Wednesday, 2 January 2013

Highlight Tone Priority

Kalau kita tengok dalam menu kamera kita ada option Highlight Tone Priority (HTP) yang tersorok dalam custom functions.

Kalau baca kat tempat promo kamera, diorang mesti cakap 'menaikkan dynamic range' kamera kita dengan memproses gambar dengan cara yang berbeza daripada normal. Dynamic range ni atau dalam bahasa video dipanggil latitude, ialah perbezaan antara kawasan gelap dan kawasan yang terang. Orang suka dynamic range yang tinggi sebab orang nak detail dalam kawasan terang dan gelap.

Satu efek yang pertama nampak bila turn on HTP ialah 'ISO expansion' akan turn off. Contohnya ISO value biasanya bermula dengan ISO 100, tapi bila turn on HTP, pilihan untuk ISO 100 hilang dan kita punya base ISO jadi ISO 200. Kalau kita expand ISO kita guna custom functions sampai H1 (ISO 12,800 equivalent), dia pun akan hilang jugak. Maksudnya ISO yang kita boleh pakai dalam range ISO 200 hingga ISO 6400.


Boleh dikatakan sebagai naikkan dynamic range jugak la benda Highlight Tone Priority ni. Nak terangkan secara detail agak pening sebab Canon tak terangkan secara mendalam tentang efek fungsi ni kepada gambar kita. Tapi apa yang kita tahu ialah dia menggunakan exposure ISO 100 untuk expose highlights, atau kawasan terang. Lepas tu dia gunakan exposure gain ISO 200 untuk menaikkan kawasan gelap. Bob Atkins pun susah nak terangkan, klik sini kalau nak baca kat website dia. Hasilnya jadi macam ni;


Nampak kan kita dapat lebih detail di kawasan langit dengan menggunakan HTP.

Yang bestnya, ada berpendapat benda ni tak beri efek kepada RAW dan hanya beri efek kepada JPEG sahaja. Tapi ada jugak yang berfikiran HTP beri efek kepada dua-dua, RAW dan JPEG. Saya pun tak faham. Mungkin bila saya dapat jawapan nanti saya akan post kat sini. Tapi saya memang suka RAW lagi sebab bila buka file RAW kat komputer guna Adobe Camera RAW kita dapat lebih detail dengan kurangkan highlights.

Perlu Guna Ke?
Jadi, nak guna ke tak payah guna? Kalau pendapat personal lah, saya galakkan lagi korang untuk shoot dengan RAW dengan exposure yang betul (syarat penting tu!) dan lepas tu proses highlights, shadows, levels, curves, dan contrast kat photo editor. Anda ada lebih kawalan atas editing dan InsyaAllah hasilnya lebih baik.

JOM BELAJAR SAMA-SAMA : Siri Tutorial Fotografi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...