Thursday, 21 February 2013

Composition - Rule of Thirds itu Penting

Kali ni saya saje je nak upload beberapa gambar nak menunjukkan kepentingan rule of thirds. Rule ni membahagikan gambar kepada sembilan petak dengan dua garisan vertical dan dua garisan horizontal macam ni;


Rule ni cuma nak suruh kita jangan takut untuk letakkan subjek kita off center. Ini remake gambar tersebut dengan lebih banyak lampu.


Dah klise dah rule of thirds dikaitkan dengan gambar format horizontal. Tapi rule ni berkesan untuk dua-dua gambar horizontal dan juga vertical. Ini gambar dari trip terbaru ke Penang minggu lepas. Saya sengaja naikkan frame lebih ke atas, untuk masukkan lebih langit dalam frame untuk lebih feeling 'wide'.

A bunch of boats in Penang
Tamron 17-50. ISO 200D+ f/16 1/250s.
A boat in Penang
Tamron 17-50. ISO 200D+ f/16 1/400s
Sunrise at Batu Feringghi Penang Malaysia
Tokina 12-24. ISO 800D+ f/8 1/50s.
Sunrise at Batu Feringghi, Penang
Tamron 17-50. ISO 800D+ f/8 1/800s
Amacam? Ok tak? Tamron 17-50 tu field of view dia sama je macam kit lens 18-55. Pakai kit lens pun boleh buat gambar camni... Selamat menembak! Tapi sebelum tembak jangan lupa fikir dulu pasal composition shot anda.

Bebel Kejap - Technician vs Artist

Dalam dunia fotografi ni ada macam-macam jenis penggemar fotografi. Tapi saya nak bebel pasal dua jenis je hari ni, technician dan artist.

Kenapa saya cakap macam tu? Technician adalah orang yang menggangap alat diorang adalah extension kepada tangan diorang. Kalau anda cakap alat yang diorang guna tu tak bagus, diorang ambil hati. Macam penggemar kereta yang suka ubah suai kereta, penat-penat pasang enjin baik punya, lepas tu kita cakap kalau enjin yang ada turbo boleh lawan dia punya, dia jadi tension dan laju-laju pergi cari bengkel nak pasang turbo...

Artist pulak adalah orang yang nak berkarya, tak mengira apa alatan yang digunakan, asalkan visi karya dalam kepala ni boleh diterjemahkan dalam benda yang mereka buat. Macam budak kecil sedang melukis gambar heart untuk dihadiahkan kepada ibunya, lepas tu anda katakan "krayon awak guna tu tak bagus, berminyak, tak cukup merah". Tapi dia tak kisah. Asalkan karya dia lukis tu ada bentuk hati warna merah, dan ibu dia faham itu adalah heart, maka jadilah ia.

Apa pulak kaitan dengan fotografi?

Photographer yang jenis technician ni ambil kisah pasal segala equipment fotografi yang dia pakai. Dia mesti nak dapatkan equipment yang terbaik, asyik bising dalam forum dan baca review yang membincangkan tentang lab tests sampai perbezaan 1 micro meter pun diambil kira. Photographer jenis artist pulak jenis yang tak kisah, bagi lah dia apa sahaja untuk guna dan dia akan gunakannya sedaya upaya untuk menjadikan visi dalam kepala dia menjadi. Bagi la kamera mainan sekalipun, dia akan cuba yang terbaik untuk bawa balik gambar yang dia mahukan.

Korang yang mana satu? Diri sendiri je boleh jawab.

Saya? Haa secara jujurnya saya bermula sebagai technician dan sekarang dah berhijrah ke arah menjadi seorang artist. Saya suka mencari hasil gambar terbaik yang saya impikan, tapi pada masa yang sama saya masih suka bandingkan produk, bincang pasal baik buruk equipment tersebut. Tapi fokus utama tetap memburu gambar terbaik!

Majulah fotografi untuk negara.
Sekian, bebelan ikhlas dari APKINS.

Tuesday, 5 February 2013

Singapore Roadtrip January 2013 Fav Shots


Sebelum masuk Singapore basuh kereta kat Johor sat...


Beratur di tambak Johor untuk masuk ke Woodlands checkpoint. Nasib baik sekejap je.


Singapore ni kongsi sejarah yang sama macam KL, bangunan lama pun fesyen serupa. Tapi sayangnya kat KL tak terjaga.


Jom jalan-jalan masuk bandar... Tinggi-tinggi naa...


View bandar dari Esplanade Drive cantik gilaa...


Tengah lalu Marina Bay Sands, hotel paling femes kat Singapore dan kat hujung tu nampak Singapore Flyer.


Bila matahari turun, time ni la cantik nak tangkap gambar tapi apakan daya stuck dalam kereta je...


Nak tengok rupa Marina Bay Sands? Jom kita pergi Gardens By The Bay...



Gambar family sekeping...


One more...


Kali ni enjoy sunset kat Gardens By The Bay pulak.



Sambil tu ada jugak shots yang menarik dari Kampung Gelam....




Ok dua hari kat Singapore dah cukup kut. Kembali ke Johor semula...


Kita shoot kat Malaysia pulak ye. Jom kita bakor!


Stay tuned for more stuff from Malaysia!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...