Sunday, 25 November 2012

Isu Fotografi | DSLR untuk Video


APKINS bukan kaki video tapi since orang mintak, cuba lah sikit-sikit.

Sekarang ni kita boleh tengok makin ramai videographers guna DSLR untuk buat video. Contoh Phillip Bloom yang terkenal buat dokumentari dan filem guna DSLR 5D Mark III dan Panasonic GH2. Ada jugak yang terkenal di Malaysia macam Madmie dan Umar Mita. Movie pulak, Avengers dan Act of Valor adalah contoh-contoh video tahap wayang yang shoot guna DSLR.

Memang best tengok hasil kerja diorang. Sebagai anak murid Phillip Bloom APKINS nak sembang pasal kelemahan DSLR dalam videografi dulu.

1. Sensor besar
Sensor yang besar bagus, boleh buat shallow depth of field (DOF) shots yang sangat osem, bagi viewers fokus kat satu tempat yang kita nak tunjukkan dan lupakan apa yang sekeliling sebab semua tu jadi bokeh. Tapi ada certain shots yang perlukan DOF yang besar, boleh je kita tutup aperture sampai ke tahap f/16 kalau diperlukan, tapi kita hilang banyak cahaya. Ok kalau itu masa tengah hari, tapi macam mana pulak malam? Kita tak boleh buat DOF yang besar dalam low light. Jadi time malam kena pandai la tambah lighting sendiri kalau nak pakai f/16.

2. Aliasing & Sharpness
Banyak kamera DSLR ada fungsi video recording biasanya ada sensor yang tinggi megapixel density, 10 Megapixel dan keatas. Tapi video full HD hanya nak 1920x1080 resolution je. Downsizing ni banyak buang detail seperti sharpness dan menjadikan masalah baru macam aliasing dan lain-lain.

3. Noise
Dalam filem kita ada film grain. Kita dah memang terbiasa tengok film grain sampaikan boleh dikatakan dia 'define' idea kita tentang video tahap wayang dan tak perasan pun dia ada kat situ. Tapi dengan DSLR kita ada digital noise yang tak cantik. Film grain cantik lagi.

4. Sound
DSLR punya built in microphone semuanya sangat primitif lagi simple. Kalau di dedicated video camera kita ada shotgun microphone biasanya built-in terus. Kalau DSLR kita kena pasang lain kat atas kamera. Itu pun kalau DSLR tu ada microphone jack input.

5. Ergonomics
Dedicated video camera biasanya berat untuk lebih inertia dan besar sampai boleh letak atas bahu untuk stabilkan video. Tapi DSLR kecik dang ringan. Footage bergegar dari DSLR memang perkara biasa kalau tak pakai rig.

6. Frame rate
Buat masa sekarang frame rate full HD kebanyakan kamera sampai 30fps maksimum. Sony je yang letak sampai 60fps. Kalau nak buat slow motion memang tak boleh dengan 30fps. Hanya kamera video je yang mampu capai 240fps dan lagi tinggi lagi untuk slow-mo yang cun.

7. Resolution
Kebanyakan kamera DSLR hanya shoot 1080p full HD video tapi sebenarnya banyak wayang shoot dalam resolution 4K ke, IMAX punya resolution ke, sebab kalau diorang nak reframe video tu tak ada masalah, boleh crop je. Senang. 

8. RAW video
Tanpa RAW video kita tak cukup latitude (dalam bahasa gambar Dynamic Range) untuk post processing! Ramai DSLR film makers guna CineStyle dan banyak lagi flat picture styles lain tapi masih tak cukup latitude~!

Banyak lagi lah kelemahan DSLR dalam video sebab diorang memang design DSLR untuk gambar. Tapi orang guna jugak sebab bukan semua orang mampu nak pakai cinema grade camera macam RED EPIC. DSLR ni jadi satu alternatif kepada indie film makers kat luar sana. Sebab segala kelemahan tu korang lah yang kena pandai atasi atau cari 'work around' jalan alternatif gitu.

Tips simple-simple nak dapat video cantik guna DSLR 
Untung sesiapa yang pakai Canon 550D dan keatas (600D, 60D, 7D, 5D Mark II etc.) kita boleh amik video tahap wayang guna DSLR kita.

1. Guna Manual Exposure
Aperture, Shutter Speed, ISO segalanya kawal sendiri. Aperture boleh kawal DOF. Shutter speed letak dua kali ganda dari frame rate, contohnya kalau shoot 30fps, letak shutter speed 1/60s. Kalau lebih nanti subjek yang bergerak akan nampak 'jumpy'. ISO pulak guna serendah yang mungkin, kalau boleh jangan melepasi ISO 1600 bila noise dah kacau video. Lepas tu cuba dapatkan exposure meter tu dekat dengan '0' mark dan jangan overexpose.

2. Guna Manual Focus
Manual fokus lebih tepat dan tak ada focus-hunting masa record video.

3. Guna Picture Style yang sesuai
Kalau korang nak edit dekat program macam Adobe Premiere, Adobe After Effects, Sony Vegas, Final Cut dan lain-lain sila pakai custom picture style dengan setting sekian:


NEUTRAL
Sharpness: 0
Contrast: -4
Saturation: -2
Color Tone: 0

Kalau takde plan nak edit warna, pakailah yang mana korang suka ikut kesesuaian; Neutral ke, Portrait ke.

4. Kawal White Balance
Jangan lupa kat White Balance korang pulak bila shoot video. Jaga cara yang sama dengan masa tangkap gambar.

5. STABILKAN kamera!
Ini sangat penting, letak kamera atas tripod atau monopod atau flycam untuk video yang smooth.

6. Jangan zoom in out!
Pening orang kalau korang zoom dalam recording, lagi bagus korang berhentikan recording kejap, zoom lepas tu baru sambung balik recording. Kalau nak pun slow-slow zoom dan pastikan lens korang tu constant aperture zoom lens, kalau tidak exposure berubah.

7. Subscribe channel YouTube sifu yang ajar DSLR film making
Banyak lagi benda yang kita perlu tau nak buat video tahap wayang. Jadi cari sifu-sifu yang sesuai.
  1. Fenchel & Janisch
  2. Neumann Films
  3. Dave Dugdale
  4. Phillip Bloom
  5. DSLR Film Noob
Ini baru lima, sebenarnya ada banyak lagi yang hebat-hebat buat video ni. Ilmu videografi sangat luas, pembelajaran tak habis dekat shooting, mesti editing dan lain-lain. Tak ada masalah nak shoot video dengan kamera DSLR, yang penting skill ada nak buat. Jadi bila orang tanya,

"Kalau nak tangkap video kenapa pakai DSLR, tak beli video kamera?"
Jawab,

"Tolong belikan Sony FS700 atau RED Scarlet..."



JOM BELAJAR BERSAMA APKINS: Siri Tutorial Fotografi

2 comments:

Abraham Galih said...

I like your last statement hahaa, thanks for the information :D

The Geeks said...

info yg menarik.. salam kenal yaa..
thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...