Sunday, 30 December 2012

Petang Ahad yang Beku

Semalam hari sabtu duduk rumah main laptop je kerja sebab hujan dan salji turun. Time tu suhu dalam 0°C je. Tapi pagi ni suhu turun sampai -10°C menjadikan semua air hujan dan salji tu beku. Tambah pulak dengan angin, memang sejuk macam gila hari ni.

Saje ambil kesempatan ni untuk testing lens Tamron 17-50 f/2.8.











Oleh kerana kesejukan yang melampau kami pun pegi masuk supermarket, beli barang dapur sikit dan balik rumah...


Amekkaw lumpur ais. Realiti hidup yang tak selalu orang nak tunjuk time winter ni. Jalan licin dan kotor. Aduh...

Okey stay tuned.

Photo Week - 50mm

Photo week kali ni bertemakan 50mm. Maksudnya semua gambar perlu ditangkap menggunakan lens berfocal length 50mm. Berikut merupakan lima gambar yang terpilih dan kalau nak skip terus ke gambar pemenang skroll ke bawah sekali terus.



5. "lovely flower at a lovely place" oleh Faqihah Saharudin. ISO 125 f/5.0 1/80s

Secara keseluruhan, gambar ni ok. tapi oleh sebab terlalu banyak bunga dalam frame, bunga-bunga tu berebut perhatian mata kita. saya cadangkan datang lebih dekat dengan salah satu bunga dan tangkap satu je, walaupun dengan 50mm agak susah nak datang dekat sebab bunga ni kecil. takpe still nice shot. kalau guna f/2.8 atau besar lagi, lagi nipis kawasan in fokus lagi kurang gangguan dari bunga lain.





4. 'makan salji" oleh Irsyad Ibrahim ISO 140 f/1.8 1/14000s

Dari segi composition saya suka Irsyad letak subjek off-center ikut rule of thirds. Lighting dari tepi time matahari turun pun nice. Rambut dia tu tak completely masuk frame, kalau masuk lagi cantik. Lagi satu, nampaknya kamera fokus kat tangan subjek. Lebih digalakkan fokus kat mata subjek untuk dapatkan muka subjek sharp. Bila kita guna aperture bukaan penuh (maximum aperture) dan Depth of Field pun kecik sangat, dicadangkan next time guna dalam f/2.8 cantik lah untuk portrait.




3. "not for sale" oleh Mohd Khairulnizam ISO 200 f/2.8 1/400s

Dari segi composition dah menjadi. Boleh improve lagi kalau letak dua-dua subjek lebih ke tengah frame. Lepas tu gambar ni nampak sedikit overexposed, biasa lah kamera yang anda gunakan ni nampak subjek hitam, dia nak exposre hitam tu sebagai kelabu dan cuba balance dengan langit putih washed out kat background tu. mungkin next time try underexpose gambar sikit atau balancekan dalam editing software.




2  "A beetle maybe?" oleh Haris Alphashooterz ISO 400 f/10 1/250s

Apa lagi yang perlu saya katakan? Memang macro yang cantik..



GAMBAR TERBAIK PHOTO WEEK 1

"IMG_0233" oleh Rafizzie Othman  ISO 100 f/5 1/320s

Walaupun tingkap tu tak straight sikit tapi ini gambar street photography yang osem dan warnanya menarik. Great work!



Tahniah kepada Rafizzie yang dapat shot terbaik ni dan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dalam PHOTO WEEK. Takpe, lepas ni saya akan adakan photo week lagi dan jom jalan tangkap gambar lagi!

Friday, 28 December 2012

Jenis-jenis Adapter untuk Photographer yang Miskin

Untuk photographer yang miskin macam kita ni biasanya nak dapatkan hasil tapi tak sanggup nak berbelanja banyak. Iye lah, lens fisheye contohnya, mahal dan berguna untuk satu dua fungsi je. Walaupun hasil yang kita dapat guna teknik-teknik DIY ni tak sehebat lens sebenar tapi kadang-kadang boleh dapat hasil yang cantik jugak.

