Thursday, 27 December 2012

Jenis-jenis Filter

Filter ni adalah benda yang kita pasang depan lens kita untuk pelbagai fungsi. Kali ni saya nak perkenalkan beberapa jenis filter yang kita boleh letak kat lens kita.

1. UV Filter
UV filter ni adalah filter yang biasanya orang letak kat lens masa zaman filem dulu sebab cahaya ultraungu boleh merosakkan gambar. Tapi ia dah hilang fungsinya untuk kamera digital melainkan untuk melindungi front element lens. Sebab kalau UV filter pecah tak adalah mahal sangat nak ganti tapi kalau front element lens yang pecah kenalah beli lens baru...

Nampaknya UV filter selamatkan lens ni dari pecah lepas jatuh. Beli UV filter takdelah mahal sangat.
2. Clear Filter
Sebenarnya UV filter yang murah akan kurangkan sharpness dalam gambar kita. Biasanya pros tak nak guna UV filter sebab tu jadi diorang gantikan dengan 'clear filter' untuk lindungi lens. Yang bagus-bagus dan femes-femes berjenama B+W atau Tiffen. Harga up sikit lah.

Clear filter untuk melindungi lens tanpa mengurangkan banyak sharpness.
3. Circular Polarizer
Untuk hari yang panas kita akan cari cermin mata hitam kan? Kamera pun ada dia punya Ray Ban tersendiri. Ia dipanggil circular polarizer dan biasanya digunakan untuk menaikkan contrast dalam gambar kita dan jugak mengurangkan pantulan cahaya dari cermin atau permukaan air. Landscaper tegar biasanya suka pakai Polarizer untuk dapatkan warna langit yang lebih biru.

KIRI: tanpa Polarizer. KANAN: dengan Polarizer.
Macam Ray Ban untuk kamera la senang citer.

4. Neutral Density (ND) Filter
Neutral density filter ni mengurangkan jumlah cahaya masuk ke dalam lens. Biasanya orang nak gunakan shutter speed yang perlahan untuk dapatkan efek pergerakan yang smooth, terutamanya pergerakan sungai, ombak dan air terjun.

KIRI: Tanpa ND filter kita terpaksa gunakan shutter speed yang pantas.
KANAN: dengan ND filter kita boleh gunakan shutter speed yang perlahan walaupun hari panas terik untuk laut yang smooth gitu.

5. Graduated ND filter
Kalau korang ingat lagi gambar paling atas sekali, itulah rupa Grad ND filter. Ia digunakan untuk mengurangkan cahaya pada satu belah imej sahaja tapi pada masa yang sama tak kacau jumlah cahaya yang masuk kat belah yang lagi satu. Sangat berguna untuk orang yang suka tangkap gambar matahari terbenam dan lain-lain aplikasi kreatif.

KIRI: Grad ND dah gelapkan langit tapi masih kekalkan bahagian bawah tanpa pengurangan cahaya.
KANAN: Tak ada Grad ND jadi kita dapat langit yang terlalu terang.

Itulah jensi-jenis filter yang biasa digunakan dalam fotografi. Ada photographer yang menggalakkan kita untuk gunakan filter, terutamanya shooter landskap tegar dan kaki long exposure. 

Saya ada cakap yang sharpness akan berkurang kalau pasang filter, ya. Kalau nak dapatkan imej yang paling sharp yang lens tu mampu, sebaik-baiknya tak payah letak apa-apa depan front element lens tu. Tapi itu untuk pengguna lens legend-legend je. Diorang ye la nak imej yang sharp sampai boleh potong jari punya sharp, tapi diorang nak jugak jaga lens diorang sebab lens tu boleh beli motor sebijik cash. Sebab tu ramai yang pakai clear filter.


EMPAT RIBU SETENGAH TERBANG MELAYANG WEHH!!!
Untuk kita yang pakai kit lens, sharpness takkan sepadan dengan lens legend-legend punya tapi kalau pakai UV filter murah-murah lagi lah teruk jadinya. Untuk kita yang tak berwang sangat, nak letak atau tidak UV filter ni semua atas risiko sendiri, Saya tahun pertama je letak UV filter kat depan lens. Cukup setahun hilang dah UV filter tu. Kena rajin letak lens cap lah.

Apa-apapun, selamat shooting dan cuba dapatkan imej yang anda nak dapatkan tu! Gambar sharp mana pun kalau composition out tak menjadi jugak. Nak zoom gambar sampai 200% nak check sharp ke tak itu semua tak payah! Don't pixel peep! Get a life!

JOM BELAJAR SAMA-SAMA: Siri Tutorial Fotografi

1 comment:

I H said...

Macam best je clear filter tu. Kalau pergi kedai, cakap kat orang tu kita nak beli clear filter eh? Before ni guna UV filter je. Tapi kadang-kadang orang yang jual tu pun mcm blur tak tau jenis-jenis filter hmmm. Btw thanks for the infos!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...