Tuesday, 4 December 2012

Movie Recording Has Been Stopped Automatically

Kalau anda owner kamera Canon 550D, 600D, 650D, 60D, 6D dan lain-lain kamera yang guna SD memory card dan ada fungsi movie recording, artikel ini untuk anda. Tengah sedap rakam video dan ini keluar kat skrin korang;


Saya bagi klu, puncanya sebab kad memori korang tak dapat kejar kamera korang. So, jom belajar maths dari segi dunia elektronik segala macham. Ingat formula ni;

1 Megabit = 0.125 Megabyte

Jadi segala engineers Jepun yang design kamera Canon EOS yang ada fungsi video recording ni dah set kamera ni untuk rakam full HD 1080p progressive video dalam format *.MOV yang telah dikompress dengan codec H.264 dalam range 40 Megabit sesaat dan 60 Megabit sesaat. Yup, kamera ni ada 'variable bitrate'. Biasanya bitrate akan kekal rendah kalau korang tak banyak gerakkan kamera tu, tapi bitrate akan menaik bila banyak pergerakan berlaku, terutamanya kalau anda gerakkan kamera panning ke sana kemari.

Apa benda semua ni!

Jadi masa rakam video 1080p, kamera korang muntahkan data dalam range antara 5 hingga 7.5 Megabyte sesaat. Hmm okey apa kaitannya dengan masalah video berhenti rakam sendiri?

Jom tengok kad memori pulak.


Nampak tak nombor yang dikelilingi bulatan tak siap tu? Itu adalah class number. Kad kat belah atas ni ialah Class 4, sebab dia tulis nombor 4. Nombor class ni adalah penanda write/read speed kad memori tu. Camni kiranya;

Class 4 = 4 Megabyte sesaat
Class 6 = 6 Megabyte sesaat
Class 10 = 10 Megabyte sesaat (kadang-kadang lebih...)

Kita ulang balik, kamera Canon EOS kita muntahkan berapa Megabyte sesaat masa kita rakam video full HD? 5 hingga 7.5 Megabyte sesaat. Canon galakkan kita untuk guna kad memori sekurang-kurangnya rated Class 6, tapi sebab beza harga Class 6 dengan Class 10 sangat sikit, beli je Class 10. Jauh lagi bagus.

Jadi, punca segala masalah ni ialah masa korang rekod video kamera korang muntahkan data, tapi kad memori korang tak cukup pantas nak terima file tu. Itu je punca masalahnya. Jawapannya, beli memori kad Class 10. Sementara tu rakam lah video anda dalam resolusi 640x480 VGA.

Brand apa? SanDisk Extreme bagus gile, kalau kurang mampu cari Transcend. Ada lagi banyak brand yang ossem-ossem di luar sana. WARNING, jangan main-main dengan kad memori murahan. Kad memori ni tempat korang simpan gambar, bayangkan apa jadi kalau lepas satu hari shooting lepas tu kad memori korang corrupt, semua gambar kat dalam hilang. Menangis pun tiada guna... Jadi, jagalah kad memori korang baik-baik.

JOM BELAJAR BERSAMA APKINS: Siri Tutorial Fotografi

6 comments:

Athirah B said...

thanks beb! sangat membantu ni, hihi

Aqmil Lambung said...

oooo.. baru tau .

SiNTeK eRReR said...

ooo......mmg br tau....TQ bro...

goblok nekat said...

bosone koyo telek mblenyek.....
njenesi tenan, memper wae nek wong2ane polahe koyo segawon......
mbok nek ra iso boso sing pener ki mbok yo ra nyocot wae nyuk, keminter.....

riz zuan said...

tq untuk info.tp sy pki canon650d,memori card class 10.tp still jd yg sama seperti ini.how?

Muhammad Amirurrahim said...

tapi kadang2 kalau writing speed x laju pun masalah jugak apkins

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...