Wednesday, 7 November 2012

Panduan Membeli DSLR

Asyik tulis dalam English je keje, sekali sekala tulis dalam BM sedap jugak. Okey jom kita mula urus niaga kita.

Ramai jugak yang tanya kat APKINS kamera apa yang bagus nak beli. APKINS boleh dikatakan sangat baru dalam fotografi ni sebab APKINS baru je setahun lebih pakai DSLR yang noob Canon 600D ni, tapi dah mula berminat dalam fotografi sejak form 2 lagi. Bermula dengan kamera digital brand Casio Exilim pastu upgrade ke Olympus Ultra Zoom pastu baru masuk arena DSLR nak dipendekkan cerita. 

PERSOALANNYA, KAMERA APA YANG BAGUS NI?

Jawapannya: SEMUA KAMERA BAGUS. Apa-apa brand pun bagus. Sebab semua brand, Canon, Nikon, Olympus, Sony, Pentax, Panasonic dan lain-lain semua nak buat kamera paling bagus yang diorang mampu buat, baru boleh jual. Siapa nak meniaga rugi?

APKINS tulis ni sebab ada selebriti yang tanya nasihat APKINS dia minat Canon 650D... Artikel ini untuk anda wahai retis...

Yoeido Autumn Shoot 2012
Kawan punya Canon 60D.

STEP PERTAMA : Soul Searching.

Bukan main-main tau ini penting. Banyak je kes beli kamera besar-besar simpan dalam almari menadah habuk sebab malas guna. Jawab soalan berikutnya;

1. Sanggupkah anda membawa DSLR yang beratnya berkilo-kilo macam mendukung baby?

2. Sanggupkah anda mempelajari segala ilmu fotografi seperti aperture, shutter speed, ISO dll?

3. Sanggupkah anda berbelanja ribuan ringgit untuk aksesori kamera?

Kalau jawapan anda YA kepada ketiga-tiga jawapan di atas tahniah anda mempunyai minat untuk menjadi pengguna DSLR. Kepada yang tak berminat nak angkat DSLR masih ada alternatif.. Jawab soalan ini pula;~

1. Anda inginkan kamera kecil untuk travel dan mahu kualiti gambar serta kawalan macam DSLR? - MAHAL2 SEMUA NI~
- Sila gugel pasal siri kamera Sony NEX. Kualiti gambar diorang memang tak tumpah macam DSLR, lepas tu kamera macam NEX-5R, NEX-6, NEX-7 boleh kawal macam DSLR. Harga pun setaraf DSLR.
- Sila gugel jugak Olympus OM-D EM-5.
- Jangan lupa Panasonic punye micro four third cameras terutamanya GH2 yang sangat femes dikalangan DSLR filmmakers.


2. Anda mahukan kamera kecil yang boleh hasilkan gambar berkualiti dengan settings auto? KALAU BAJET LIMITED MAI SINI~
- Sila gugel Sony NEX-C3, Olympus PEN series.
- Nikon 1 series; Nikon 1 J1, J2 atau V1 memang cun. RECOMMENDED!
- Gugel jugak Sony RX100, setaraf dengan Nikon 1 cuma takleh tukar lens aje.


3. Anda takde fulus untuk golongan kamera di atas?
- Handphone cukup what~


Inilah Sony NEX-7. Mahal giler~

wokeh group DSLR meh sini.

CARA MEMILIH DSLR YANG SESUAI DENGAN ANDA.


DSLR ni senang je, semua ikut bajet yang anda ada.. Bila ada orang cakap oh pilih Nikon, itu terbaik. Pilih Canon untuk video. Oh jangan terpengaruh dengan ajaran sesat sebegitu. Nak terbaik bukan Canon atau Nikon. Pegi gugel Hasselblad atau Phase One. Itu baru legend dunia fotografi digital. Oh part ni akan bincangkan lebih kepada DSLR je, kamera kategori lain tu dah sebut kat atas kan? Yup kita pilih DSLR ikut berapa fulus kita ada, lepas tu baru fikir fungsi apa yang kita nak.

