Saturday, 8 December 2012

Cara Membeli DSLR Terpakai

Hari ni jom sembang tips membeli DSLR terpakai yang saya belajar dari orang. Ada banyak lagi tips boleh belajar dari pros yang berpengalaman. Jadi selain baca artikel ni tanya-tanya lah jugak pros.



Rajin-rajin cari iklan DSLR terpakai kat Craigslist, Shashinki dll. Sebaik-baiknya cari penjual yang lokasinya tak jauh dari korang supaya senang nak jumpa dan buat urusniaga. Jangan limit pencarian korang kat satu brand je, sekurang-kurangnya consider jugak macam-macam brand dan model yang dijual. Kalau baru nak mula cari yang dijual dengan lens sekali. Beli la body sahaja kalau korang dah ada lens yang compatible bertaburan kat rumah.


Jangan percaya seratus-peratus penjual tu. Check harga kit yang dijual tu berapa harga kalau baru kat amazon.com atau shashinki atau website official produk tu. Biasanya diorang yang jual kamera ni akan letak gambar untuk bagi korang tengok keadaan kamera tu. Kalau diorang letak gambar copy paste dari google, elakkan. Diorang kaki kamera mustahil takde kamera nak tangkap gambar DSLR tu. Handphone pun dah ada kamera zaman sekarang. 

Baca details baik-baik. Kalau takde boleh jugak tanya kat penjual. Cari info camni; 
  • Berapa shutter count
  • Segala butang, wheel dan ring berfungsi atau tak
  • Lens bersih tak, ada calar, habuk atau fungus? Calar kecik microskop takpe.
  • LCD screen calar ke tak?
  • Flash berfungsi tak?
  • Manual fokus berfungsi tak?
  • Kamera pernah servis tak?

Biasanya banyak penjual letak 'perfect working condition' atau 'like new' nak promo barang tu. Tapi korang gali lagi; 
  • Cari info pasal shutter count. kalau takde, elakkan beli. Kalau kurang dari 5,000, beli. Kalau lebih 20,000 kamera tu dah berumur dan dah guna dgn lasak dah.
  • Kalau ada butang, wheel tak berfungsi, itu maksudnya kamera tu perlukan repair. Berisiko tinggi. Baik takyah.
  • Calar kat lens sikit-sikit kecik je takpe. Jangan calar teruk atau fungus dah tumbuh je.
  • Calar kat LCD screen? Terpulang kat korang sebab tak kacau kualiti gambar pun. Kalau tak kisah guna la peluang ni untuk mintak turun harga lagi.
  • Flash kalau tak berfungsi jangan beli.
  • Tanya kamera ni pernah kena servis atau tak. Kalau pernah rosak sebab jatuh, jangan beli.

Kalau korang puas hati dengan kamera tu, aturkan untuk jumpa dan buat urus niaga. Urus niaga guna pos berisiko sikit sebab korang tak boleh test barang tu. Cari tempat yang public lagi sesuai macam kat shopping complex ke, kat mamak ke, Bawak barang yang diperlukan untuk test kamera tu macam memory card atau bateri kalau boleh nak test punya pasal. Suruh orang tu bawak pun ok je. Masa jumpa tu check kamera tu betul-betul. Kalau penjual DSLR tu tergesa-gesa nak jual sangat, cancel deal terus.
  • Check keadaan kamera tu camne
  • Tangkap gambar guna setiap mode P Tv Av M
  • Test EV. +2.0 sepatutnya terang dan -2.0 tu gelap.
  • Test ISO
  • Test Auto dengan flash, nak tengok flash berfungsi ke tidak.
  • Try AF dan manual fokus.

Masa jumpa tu bawak kawan atau mak bapak untuk keselamatan. Dah siap test, buat urus niaga dan balik. On the way balik test lah lagi kamera tu sampai puas.

Selamat membeli.

JOM BELAJAR BERSAMA APKINS: Siri Tutorial Fotografi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...