangkap banyak frame gambar dengan exposure berlainan dari tempat yang sama. Kalau bergerak tak jadi. Jadi tripod tu jadi satu kemestian. Jom kita kena belajar pasal Exposure Bracketing. Kalau pros tu diorang pakai Manual mode ke macam-macam, takyah susah-susah, letak mode dial korang kat Program Mode (P).

Lepas tu masuk menu 'Drive mode' untuk aktifkan 'continuous shooting' sebab kita memang nak tangkap lebih dari satu gambar sekali tekan kan? Kebiasaannya drive mode menu ni ada shortcut kat navigation buttons, untuk 600D kat belah kiri button 'SET'. Menu tu macam gambar kat bawah ni.



Lepas tu kita nak suruh kamera tangkap gambar dengan exposure berlainan, kita pegi MENU dan cari 'Expo.Comp/AEB' kat tab kedua.



Masuk setting tu anda akan nampak ni;



Pusing command wheel kat depan sampai line merah tu terpisah. Bergantung kat korang nak perbezaan satu atau dua f/stop. Cuba lah dua-dua, ada orang suka satu stop je. Kalau korang nak HDR lagi ekstrem cuba pakai perbezaan dua stop. Perbezaan satu stop akan jadi camni;



Lepas tu tekan 'SET' keluar dari MENU. Nampak tak EV meter tu ada dua dot bawah +1 dan -1 stop? Auto Exposure Bracket dah aktif dan boleh mula tembak HDR!



Ada kamera boleh proses HDR dalam camera, ada yang tak boleh. Jadi lepas tembak, masuk komputer dan proses kat Photoshop atau Photomatix atau apa-apa program yang korang suka. Contoh kat Photoshop korang boleh buat; 

File > Automate > Merge to HDR Pro

Camni;



Lepas tu pandai-pandai la main dengan slider-slider yang ada kat situ. Good luck!


Oleh sebab APKINS kurang suka gambar HDR jadi malas nak buat. Takde sampel dari APKINS sendiri jadi kali ni jom kita tengok gambar-gambar HDR yang osem dari GUGEL








Stay tuned. Insyallah ada lagi artikel akan datang~
JOM BELAJAR BERSAMA APKINS: Siri Tutorial Fotografi

5 comments:

MK Kimi said...

gambar tu kena format apa ye? raw ke jpeg bila nak merge?

APKINS Photography said...

dua-dua boleh. kalau cara Photoshop Automate > Merge to HDR tu dia lebih sukakan RAW untuk dapatkan lebih banyak dynamic range. Photomatix pun lebih kurang jugak

aiman iskandar said...

boss...nape dekat viewfinder 2 ada bintang kelik2..?

Red IcE said...

apkin...kalu membuat hdr tanpa braketing camne pulak...jenis kamera yang takde bracketing contoh d3100...?

Red IcE said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...