Bajet anda under RM3,000 untuk DSLR BEGINNER:
Anda boleh pilih dari kalangan kamera ini! Klik link untuk Review atau Harga.

- Canon 1100D (Review, Harga)
Kurang digalakkan skit sebab megapixel count yang rendah dan boleh record video 720p sahaja. Handphone lagi power. Kalau boleh up la sikit ke 550D.


- Canon 550D (Review, Harga)
Kamera pertama yang membuka dunia fotografi yang sebelumnya dikuasai pros kepada pengguna biasa. Untuk harganya memang perfect. Exposure untuk video boleh kawal full manual, fungsi setaraf kamera pro. Cuma satu benda je aku nak komplen, bunyi shutter dia bising betul! Selain tu takde apa-apa masalah. Untuk video memang cantik. Gambar dah tentu cantiknya.


- Canon 600D (Review, Harga)
Bende sama dengan 550D tapi letak skrin yang boleh pusing-pusing. 
650D pulak upgrade sikit dari 600D ni... Pasang dengan lens 18-135mm best jugak.

Note: Walaupun 550D terkenal di YouTube sebab ramai DSLR filmmaker guna buat video cantik-cantik, tapi korang kena tau yang DSLR tak boleh autofocus masa record video (kecuali Sony, dia kes terpencil). Jadi kita yang kena buat manual focus dengan pusing focusing ring kat lens. Jangan risau, ramai otai video lagi suka manual focus dengan tangan untuk kawalan penuh kat video. 

- Nikon D3200 
(Review, Harga)
Kecik je tapi sangat berkebolehan. Aku suka D3200 lagi daripada Canon 1100D. Walaupun dia boleh autofocus masa record video, autofocus dia tak tepat and tak cukup laju. Lagi baik guna manual focus. Lepas tu kita tak ada full manual exposure settings masa video. Sebab tu orang cakap Canon mendahului Nikon dalam video.


- Nikon D5100 
(Review, Harga)
Lebih kurang macam 600D tapi masih ada kelemahan dalam video mode sama dengan D3200.


Note: Nikon ni dah lama. Ada sesetengah lens design lama masih lagi dibuat. Tak semua kamera Nikon compatible dengan lens lama tu, sebagai contoh lens 50mm f/1.8D, tak boleh autofocus kat sesetengah kamera. Anda terpaksa beli lens yang ada built-in AF-S atau AF-I autofocus motor macam 50mm f/1.8G yang mahal sikit. Nak baca lebih detail lagi klik sini.


Teknologi SLT oleh SONY
- Sony A37 (Review, Harga)
Ini kes terpencil. Teknologi translucent mirror (SLT) ni lain sikit dari kamera DSLR biasa, jadi dia boleh record video dengan autofocus yang pantas dan jugak boleh burst 10fps (frame per second, tangkap 10 gambar dalam satu saat). DSLR lain yang sekufu dengannya 3-5fps je. Kepada fotografer wanita suka betul sebab ringan dan jugak senang nak guna. Kepada yang suka video digalakkan amik ni.


- Sony A57 
(Review, Harga)
Teknologi SLT jugak tapi up a notch. Kalu ni dia ada skrin pusing-pusing dan lebih kawalan untuk video. Bagus jugak untuk kaki video.


Note: Sony kalau dibandingkan dengan Canon dan Nikon, Sony sangat baru dalam industri fotografi. Sebab tu kalau korang nak jadi pro banyak lagi lens pro yang belum ada. Kena fikir panjang jugak mana tau nak pegi pro full frame satu hari nanti?

- SECOND HAND?
Tahukah anda, dengan bajet bawah RM3,000 pun anda boleh dapat kamera baik punye, kamera tahap enthusiast punya. Banyak model kamera yang dah lama tapi masih sedap dan gambar menyengat. Sebagai contoh Canon 40D, Canon 50D, Nikon D40 dan banyak lagi. Kalau gugel atau tanya kat kedai kamera mesti ada lagi model lama-lama ni. Kamera second hand ni boleh je asalkan dia masih mampu menjalankan tugas.

