Saturday, 15 December 2012

Exposure Compensation


Masa guna kamera korang mesti pernah nampak satu meter yang ada '0' kat tengah dan value positive serta negative. Macam kat gambar kat atas, dia dipanggil Auto Lighting Optimizer. Kalau korang guna M mode dan tekan butang shutter separuh, kamera kita akan bagi tau exposure kita betul ke tak. Kalau ke kanan, itu overexposure atau terlalu terang. Kalau ke kiri, itu under exposure atau gambar jadi gelap. Kalau korang guna P, Av atau Tv mode, biasanya secara default needle tu akan letak di tengah. 
(Nak baca pasal P, Av, Tv, M mode sila klik sini.)

Exposure compensation.

Bayangkan situasi macam ni. Korang tengah tangkap gambar guna mod Av dan dengan Evaluative metering. Lepas tu gambar jadi gelap. Apa cerita ni?

Senang je, tekan butang 'Av' dan pusing wheel ke kanan untuk guna Exposure Compensation dengan naikkan exposure korang dalam +2/3 stop. Dekat Auto Lighting Optimizer display pun lepas tu akan tunjukkan needle berada sikit ke kanan. Jadi tangkap lah gambar korang.

Simple je kan? ;-p

Kalau korang nak baca pasal AEB atau Auto-Exposure Bracketing untuk HDR dijemput jugak. Selain exposure compensation, korang jugak boleh kawal auto exposure dengan guna teknik exposure lock. Selamat menembak.

JOM BELAJAR BERSAMA APKINS: Siri Tutorial Fotografi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...