Thursday, 21 February 2013

Bebel Kejap - Technician vs Artist

Dalam dunia fotografi ni ada macam-macam jenis penggemar fotografi. Tapi saya nak bebel pasal dua jenis je hari ni, technician dan artist.

Kenapa saya cakap macam tu? Technician adalah orang yang menggangap alat diorang adalah extension kepada tangan diorang. Kalau anda cakap alat yang diorang guna tu tak bagus, diorang ambil hati. Macam penggemar kereta yang suka ubah suai kereta, penat-penat pasang enjin baik punya, lepas tu kita cakap kalau enjin yang ada turbo boleh lawan dia punya, dia jadi tension dan laju-laju pergi cari bengkel nak pasang turbo...

Artist pulak adalah orang yang nak berkarya, tak mengira apa alatan yang digunakan, asalkan visi karya dalam kepala ni boleh diterjemahkan dalam benda yang mereka buat. Macam budak kecil sedang melukis gambar heart untuk dihadiahkan kepada ibunya, lepas tu anda katakan "krayon awak guna tu tak bagus, berminyak, tak cukup merah". Tapi dia tak kisah. Asalkan karya dia lukis tu ada bentuk hati warna merah, dan ibu dia faham itu adalah heart, maka jadilah ia.

Apa pulak kaitan dengan fotografi?

Photographer yang jenis technician ni ambil kisah pasal segala equipment fotografi yang dia pakai. Dia mesti nak dapatkan equipment yang terbaik, asyik bising dalam forum dan baca review yang membincangkan tentang lab tests sampai perbezaan 1 micro meter pun diambil kira. Photographer jenis artist pulak jenis yang tak kisah, bagi lah dia apa sahaja untuk guna dan dia akan gunakannya sedaya upaya untuk menjadikan visi dalam kepala dia menjadi. Bagi la kamera mainan sekalipun, dia akan cuba yang terbaik untuk bawa balik gambar yang dia mahukan.

Korang yang mana satu? Diri sendiri je boleh jawab.

Saya? Haa secara jujurnya saya bermula sebagai technician dan sekarang dah berhijrah ke arah menjadi seorang artist. Saya suka mencari hasil gambar terbaik yang saya impikan, tapi pada masa yang sama saya masih suka bandingkan produk, bincang pasal baik buruk equipment tersebut. Tapi fokus utama tetap memburu gambar terbaik!

Majulah fotografi untuk negara.
Sekian, bebelan ikhlas dari APKINS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...