Macro:

1. Reverse Mounting Adapter
Ada orang yang betul-betul kreatif buat segala-galanya DIY guna paip PVC dll, cara dia agak radikal dan berisiko kamera masuk habuk tapi hasilnya boleh tahan, (klik sini untuk ke blog orang tu). Tapi untuk yang kurang kreatif boleh je beli reverse mounting adapter kat kedai untuk pasang lens korang terbalik. Hasilnya memang best, minimal focusing distance (MFD) jadi sangat pendek bila lens terbalik.


Camni lah rupa adapternya.


Pasang lens terbalik atas lens lain untuk MFD lagi pendek.
Bendanya takdelah mahal sangat, dalam RM35 satu kat Shashinki.com. Buat atas risiko sendiri.

2. Macro Extender
Ada jugak nak main macro dengan pasang extender tube untuk dapatkan lebih magnification. Biasanya kita tak boleh fokus secara auto sebab tak ada sambungan elektronik antara kamera dan lens. Ada jugak yang ada sambungan elektronik dan harga up lagi sikit sampai lebih kurang RM600. Camni;


extender tube pasang dengan 50mm. Oh, lagi wide extender tube, lebih magnification kita dapat. 

3. Pasang lens macro depan lens
Tambah lagi satu kanta kat depan lens supaya gambar dapat lebih magnification. Ada la dalam RM300 jugak benda ni. Kita pasang kat depan lens macam UV filter gitu.


Brand 'Diopter' punya macro lens yang boleh dapat melalui eBay. Brand lain pun ada banyak buat jugak. Contohnya Digital Concepts kat shashinki.com

Ultra-wide/Fisheye:

Pencinta seni fisheye pun ada masalah jugak sebab lens yang mahal. Kalau kita tengok lens Canon 8-15mm f/4 L USM sampai US$1,300, kalau tukar RM kan mahal gitu. Ada yang murah untuk kamera APS-C ialah Samyang 8mm f/3.5 fisheye, lens manual focus. Tapi photographers ni nak hidup mesti banyak akal... Jadi ada lah kewujudan lens ultra wide/fisheye yang boleh kita skru kat depan lens macam UV filter gak.


Fisheye murah!

Untuk Disember 2012 saya ada jumpa tiga;
 - Kenko SGW-043 37mm 0.43x Wide-Angle Fisheye Lens (RM 235)
 - Opteka 52mm 0.2x HD Professional Super AF Fisheye Converter Lens (RM 285)
 - Digital Concepts 0.18x Super Wide-Angle Fisheye Lens (58mm, Black) (RM 389)
Saje bagi contoh sikit orang tangkap gambar guna Canon 20D + 18-55 kit lens + Zeikos 0.18x super wide fish eye. Link ke Flickr dia kat sini; Vincent Hollingsworth





Walaupun hasilnya tak sencantik lens fisheye dan lens macro sebenar, tapi boleh tahan lah kalau pakai adapter.

Saya punya genre ialah travel photography dan portraiture. Macro dan fisheye ni lambat lagi lah, sebab tu setakat ni tak ada keperluan untuk semua tu. Tapi takpe, setiap orang ada genre ekspresi kreativiti masing-masing.


Inilah Samyang 8mm f/3.5 fisheye. Kalau ada orang nak belanja ok jeee...

Selain tu ada jugak telephoto filter yang menjadikan lens kita boleh capai lebih jauh dan jugak ultra wide filter untuk dapatkan field of view yang besar. Kalau betul-betul tak mampu cari la filter dan adapter camni. Tapi still saya percaya falsafah "good glass brings good results..." yang bermakna dengan lens yang hebat baru boleh dapat hasil yang terbaik.

JOM BELAJAR SAMA-SAMA: Siri Tutorial Fotografi.

Thursday, 27 December 2012

Jenis-jenis Filter

Filter ni adalah benda yang kita pasang depan lens kita untuk pelbagai fungsi. Kali ni saya nak perkenalkan beberapa jenis filter yang kita boleh letak kat lens kita.

