Sunday, 2 December 2012

DIY Dry Box - Guna Bekas Kimchi

Masuk group fotografi, ramai jugak post pasal lens dia ada masalah fungus.



Ada sekali tu nampak ada brader post gambar dari sensor Canon 350D dia yang dah tumbuh fungus. Ni dia;



Ekstrem gak kan? Fungus ni biasanya suka tumbuh kat lens, terutamanya kalau kamera tu disimpan kat kawasan gelap dan lembap. Fungus ni kalau lambat dicuci dia boleh makan lens coating dan jadikan lens tu rosak teruk. Kes brader atas ni lagi ekstrem, fungus tumbuh kat sensor!

Ramai orang letak kamera dalam beg kamera, dan biarkan lama-lama dalam tu. Memang resipi untuk fungus tumbuh.

Sebab taknak ni berlaku baik kita letak kamera dalam dry box, sebaik-baiknya cari yang bagus, tapi masalahnya mahal. Tengok ni saya screenshot dari shashinki;




Oleh sebab kami ni student yang miskin, kami DIY je dry box kami ni. Tak perlu ikut seratus-peratus, korang research dulu sebelum buat, buat tu ikut style korang ikut apa barang korang boleh jumpa.

1. Airtight Kimchi/Food Container.



Kami ni duduk kat Korea nasib baik ada bekas kimchi yang kedap udara dan besar. Saiz dalam 6L ke atas dah cukup untuk kamera dan lens yang basic-basic. Sebaik-baiknya pilih bekas yang lutsinar supaya cahaya boleh masuk, barulah UV light boleh masuk dan cegah pembentukan fungus. Fungus suka kat tempat gelap. Bekas yang saya beli ni bersaiz 10L, murah je. Yang paling penting ia kedap udara.

2. Silica Gel.




Silica gel ni untuk keringkan udara dalam bekas kedap udara. Cari la dalam pek yang bersesuaian. Korang jangan pulak beli jenis yang dalam bekas plastik keras macam Thristy Hippo tu, itu nanti ambil ruang dan lepas tu dia akan kumpulkan air kat bawah dia. Kalau tertumpah air tu kena kamera, menangis air mata darah pun tiada guna~

3. Kain lapik (optional).

Saje nak buat lapik belah bawah bekas kedap udara. Buat kusyen untuk kamera dan lens.

4. Hygrometer.

Meter analog/digital yang tunjukkan kelembapan udara dalam bekas kedap udara tu. Lagi bagus kalau kita letak hygrometer supaya senang nak tau udara dalam bekas tu lembap sangat atau tak. Takde meter ni ok je tapi kena main agak-agak. Dah cari tadi tak jumpa pulak. Takde rezeki, hari ni. Hari lain kita cari lagi. Ini gambar curi dari internet, tengok ada meter analog kat situ.



Lepas tu...



Itu sahaja buat masa sekarang. Hygrometer dan segala benda lain tu takpelah, lain kali fikir... Total semua ni 7,000 won atau lebih kurang RM20. Bekas 10L elok je muat DSLR 7D dengan empat lens yang takdelah besar mana.

Kalau korang rasa rumah korang banyak lembapan, dan taknak fungus tumbuh, try la. Murah je.

Okay selamat mencuba. ;-)


Update selepas lima bulan;

Rupa box sama je, dulu dengan sekarang tak payah post gambar pun. Tapi yang menarik silica gel ni.



Inilah rupa silica gel yang dah digunakan selama lima bulan dalam DIY DSLR dry box. kalau tengok dekat2, gel dia dah mushy dan lembap. Ini menunjukkan DIY dry box ni memang berfungsi keringkan lens dan elak fungus tumbuh.

Apa lagi, jom bina DIY dry box untuk elak fungus!


JOM BELAJAR BERSAMA APKINS: Siri Tutorial Fotografi

2 comments:

Mohamad Haris Ishak said...

terbaik la bro!

EbaR said...

Silica gel tu nk letak byk mana? Terlebih dry pon akan rosakkan seal n rubber part kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...