Sunday, 9 December 2012

Teknik Focus Lock

Biasanya kita nak cuba composition yang lain sikit dari kebiasaan dengan letak subjek kita off-center, letak kat tepi frame. Bagus tu. Tapi kamera yang peliknya, fokus dekat background dan bukan dekat subjek macam ni;


Ada kawan tangkap gambar ni guna Canon 60D dengan kit lens guna aperture f/5 (gambar dah crop). Kat f/5 Depth of Field takdelah nipis sangat tapi masih bukan f/16, jadi kat mana kita fokus memang sangat penting! Tengok tu subjek out of focus tapi background pulak yang in focus! 
(baca lagi pasal DoF kat artikel Aperture)  

Oleh itu, gunakanlah FOCUS LOCK!

Perkara pertama yang kita kena buat ialah set titk fokus yang tengah secara manual. Suruh kamera tu guna titik yang tengah sahaja. Kalau Canon 600D tekan button yang dekat dengan thumb grip korang, tu butang zoom in tu...


Secara Default, kamera anda akan mula autofocus bila korang tekan butang shutter separuh jalan. Lepas dia dah siap autofocus, dia akan lock fokus dan lock exposure.

Jadi bila nak tangkap gambar, mula-mula korang halakan titik fokus yang di tengah tu dekat muka subjek, sebaik-baiknya kawasan mata kalau korang guna aperture besar. Korang tekan butang shutter tu separuh dan sistem AF kamera akan cari fokus. Bila dia ada keluar bunyi beep, tanda dia dah dapat fokus dekat subjek. Sementara korang masih tekan butang shutter tu separuh jalan, korang gerakkan kamera korang untuk tukar posisi subjek korang dalam frame macam mana korang nak. Dah sampai dekat frame yang korang inginkan, tekan butang shutter tu sepenuhnya dan tangkap gambar. Kalau subjek atau korang bergerak, ulang.

Simple je kan? Subjek anda pun in focus~

Soalan orang selalu tanya, kenapa tak guna titik AF yang kat tepi tu?
1. Guna titik AF yang kat tengah dan teknik Focus Lock ni lagi cepat. Lambat nak tukar titik AF dari kiri ke kanan selalu.
2. Biasanya titik AF yang di tengah adalah 'king', dia lah yang paling hebat dalam mencari fokus paling tepat sekali daripada titik lain dekat tepi.

Gambar kalau composition cantik tapi subjek out-of-focus memang rugi laa... Selamat mencuba.

JOM BELAJAR BERSAMA APKINS: Siri Tutorial Fotografi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...