Sunday, 13 January 2013

Perlu ke Tripod?


Tengoklah mini travel tripod yang saya baru beli! Murah je. Saya beli ni sebab perlukan tripod kecil untuk dibawa travel ke mana-mana sahaja. Ada jugak bunyi-bunyi bising yang cakap, "Apa ni lembik la tripod besi pun tak nak bawak". Malas dah nak menjawab, aku nak naik flight ada limit berat kbai. So, dengan pembelian tripod mini ni jugak datang ilham nak tulis artikel ni; Perlu ke tripod?

Memang perlu. Ini antara sebab-sebab yang saya rasa kita perlukan tripod.


Sebab-sebab kenapa kita perlukan tripod
  1. Meningkatkan sharpness dan depth of fieldgambar anda dengan memastikan kamera tak bergerak terutamanya dalam keadaan pencahayaan malap dan menggunakan shutter speed yang perlahan.
  2. Untuk letak alatan yang berat contohnya lens telephoto atas tripod atau monopod.
  3. Meningkatkan kualiti gambar sebab kita guna ISO yang rendah.
  4. Menggalakkan kita berfikir tentang composition sebelum tangkap gambar.
  5. Tripod berguna untuk kekalkan kamera pada satu tempat yang tetap untuk HDR.
  6. Untuk tangkap gambar macro yang ekstrem tahap mikroskop (hiperbola je k!)
  7. Tangkap gambar diri sendiri guna self-timer
  8. Untuk letak barang lain macam flash, reflector dan lain-lain.
  9. Membolehkan kita shoot dari angle pelik-pelik.
  10. Shoot video dengan stabil supaya viewers tak muntah tengok video gegar yang amat.
  11. Mempertahankan diri. Hayun laaa...
Tanya la mana-mana photographer yang berpengalaman dia akan cakap tripod ni antara aksesori yang sangat penting. Terutamanya landskaper tegar, kaki HDR dan kaki long exposure. Monopod dua jenis je senang cerita, satu yang biasa yang membolehkan kita sambungkan apa-apa yang kita nak kat atas dia dan lagi satu ada ballhead siap kat atas. Tapi tripod ada banyak jenis. Yang mana satu nak beli?


Jenis-jenis tripod

1. Pan/tilt Head Tripod
ada dua paksi pergerakan dan biasanya ada satu handle. biasanya dibuat untuk tripod yang murah-murah. Ok je tapi tripod jenis ni tak kukuh, tak boleh tahan berat, tak banyak paksi pergerakan dan kalau nak tengok viewfinder kamera kita, handle tu mengacau. Sangat tak digalakkan untuk beli!


2. Ballhead Tripod
Ini biasanya lagi bagus sebab dia lebih kuat dan lebih banyak paksi pergerakan. 

3. Gimbal/Wimberley Head Tripod
Erm ini legend sangat pulak. Kalau pakai lens 300mm+ baru la pakai gimbal head.


4. Travel Tripod.
Macam gambar yang atas sekali tu. Kecil dan ringan supaya senang untuk dibawa ke mana-mana.


Apa yang perlu kita fikirkan semasa memilih tripod

1) Berat tripod
Walaupun tripod ni berguna, tapi agak menyusahkan nak bawak dia bergerak. Jadi kena ambil kira jugak berapa berat tripod tu. Ada orang cakap ada je tripod carbon fibre yang ringan, tapi bila dah tambah ballhead satu kat atas, berat la jadinya.

2) Ketinggian tripod
Untuk full size tripod, prefer lagi yang boleh sampai tinggi muka. Senang nak tengok kamera masa shooting.

3) Bahan Tripod
Ada tripod yang dibuat daripada besi, aluminium, yang mahal-mahal tu biasanya dibuat dari carbon fibre. Biasanya yang dibuat dari carbon fibre dan besi ni lagi bagus sebab dia boleh tahan berat.

4) Berapa berat dia boleh bawak
Kalau korang ada lens berat-berat mesti fikir pasal ni. Cuba tengok specs barang-barang anda tu, darab dua. Itulah berapa berat yang tripod anda perlu mampu bawak.

5) Stabiliti Tripod
Cari la yang stabil. Ada cakap kita nak kaki tripod yang kuat untuk bawak kamera, dan tak nak yang ada center pole. Boleh je work around.

Ada ke tripod yang di-rekemen?

Masalah yang sama kepada semua photographer ialah, terlalu banyak jenis tripod di luar sana dengan kelebihan dan kelemahan tersendiri. Susah untuk kita point out satu jenis tripod dan terus rekemen kat orang sebab setiap hendakkan jenis tripod yang sesuai dengan dia, bukan sesuai dengan tukang rekemen. Ada faham? Sebab tu photographer yang pro-pro tu pun biasanya ada lebih dari satu tripod. Kamu keluar dan cari la tripod yang sesuai dengan kemahuan anda...

Camne nak cari tripod?

Keluar pegi kedai. Atau pegi google brand terkemuka macam Manfrotto, Gitzo, dan lain-lain. Kalau nak murahan punya cari Horusbennu, made in china punya benda. Tapi ingat, korang letak DSLR atas tripod tu. Kalau nak murahan sangat sampai beli yang tak stabil lepas tu DSLR jatuh, menangis. Jadi cari baik-baik.

JADI, selamat mencari tripod kepada sesiapa yang ingin membeli satu.


Ini antara gambar yang saya tangkap dengan bantuan tripod.



kbai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...