1. UV Filter
UV filter ni adalah filter yang biasanya orang letak kat lens masa zaman filem dulu sebab cahaya ultraungu boleh merosakkan gambar. Tapi ia dah hilang fungsinya untuk kamera digital melainkan untuk melindungi front element lens. Sebab kalau UV filter pecah tak adalah mahal sangat nak ganti tapi kalau front element lens yang pecah kenalah beli lens baru...

Nampaknya UV filter selamatkan lens ni dari pecah lepas jatuh. Beli UV filter takdelah mahal sangat.
2. Clear Filter
Sebenarnya UV filter yang murah akan kurangkan sharpness dalam gambar kita. Biasanya pros tak nak guna UV filter sebab tu jadi diorang gantikan dengan 'clear filter' untuk lindungi lens. Yang bagus-bagus dan femes-femes berjenama B+W atau Tiffen. Harga up sikit lah.

Clear filter untuk melindungi lens tanpa mengurangkan banyak sharpness.
3. Circular Polarizer
Untuk hari yang panas kita akan cari cermin mata hitam kan? Kamera pun ada dia punya Ray Ban tersendiri. Ia dipanggil circular polarizer dan biasanya digunakan untuk menaikkan contrast dalam gambar kita dan jugak mengurangkan pantulan cahaya dari cermin atau permukaan air. Landscaper tegar biasanya suka pakai Polarizer untuk dapatkan warna langit yang lebih biru.

KIRI: tanpa Polarizer. KANAN: dengan Polarizer.
Macam Ray Ban untuk kamera la senang citer.

4. Neutral Density (ND) Filter
Neutral density filter ni mengurangkan jumlah cahaya masuk ke dalam lens. Biasanya orang nak gunakan shutter speed yang perlahan untuk dapatkan efek pergerakan yang smooth, terutamanya pergerakan sungai, ombak dan air terjun.

KIRI: Tanpa ND filter kita terpaksa gunakan shutter speed yang pantas.
KANAN: dengan ND filter kita boleh gunakan shutter speed yang perlahan walaupun hari panas terik untuk laut yang smooth gitu.

5. Graduated ND filter
Kalau korang ingat lagi gambar paling atas sekali, itulah rupa Grad ND filter. Ia digunakan untuk mengurangkan cahaya pada satu belah imej sahaja tapi pada masa yang sama tak kacau jumlah cahaya yang masuk kat belah yang lagi satu. Sangat berguna untuk orang yang suka tangkap gambar matahari terbenam dan lain-lain aplikasi kreatif.

KIRI: Grad ND dah gelapkan langit tapi masih kekalkan bahagian bawah tanpa pengurangan cahaya.
KANAN: Tak ada Grad ND jadi kita dapat langit yang terlalu terang.

Itulah jensi-jenis filter yang biasa digunakan dalam fotografi. Ada photographer yang menggalakkan kita untuk gunakan filter, terutamanya shooter landskap tegar dan kaki long exposure. 

Saya ada cakap yang sharpness akan berkurang kalau pasang filter, ya. Kalau nak dapatkan imej yang paling sharp yang lens tu mampu, sebaik-baiknya tak payah letak apa-apa depan front element lens tu. Tapi itu untuk pengguna lens legend-legend je. Diorang ye la nak imej yang sharp sampai boleh potong jari punya sharp, tapi diorang nak jugak jaga lens diorang sebab lens tu boleh beli motor sebijik cash. Sebab tu ramai yang pakai clear filter.


EMPAT RIBU SETENGAH TERBANG MELAYANG WEHH!!!
Untuk kita yang pakai kit lens, sharpness takkan sepadan dengan lens legend-legend punya tapi kalau pakai UV filter murah-murah lagi lah teruk jadinya. Untuk kita yang tak berwang sangat, nak letak atau tidak UV filter ni semua atas risiko sendiri, Saya tahun pertama je letak UV filter kat depan lens. Cukup setahun hilang dah UV filter tu. Kena rajin letak lens cap lah.

Apa-apapun, selamat shooting dan cuba dapatkan imej yang anda nak dapatkan tu! Gambar sharp mana pun kalau composition out tak menjadi jugak. Nak zoom gambar sampai 200% nak check sharp ke tak itu semua tak payah! Don't pixel peep! Get a life!

