Wednesday, 19 December 2012

8 Sebab Kenapa Kita Perlu Guna Lens 50mm

Korang dah beli body DSLR dengan kit lens. Apa lagi yang perlu anda ada untuk belajar fotografi? Jawapannya senang je; lens 50mm.

Banyak variasi di luar sana. Contohnya Canon EF 50mm f/1.8, AF Nikkor 50mm f/1.8D, Nikon AF-S 50mm f/1.8 G, Sony DT 50mm f/1.8 SAM dan banyak lagi. Kenapa Nikon ada dua? Sesetengah body Nikon perlukan lens yang ada AF-S dan AF-I motor untuk atufocus. Kalau nak beli versi tanpa motor check dulu body korang boleh autofocus ke tak dengan lens tu. Takpe, jom kita cerita kenapa kita perlu guna lens 50mm.

1. Paksa kita berfikir tentang composition.
Kalau nak belajar composition atau femes disebut sebagai 'framing', kalau duduk depan komputer tengok gambar orang lain atau baca tutorial ok je. Tapi cara paling berkesan dan paling cepat melekat nak belajar composition ialah dengan bawak keluar DSLR dengan lens 50mm sahaja.

Focal length 50mm tu just nice, tak wide dan tak zoom in sangat. Kita tak boleh zoom jadi dia paksa kita untuk berfikir macam mana nak masukkan subjek dalam frame sebab frame tak cukup wide. Macam mana nak bagi penegasan kat subjek supaya tak tenggelam dalam background kalau tak zoom in? Dia paksa kita untuk berfikir tentang composition sebelum tangkap gambar.

Yeap. Tangkap guna 50mm.

2. Belajar kawal Depth of Field
Sebagai contoh, lens Canon EF 50mm f/1.8 ada bukaan aperture maksimum f/1.8.

Masa tangkap gambar, kita kawal aperture untuk kawal Depth of Field (DoF), dalam bahasa mudah ialah keluasan kawasan yang 'in-focus' dalam imej kita. jadi dengan lens 50mm kita boleh belajar bila nak guna aperture besar dan bila nak guna aperture kecik dan lain-lain.


3. Gambar Sharp
Semua prime lens dibina untuk digunakan pada satu focal length sahaja. Sebab tu dia biasanya lebih sharp daripada zoom lens.


4. 'fast' lens
Dengan aperture f/1.8 kita boleh nak tangkap gambar tengah malam tanpa tripod. Best. Ini la yang orang cakap lens low light gitu.



5. FoV macam mata manusia
Kalau pasang 50mm dekat kamera full frame macam Canon 5D Mark III focal length 50mm berikan field of view sama macam mata manusia. Kalau wide dia macam kena tarik ke tepi. Kalau telephoto pulak macam teropong pulak. Tapi 50mm ni just nice.

6. Ringan dan Kecik
DSLR punya body dah berat dah, lepas tu letak pulak lens 24-70mm yang beratnya 800g tu, lagi rasa berat. Kalau pakai lens 50mm senang je. Diorang ni biasanya kecik je. Lepas tu Canon EF 50mm f/1.8 tu sangat ringan, tak sampai 150g pun.


7. Berguna untuk semua situasi
Kalau korang peminat fotografi jalanan, korang akan nampak ramai yang guna lens 50mm sebab ada feel. Kalau korang ada macro adapter, boleh jugak pasang kat lens 50mm korang untuk dijadikan macro lens. Nak guna buat portrait boleh, nak landscape pun boleh. Semua benda boleh tangkap guna lens 50mm!

8. MURAH
Ini paling best. Lens Canon EF 50mm f/1.8 sangat murah bila kita compare dengan lens lain. Prime lens ni lagi senang nak dibina dari lens zoom, sebab tu dia murah sikit. Canon EF 50mm f/1.8 tu biasanya around RM300 je sedangkan lens lain jauh lagi mahal dari tu.

Jadi, dah ada kit lens, step seterusnya lepas ni cari lah satu 50mm satu untuk belajar fotografi. Kalau dah ada, cuba rajin-rajin bawak keluar kamera dengan lens 50mm tu sahaja. Dah biasa buat Insyallah kualiti hasil gambar anda akan meningkat.

JOM BELAJAR SAMA-SAMA Siri Tutorial Fotografi

14 comments:

Haqqul Yaqiin said...

nice article..harap nanti bila2 buat la article ttg DoF ea...sbb x brapa mahir lagi ttg tu..

APKINS Photography said...

dah tulis dah.. cuba tekan link dekat perkataan DoF kat sebab yang kedua tu. atau pegi ke tab 'tutorial fotografi' kat atas sekali untuk link2 ke artikel2 fotografi...

johari said...

maksud adapter macro? blh ke 50mm sbg macro...hehe sharing ye (=

APKINS Photography said...

boleh je letak adapter kat depan atau letak extender tube supaya jadi macro..

syed said...

aku ada tengok dalam youtube uai ajar suruh guna 32mm dulu untuk baru2 yang nak mula..kata nya lagi kamera pertama dicipta dengan guna lens 32mm..mana lagi elok geng?

APKINS Photography said...

lens 35mm mungkin? itu lens wide standard. lens standard adalah 50mm. dua-dua 35mm dan 50mm bagus untuk kita guna.

SyapickDoherty said...

wah..dapat ilmu baru..tenkiu sifu.jenguk2 la blog sy ye bagi pandangan :)

wahyu canon said...

pakai english ja indonesia ta tau

The Geeks said...

asik nih buat main bokeh2 :)
thank you :)

Muhammad Ayman said...

Sorry..sya msih bru..lens 50mm nie..ade yg auto focus..ade yg x ya? Mne 1 yg ptut sye beli..sorry..btul2 newbie..bru 3 ari beli camera..sya pkai canon 700d..mohon pencerahan..terima kasih..

APKINS Photography said...

pengalaman menggunakan fixed lens, apa-apa focal length pun akan beri kita pegalaman yang mengajar kita untuk think before a shot. fikirkan framing apa patut masuk apa tak patut masuk, fikirkan depth of field, nak f/1.8 ke nak f/8.0 ke contohnya. kalau duit banyak beli je mana-mana 50mm yang dirasakan sesuai. kalau tidak, sebab masih baru sangat beli kamera chill dulu. pakai apa yang ada dulu sampai keperluan tu timbul. boleh je fixedkan lens zoom, jangan zoom. just shoot at one particular focal length. pengalaman lebih kurang juga hopefully.

Muhammad Ayman said...

Ok..saya guna dlu apa yg ada..nnt lau dh pndai guna..bru cuba bnda bru..terima kasih bro sgt membantu...

Mohd Azmi Bin Juma'at said...

Kalau pakai 50mm lens ade conveter nye ke? Nk pasang wide or micro..huhu boleh recomend..

Mohd Azmi Bin Juma'at said...

Huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...