Baca artikel; Cara Membeli DSLR Terpakai.
Kalau bajet RM 3,000 keatas untuk DSLR ENTHUSIAST: SERIUS PUNYA
Kali ni kita naik satu level pulak. Kategori ni untuk orang yang nak serius dalam fotografi sebab kamera ni mahal, lepas tu segala fungsi yang biasanya photographer yang serius perlukan ada kat kamera dalam kategori ni. Apa fungsi yang diperlukan tu? Biasanya la, tak apply kepada semua kamera yek.

1. Bateri. Biasanya photographer nak kamera yang bateri tahan lama, dalam kategori ni semua bateri besar, boleh tangkap lebih kurang 900 gambar sekali cas, kalau kamera beginner semua dalam 500 gambar je sekali cas.

2. Top plate LCD. Ini skrin LCD yang ada kat belah atas kamera yang tunjuk kita settings kamera. Benda ni bagus sebab kita senang nak tengok settings dari atas kalau letak kamera atas tripod atau cuma nak jimatkan bateri. Pakai skrin LCD utama makan bateri banyak.

3. Maximum 1/8000s shutter speed. Kalau kamera beginner sampai 1/4000s je. Biasanya itu dah cukup tapi kadang-kadang ada photographer yang perlukan shutter speed yang laju giler untuk bekukan pergerakan.

4. Viewfinder besar dan terang. Kamera beginner biasanya kecik dan ringan sebab dia guna cermin untuk pantulkan cahaya dari lens ke viewfinder. Tapi kamera mahal guna pentaprism untuk pantulkan cahaya dari lens ke viewfinder. (ingat lagi Fizik SPM Total Internal Reflection?) Hasilnya imej viewfinder yang lebih terang dan detail.

5. Dibina lebih kukuh. Kamera dalam kategori ni mestilah lagi kuat dari kamera beginner. Sesetengah parts dibuat daripada parts boleh guarantee tahan lama. Lepas tu badan bukan plastik tapi buat dari besi. Sedap tu of kos la~

- Canon 60D (Review, Harga)
Kamera ni mahal sikit je dari Canon 650D tapi lagi bagus 60D sebab-sebab diatas~

Kalau nak serius dalam fotografi at least mula dengan ini.

- Nikon D90 (Review, Harga)
Setaraf Canon 60D tapi D90 ni agak berumur sikit. Macam biasa video pun tak cantik, Canon 60D menang.

- Pentax K-30 (Review, Harga)
Aik? Pentax? Sedap. Tak ramai orang pakai. Photographer berpengalaman je berani pakai Pentax sebab Pentax je yang buat kamera yang sangat weatherproof. Nak shoot dalam hujan lebat atau dalam shower pun boleh. Cuma jangan celup dalam swimming pool je.

- Pentax K-5 (Review, Harga)
Macam K-30 tapi naik taraf sikit. Kalau nak DSLR untuk rock climbing, jungle trekking segala memang recommended. Oh Pentax K-5 II dah keluar so kalau minat gugel yang tu jugak.

- Canon 7D (Review, Harga)
Terkenal sebagai kamera kedua photographer pro. Sebab segala kelemahan kamera pro 5D Mark II boleh tutup dengan 7D (ada orang cakap la, pakai 7D seekor dah cukup puas dah, atau pakai 5D Mark III).



- Nikon D7000 (Review, Harga)
Sedap jugak nih. Setaraf Canon 7D~

- Sony A77 (Review, Harga)
Sekufu dengan 7D dan D7000, Ada fungsi yang sangat hebat macam 12fps burst mode dan AF. Tapi APKINS tak berapa gemar sangat kamera SLT~ (tapi kalau orang nak belikan ok je)


Kalau nak lagi satu level up? Biar betul korang? Itu dah masuk kategori pro dan pros dah memang tau apa yang dia nak so erm APKINS takleh bagi nasihat pasal tu.

ITU AJE?