JOM BELAJAR SAMA-SAMA: Siri Tutorial Fotografi

Friday, 21 December 2012

Yoeido Snow Photoshoot for Azfeza

Saje tangkap gambar untuk businesswoman yang menjual barangan fesyen, Azfeza.














Ke arah professional photographer!

Thursday, 20 December 2012

Perlukah Post Processing?

Sejak zaman filem lagi, tugas photographer tak berhenti lepas tekan butang shutter. Lepas tangkap gambar, balik pegi darkroom lepas tu celup filem dalam kimia segala macam untuk baiki gambar, lepas tu baru print. Tak percaya ka? Ansel Adams yang legend tu pun buat proses manipulasi gambar. Kenapa tak kita?

"Gambar saya tak cantik sebab tak edit..."

Memang pun! Kalau tekan shutter tu belum habis kerja lagi. Korang kalau nak hasil yang terbaik, cuba proses gambar tu dulu. Ada dua program editing yang terkenal untuk photographers yang saya guna;
  1. Adobe Photoshop Lightroom 3
  2. Adobe Photoshop CS6
Adobe Photoshop Lightroom 3
Adobe Photoshop CS6
Dulu ada jugak guna Lightroom sebab dia ada macam-macam jenis editing yang boleh buat, tapi satu update yang menjadikan Photoshop CS6 super lagi awesome, Adobe Camera RAW 7.0;

Adobe Camera RAW 7.0
Kalau korang belum baca tentang RAW vs JPEG, dijemput baca dengan klik link ni: RAW vs JPEGSecara jujurnya saya tak selalu guna Lightroom. Sebab dah terbiasa guna Photoshop dah bertahun-tahun. Lightroom lagi mudah untuk sesetengah orang.

Ok. Kenapa kita kena kena edit gambar kita ni?

1. Naikkan seri
Lulz naikkan seri. tapi betul kita naikkan warna dia untuk jadikan warna gambar tu lebih menarik.

2. Membaiki kesalahan
Kalau exposure lari sikit, takpe, betulkan balik. Contoh kalau muka kawan kita ada satu jerawat dan kita nak hilangkan jerawat tu supaya kulit macam plastik macam cover majalah pun boleh.

3. Manipulasi
Letak objek terbang la ke apa, PHOTOSHOP LEVEL 9999!

4. Shoot RAW
Kalau shoot RAW nak upload facebook memang tak boleh la. Jadi korang kena edit dulu baru boleh masuk facebook.  

EDITING!
"Eh tak ori la gambar saya kalau edit!"

Em. Kita edit supaya gambar tu jadi macam apa mata kita nampak. Ini sebab sensor kamera, dia tak sehebat mata kita. Proses editing ni nak jadikan gamba lebih natural lah ni. Melainkan korang letak UFO memang tak natural lah.

"Balik rumah nanti nak edit lah..."

Jared Polin selalu cakap bahaya fikiran macam tu masa shoot. Kalau boleh pastikan gambar anda ditangkap dengan sebaik mungkin dalam kamera. Balik rumah ejas sikit-sikit je. Sebab tu kalau nak power fotografi, mestilah cari ilmu fotografi. Ilmu editing ni bukan segala-galanya, satu bab je dalam syllabus.

Boleh je dapat gambar yang superb tanpa apa-apa editing. Contohnya ini;


Straight dari kamera tak edit satu apa pun kecuali watermark tulisan APKINS tu.

Jadi, gunakanlah editing sebagai alat untuk jadikan gambar korang lebih menyerlah. Kalau dapat gambar yang menyerlah straight dari kamera lagi bagus. Kalau korang rasa yang photoshop dan lightroom ni agak menyusahkan, cuba main-main dengan program editing lain dulu macam Google Picasa. Selamat menembak dan mengedit.

JOM BELAJAR SAMA-SAMA: Siri Tutorial Fotografi

Ada masa jemput tengok workshop pasal cara nak gunakan Photoshop CS6. Memang awesome.



Wednesday, 19 December 2012

8 Sebab Kenapa Kita Perlu Guna Lens 50mm

Korang dah beli body DSLR dengan kit lens. Apa lagi yang perlu anda ada untuk belajar fotografi? Jawapannya senang je; lens 50mm.

