Monday, 10 December 2012

Teknik Auto Exposure Lock

Artikel ni sangat berkaitan dengan Metering. (Artikel masih dalam pembinaan ;-p)

Secara default kamera kita akan guna Evaluative Metering. Dalam metering ni, dia akan ambil perkiraan exposure dari seluruh frame, tapi ada sikit keutamaan diberi kat titk fokus yang aktif. Entah kenapa saya suka guna titk AF tengah. Dan bila ambil gambar dalam situasi yang mencabar macam ada langit terang dan bayang-bayang, susah sikit la nak dapatkan exposure yang sesuai.

Teknik ni senang je, kita halakan kamera dekat tempat yang kita nak ambil exposure, kalau zoom lens boleh je zoom in kat tempat tu dan tekan butang Auto Exposure Lock atau AE-L dekat kamera kita. Lain kamera lain posisi butangnya jadi rujuk manual korang. Untuk Canon 550D/600D butang dia dekat sini;


Gambar cuma tunjuk posisi butang tu. Skrin kita takkan berubah dari main info view kalau kita tekan AE-L button. Jadi kalau korang tekan sekali, dia akan kunci exposure anda dalam masa dua saat je. Tekan butang AE-L lama-lama kalau korang nak kunci exposure tu lama-lama. Bila exposure dah dikunci, dalam viewfinder akan ada satu bintang dekat belah kiri bawah frame viewfinder. Jangan terkejut pulak bila ada benda pelik tu kat situ.

Dalam situasi shooting sebenar kita kadang-kadang kita dapat langit yang terlalu terang sampai kamera korang pun pening. Sebab Evaluative Metering ambil kira seluruh frame, dia akan cuba gelapkan langit yang terlalu terang tu dan jadikan bahagian bayang-bayang gelap gelita. Kita mesti la kawal exposure supaya ambil kira kawasan bayang-bayang yang lebih banyak detail daripada langit yang terlalu terang. Ini contohnya;


Ini JPEG terus dari kamera. Gambar kedua tu kalau proses sikit dalam Photoshop atau Lightroom boleh jadi cantik sebab kita dapat banyak detail dalam kawasan bayang-bayang dan dapat jugak detail dari langit yang terang.

Saya nak tunjuk lagi satu hasil lepas guna teknik ni dan lepas proses di Photoshop.


Jadi dah tau teknik ni apa lagi, test la kat kamera korang! Jom keluar tangkap gambar!

JOM BELAJAR BERSAMA APKINS: Siri Tutorial Fotografi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...