Monday, 26 November 2012

Kamera | 7 Kelebihan Kamera Crop

Kalau kita google pasal perbezaan kamera full frame macam Canon 5D Mark II bandingkan dengan kamera crop sensor macam Canon 7D, 60D, 650D, 600D, 550D dan lain-lain, banyak yang puji kamera full frame. 

Kali ni APKINS nak memberontak dan nak cerita pasal kelebihan kamera crop!

HIDUP HIDUP!

Apa itu full frame & crop?


<Gambar curi dari gugel> 

Kita tengok gambar kat atas ni, kamera belah kiri adalah kamera full frame, Canon 5D namanya. Belah kanan pulak kita ada kamera crop sensor, Canon 50D namanya. Nampak kawasan dalam lens mount besi tu, ada benda macam skrin hitam, itulah benda yang dipanggil sensor. Sensor 5D besar dari 50D kan? Sebab tu lah 5D dipanggil full frame.

Ramai pro suka kamera full frame atas sebab-sebab sendiri. Kamera full frame memang bagus, tapi untuk yang tak bernasib baik (takde poket tebal...) kita pakai la kamera crop. Tapi jangan risau! Setiap benda ada kelebihan dan kekurangan... Kali ni kita fokus sebab-sebab kenapa kamera crop bagus?


1. Nisbah Kualiti dan Harga
Kamera full frame terbaru buat masa ni dari Canon ialah Canon 6D tapi tak jual lagi. Jadi kita cakap pasal Canon 5D Mark III. Kamera tu RM11,000 kot, tanpa lens! Gambar memang superb. Lepas tu kamera 550D yang berharga dalam RM2.5k dengan kit lens, boleh jugak produce gambar cantik. Jauh tu!

2. Kamera Lagi Kompak!
Body kamera crop lagi kecik dan lagi ringan daripada kamera crop (biasanya lah..). Canon 600D letak sebelah 5D memang kecik giler~ Ringan pun ringan senang nak bawak gi jalan-jalan.

3. Lebih 'REACH'
Dengan kamera crop, focal length lens kita pun bertambah jugak sebab field of view menyempit. Perkiraan tu kita kira camni;

Focal Length x Field of View Crop Factor = Equivalent 35mm Focal Length

contoh;
50mm x 1.6 = 80mm

Jadi kalau lens 50mm letak kat kamera crop, ia bagaikan pakai lens 80mm kat full frame. Ini jadi kelebihan kepada mereka yang tangkap gambar wildlife atau sukan! Ye lah, mesti nak lens panjang, takkan nak tangkap gambar rimau kena masuk kandang rimau pulak?

4. Lebih Pilihan Lens
Canon ada dua jenis sambungan lens ke body (lens mount), satu untuk lens EF dan lagi satu untuk lens EF-S. Lens EF ni adalah lens-lens untuk kamera full frame dan EF-S adalah untuk kamera crop. Contoh lens EF-S adalah kit lens 18-55mm tu. Bentuk sambungan dia lain jadi korang memang tak boleh pasang kat kamera 5D yang hanya terima lens EF sahaja. Tapi dekat kamera crop macam Canon 600D, dia boleh terima dua-dua lens EF dan lens EF-S! Pengguna full frame, jeles ke der?

5. Lens Lebih Murah!
Kebanyakan lens untuk kamera crop murah-murah berbanding lens untuk kamera full frame. Sebab kamera full frame perlukan kaca yang besar untuk fokuskan cahaya kat sensor yang besar. Kamera crop tidak! Jadi sebab tu wujud lens murah-murah macam kitlens.

6. Kurang Masalah 'Corner Shading'
Masalah gambar jadi gelap kat bahagian tepi biasanya dipanggil 'vignette' atau 'corner shading'. Masalah ni biasanya sebab kelemahan lens. Tapi sebab sensor crop lagi kecik, dia tak pakai bahagian tepi lens, dia guna bahagian lens yang bagus je kat tengah, jadi kurang masalah corner shading!

7. Lebih DOF
Sekarang ni ramai orang gila kat bokeh. Tapi bukan selalu kita nak bokeh tu. Kadang-kadang kita nak jugak Depth of Field (DOF) yang besar. Dengan sensor yang kecik of kos DOF lagi besar!

JOM BELAJAR SAMA-SAMA: Siri Tutorial Fotografi

1 comment:

Mohamad Haris Ishak said...

sekarang ni yang membezakan antara FF ngan crop yg aku nampak cuma ISO performance je. utk lain2 sama depends on quality of glass yang kita letak kat lens. kalau guna FF tapi lens cikai, same gak x cantik. cuba letak L lens kat 550D. lawa je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...