Sebenarnya ada banyak lagi kamera yang bagus-bagus kat luar sana. APKINS cadangkan korang gugel dulu, mana yang menarik research sikit lepas tu baru beli.

Kalau ada soalan atau cadangan jemput contact APKINS kat comment form bawah ni atau pegi facebook page APKINS Photography. APKINS akan cuba jawab sebaik mungkin. Selamat mengugel dan menembak!

16 comments:

Athirah B said...

i bought my 600D a month before 650D released. Such a waste T__T

Aperture Kinetics said...

It's okay the 600D is still a very capable camera. Both 650D & 600D does the same thing, they both TAKE PICTURES. ;-p Look around my blog and you will see how I grew my skills with it since last year.

CikBelog said...

nice..kalau nak kamera kecil , kualiti ala2 DSLR with affordable price?

APKINS Photography said...

kat atas part yang saya tulis "Kepada yang tak berminat nak angkat DSLR masih ada alternatif..." part jawapan 1 dan 2. kamera-kamera kat situ majoritinya takdelah mahal sangat.

MOHD AMIR SUFIAN BIN MOHD NOOR said...

Nk agkat a37. .wloupun slt tp org xpasan sgt pun. .hehe sll klu wat comparision dgn d3100,1100d, 600d, a37 lagi ok. .tp mesia ni yg feymes nikon n canon je. .pantex pun ok gak

MOHD AMIR SUFIAN BIN MOHD NOOR said...
This comment has been removed by the author.
Pii Chipsmore said...

d3200 aku rasa hampir full manual dia punya nak setting exposure.. cuma masa rakam setting aperture je tak boleh.. shutter dengan ISO masih boleh setting.. maaf lah mencelah.. :)

azam azz said...

maaf mencelah..
sebenarnya saya budak baru nak berjinak dengan dslr..
sudah setahun lebih saya duk main2 dengan dslr orang lain terutamanya nikon D5100
baru2 ni saya bru beli beli Nikon D3100..
APA PENDAPAT APKINS DAN NASIHAT?......selepas ni saya bercadang nk cri prime lense sbb saye rase lebih kepda potraits style..

Nurul Fadhilah said...

Sebenarnya saya suka/minat tangkap gambar ni. Tapi saya lebih ke arah scenery. Dan yang penting saya tak adalah minat sangat nak tangkap gambar manusia.. Binatang pun saya suka jugak. Dah tanya jugak kat grup facebook lain pasal pemilihan kamera ni.. but still tak dapat gambaran. And I don't have knowledge about dslr. ^_^V

So boleh bagi recommendation sikit tak pasal kamera apa yang sesuai untuk tangkap gambar scenery nih. Saya tak dapat nak cuba tangkap guna dslr sebab none of my friends and my family ade dslr. and digital kamera and phone macam rasa tak best sebab macam tak dapat tangkap gambar tuh.

BUdget dalam RM2k and below..

Thank you so much.

Riska Putri Ayumi said...

thanks gan info nya, sangat bermanfaat sekali,,,
Harga dan Spesifikasi Kamera Olympus Terbaru

Mrs Little Voice said...

Kalau saya nak jual canon 650D second..brp agaknya harga yg sesuai? Tq. Salam aidilfitri

Mrs Little Voice said...

Kalau saya nak jual canon 650D second..brp agaknya harga yg sesuai? Tq. Salam aidilfitri

shafiq hezry farouk said...

Hai mrs little voice. Still available ke 650D tu? Klo still available, brape ye? Bley hubungi sy d email hezry91@gmail.com

aidan said...

Currently using D90.....planning nak upgrade.....D7200 ada pilihan ati.....ada yg lain ke di rekomen....seboleh2nya nikon la coz lens and other gadjet tuk nikon da ada

Nadzrin Puad said...

Hasselbad xde dlm senarai.. Sya guna h4d but now nak tuka ke h6d

Nadzrin Puad said...

Hasselbad xde dlm senarai.. Sya guna h4d but now nak tuka ke h6d

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...