Saturday, 15 December 2012

Metering Mode


Hari ni jom kita sembang pasal metering mode. Zaman filem dulu, banyak kamera yang tak ada light meter. Exposure semua kena setting sendiri. Kalau nak pun kena beli alat lain, bukan built in. Sekarang kita senang je, tekan je butang shutter separuh nanti kamera akan tentukan segala Shutter Speed, f-stop dan lain-lain. Light meter ni lah yang membantu kita dapatkan exposure yang sesuai tu.

Light meter ni atau TTL-metering, dia proses cahaya yang dipantulkan dari subjek untuk cari exposure yang sesuai. Jadi metering mode kita ni mencari warna 18% Grey atau 'middle grey'. Segala luminance values yang ada dalam frame, dari putih sampai ke hitam dia akan campurkan untuk dapatkan warna kelabu tu. Jadi metering mode ni ialah setting yang kita boleh tentukan kat kawasan mana kita nak suruh dia cari data untuk cari warna middle grey tu.

Okey jom kita tengok empat metering mode yang ada dalam kamera Canon 600D. Kamera lain pun lebih kurang jugak.

4% Spot Metering

Spot metering ambil kira exposure dalam kawasan yang kecik je dalam frame. Kawasan kelabu dalam gamba tu tunjukkan saiz kawasan yang diambil kira dalam exposure reading, hanya 4% je dalam frame. Sebab spot metering ni ambil kira kawasan kecil je dalam frame, ia bagus digunakan bila kita berhadapan dengan harsh back lighting. Contoh model korang duduk kat tepi tingkap, kamera akan cuba expose kawasan luar tingkap yang terlalu terang jadi model korang akan jadi gelap. Jadi kita guna spot metering ni dan lock exposure di model kita dan tangkap gambar.

8% Partial

Kalau spot metering ambil kira 4% je kawasan dalam frame untuk cari exposure reading, Partial ambil kira lebih sikit, dalam 8% macam kawasan kelabu dalam gambar tu tunjukkan. Cara guna pun sama je dengan Spot.

Center-weighted Average

Center-weighted average ni pulak berasal dari metering mode average yang ambil kira seluruh frame. Tapi Canon buat metering mode ini center-weighted, dia lebih utamakan kawasan di tengah-tengah frame dan lepas tu dia sebar ke kawasan tepi frame. Ada orang yang pandai guna dia suka guna mode ni dengan teknik exposure lock untuk lebih kawalan dekat exposure. Kita? Hmm cuba je semua.

63 Zone Evaluative

Evaluative atau Matrix metering. Ini metering mode paling canggih. Frame kita dibahagi kepada 63 zon dan kamera kita ada algoritma sendiri tentang kawasan mana yang perlu diambil kira atau tidak. Mungkin nampak macam dia ambil kira seluruh frame, ya, tapi keutamaan diberi kepada kawasan zon yang berada di titik AF yang aktif. Tu titik AF yang ada sembilan kat 600D tu, kalau subjek korang berada di titik AF yang paling kanan, jadi keutamaan akan diberi dekat zon belah kanan tu dan zon yang berdekatan dengannya.

Evaluative metering ni lah metering mode yang paling senang untuk kita guna. Biar kamera yang susah-susah fikirkan segalanya. Untuk beginner digalakkan untuk cuba dengan Evaluative metering dulu kalau belum pandai cara nak meter exposure.

Lain situasi perlukan lain jenis exposure. Jadi selain kawal metering mode untuk kawal auto exposure, kita jugak boleh kawal dengan Exposure Compensation/AEB yang dibincangkan dalam artikel seterusnya (klik link di perkataan tu).

JOM BELAJAR BERSAMA APKINS: Siri Tutorial Fotografi

1 comment:

Aresa Ahmad said...

macam mana nak tahu titik AF aktif?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...