Wednesday, 2 January 2013

Tips Mencari Kamera Impian


Sekarang ni dengan adanya facebook, makin ramai orang nak gambar berkualiti tinggi sebab gambar yang kool dapat banyak likes. Alkisah terjadilah beberapa tahun lepas trend semua orang nak DSLR. Lepas tu berganti kat iPad sekejap, lepas tu kamera lomo pulak. Buat masa saya menulis artikel ni, sekarang ni trend GoPro. Tak payah nak ikut trend sangat.

Sebagai pengguna bijak kita kena tahu cara untuk dapatkan informasi tentang barangan yang dijual. Model apa yang ada segala kelebihan yang kita nak, dan apa kelemahan yang kita sanggup tahan. Senang je, google kan ada.

STEP 0 : Baca artikel ni : Panduan Membeli DSLR

STEP 1 : Buka dompet dan tengok berapa budget yang anda ada!



STEP 2 : Pergi ke laman web official pembuat kamera tersebut.

Canon : Canon Malaysia
Nikon : Nikon Malaysia
Sony : Sony Malaysia
Olympus : Olympus Malaysia
Pentax : Pentax2u

dan lain-lain cari sendiri

STEP 3 : Tengok kamera yang mana anda minat. Kat situ ada harga jugak so tengok jugak la.

STEP 4 : Bila dah ada kamera yang korang minat, take note nama model kamera tu.

STEP 5 : Contoh di YouTube, cari; "-nama model kamera- review". contoh "Canon 600D review".

STEP 6 : Baca review secara detail dengan google "-nama model kamera- review".

STEP 7 : Kalau ada kawan yang pakai kamera tu, tanya dia dan mintak try test drive sikit.

STEP 8 : Kalau minat nak beli, kembali ke website official pembuat kamera dan tengok harga.

STEP 9 : Nak harga lebih detail mengikut harga pasaran semasa, rujuk website ni: 'shashinki.com'

STEP 10 : Bawak parents atau kawan yang tau pasal kamera pergi beli kamera serta gaduh-gaduh sikit dengan penjual kamera tu supaya dapat harga yang diinginkan.

STEP 11: Selamat berjaya.

JOM BELAJAR SAMA-SAMA : Siri Tutorial Fotografi


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...