Banyak variasi di luar sana. Contohnya Canon EF 50mm f/1.8, AF Nikkor 50mm f/1.8D, Nikon AF-S 50mm f/1.8 G, Sony DT 50mm f/1.8 SAM dan banyak lagi. Kenapa Nikon ada dua? Sesetengah body Nikon perlukan lens yang ada AF-S dan AF-I motor untuk atufocus. Kalau nak beli versi tanpa motor check dulu body korang boleh autofocus ke tak dengan lens tu. Takpe, jom kita cerita kenapa kita perlu guna lens 50mm.

1. Paksa kita berfikir tentang composition.
Kalau nak belajar composition atau femes disebut sebagai 'framing', kalau duduk depan komputer tengok gambar orang lain atau baca tutorial ok je. Tapi cara paling berkesan dan paling cepat melekat nak belajar composition ialah dengan bawak keluar DSLR dengan lens 50mm sahaja.

Focal length 50mm tu just nice, tak wide dan tak zoom in sangat. Kita tak boleh zoom jadi dia paksa kita untuk berfikir macam mana nak masukkan subjek dalam frame sebab frame tak cukup wide. Macam mana nak bagi penegasan kat subjek supaya tak tenggelam dalam background kalau tak zoom in? Dia paksa kita untuk berfikir tentang composition sebelum tangkap gambar.

Yeap. Tangkap guna 50mm.

2. Belajar kawal Depth of Field
Sebagai contoh, lens Canon EF 50mm f/1.8 ada bukaan aperture maksimum f/1.8.

Masa tangkap gambar, kita kawal aperture untuk kawal Depth of Field (DoF), dalam bahasa mudah ialah keluasan kawasan yang 'in-focus' dalam imej kita. jadi dengan lens 50mm kita boleh belajar bila nak guna aperture besar dan bila nak guna aperture kecik dan lain-lain.


3. Gambar Sharp
Semua prime lens dibina untuk digunakan pada satu focal length sahaja. Sebab tu dia biasanya lebih sharp daripada zoom lens.


4. 'fast' lens
Dengan aperture f/1.8 kita boleh nak tangkap gambar tengah malam tanpa tripod. Best. Ini la yang orang cakap lens low light gitu.



5. FoV macam mata manusia
Kalau pasang 50mm dekat kamera full frame macam Canon 5D Mark III focal length 50mm berikan field of view sama macam mata manusia. Kalau wide dia macam kena tarik ke tepi. Kalau telephoto pulak macam teropong pulak. Tapi 50mm ni just nice.

6. Ringan dan Kecik
DSLR punya body dah berat dah, lepas tu letak pulak lens 24-70mm yang beratnya 800g tu, lagi rasa berat. Kalau pakai lens 50mm senang je. Diorang ni biasanya kecik je. Lepas tu Canon EF 50mm f/1.8 tu sangat ringan, tak sampai 150g pun.


7. Berguna untuk semua situasi
Kalau korang peminat fotografi jalanan, korang akan nampak ramai yang guna lens 50mm sebab ada feel. Kalau korang ada macro adapter, boleh jugak pasang kat lens 50mm korang untuk dijadikan macro lens. Nak guna buat portrait boleh, nak landscape pun boleh. Semua benda boleh tangkap guna lens 50mm!

8. MURAH
Ini paling best. Lens Canon EF 50mm f/1.8 sangat murah bila kita compare dengan lens lain. Prime lens ni lagi senang nak dibina dari lens zoom, sebab tu dia murah sikit. Canon EF 50mm f/1.8 tu biasanya around RM300 je sedangkan lens lain jauh lagi mahal dari tu.

Jadi, dah ada kit lens, step seterusnya lepas ni cari lah satu 50mm satu untuk belajar fotografi. Kalau dah ada, cuba rajin-rajin bawak keluar kamera dengan lens 50mm tu sahaja. Dah biasa buat Insyallah kualiti hasil gambar anda akan meningkat.

JOM BELAJAR SAMA-SAMA Siri Tutorial Fotografi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...