Tuesday, 26 March 2013

Manual Mode, Exposure Triangle & Light Meter

Baru-baru ni saya join satu outing portraiture dengan persatuan fotografi pelajar di Korea ni. Bawak lah Canon 7D ni dengan lens Canon EF 50mm f/1.8 II (aka Nifty Fifty) ni. Kitorang nak dapatkan efek flare dalam gambar. Ini salah satu percubaan dengan gunakan mod Aperture Priority (dengan timing yang salah jugak!)



Nak dapatkan efek flare yang kami mahukan ni, agak susah jugak. Sebab kita kena masukkan matahari dalam frame. Ini buat automatic exposure jadi gila. Mulanya pakai mode Aperture Priority (baca lagi tentang PSAM modes sini.) dengan Evaluative Metering. Gambar asyik tak jadi. Biasanya dapat hasil muka dia terlalu gelap. Lepas tu bila pakai Spot Metering dan jugak Center Weighted Average Metering, hasilnya gambar jadi gelap pulak sebab warna kulit dia yang putih. (baca lagi tentang Metering sini.)

Ini sebab kenapa susah sangat kamera nak dapatkan exposure yang betul;



Kamera ni dalam mencari exposure, dia tak percaya yang dia nampak hitam itu hitam dan putih itu putih, dia sentiasa cuba nak dapatkan semua warna tu jadi medium gray. Dia cuba nak naikkan warna baju yang gelap tu jadi terang kelabu dan jugak gelapkan matahari yang terlalu terang jadi kelabu. Memang pening lah jadinya. Exposure pun lari. Dalam situasi lighting yang mencabar macam ni, saya terpaksa berubah ke mod manual.

Tapi nak guna mod manual ni bukan pakai nasib. Kita perlu tahu imbangkan tiga parameter exposure triangle untuk dapatkan exposure yang tepat dengan bantuan light meter dalam kamera sambil halakan di tempat yang kita nak exposure-nya. 

Bila perlu guna mod Manual?
Boleh dikatakan kita guna mod ini untuk dua situasi utama;
- Controlled Lighting; keadaan cahaya tetap seperti dalam stadium tertutup atau pakai flashgun indoors.
- Tough Lighting; keadaan cahaya susah, macam kes nak masukkan matahari dalam frame untuk dapatkan flare ni.

Kalau setakat nak tangkap gambar adik main kat taman, nanti kamu sibuk pusing dial kamera tukar exposure sedangkan ada je mod automatic exposure dalam kamera, saje susahkan diri dan terlepas semua moment gambar yang menarik. Tak salah guna automatic exposure macam mod Program atau Aperture Priority kalau situasi membenarkan. Melainkan kamu shoot filem, itu lain cerita. 


Exposure Triangle.
Benda yang paling penting untuk kita tahu sebelum gunakan kamera tanpa automatic exposure ialah cara untuk imbangkan tiga parameters dalam exposure triangle.



Seperti yang kita nampak dalam rajah di atas, exposure triangle ada tiga geng;
ISO
- Aperture
- Shutter Speed

(klik kat link kat perkataan tu kalau nak baca kat sana dengan mendalam, bawah ni ringkasan dia.) 

ISO
Rendah, cth ISO 100 - sensor kurang sensitif dengan cahaya, cahaya kurang masuk.
Tinggi, cth ISO 1600 - sensor 16 kali lebih sensitif daripada ISO 100 dalam menangkap cahaya, lebih banyak cahaya masuk.

Aperture
Kecil, cth f/16 -  bukaan lens kecil, DOF besar, kurang cahaya masuk.
Besar, cth f/1.8 - bukaan lens besar, DOF kecil, banyak cahaya masuk.

Shutter Speed
Pantas, cth 1/1000s - pengatup buka sekejap, bekukan pergerakan, tak kumpul banyak cahaya.
Perlahan, cth 1 minit - pengatup buka lama, segala pergerakan dan cahaya dikumpulkan, kumpul banyak cahaya.

Jangan fikir tiga ni sebagai setting kamera. Tapi tiga ni adalah kawalan kemasukan cahaya ke dalam kamera.

Kita mestilah balancekan ketiga-tiga parameters di atas sampai dapat exposure yang kita nak. Kalau terlebih cahaya masuk kita panggil overexposed, kalau kurang cahaya masuk kita panggil underexposed.




Macam mana nak tahu exposure tepat atau tidak sebelum tangkap gambar?
Gunakanlah light meter untuk tengok kalau gambar kita akan underexpose atau overexpose. Light meter ni adalah benda yang nampak macam garisan nombor kat kamera yang keluar bila kita tekan butang shutter separuh jalan.


"-3...-2...-1...0...+1...+2...+3"



Light meter ni ada kat top plate LCD, kat skrin bila shoot dan jugak kat dalam viewfinder bila tekan butang shutter separuh jalan. 


SILA EKSPERIMEN SENDIRI IMBANGKAN EXPOSURE!
Kalau kes kat atas ni, nampak tak saya main dengan shutter speed je? ISO tetap kat ISO 1600, aperture tetap kat f/2.2. Shutter speed je yang saya ubah, 1/800s jadikan gambar underexposed, 1/250s jadikan gambar dengan exposure tepat, dan 1/100s jadikan gambar overexposed.

Cuba gunakan kamera dengan mod live view atau apa cara yang korang suka. Cuba gunakan mod M dan imbangkan exposure dengan ubah shutter speed, ISO dan aperture sampai dapat rasa apa perubahan diorang buat kat gambar anda.

Kembali ke shooting gambar model, last-last dapat jugak gambar yang diingini;


Macam mana dapat?

Tukar ke mod manual, halakan kamera ke arah muka subjek, tekan butang shutter separuh untuk dapatkan exposure di muka subjek, tukar tiga setting exposure triangle sampai light meter sampai ke tengah, tekan butang shutter lagi untuk AF, masukkan sikit matahari ke dalam frame untuk efek flare, SNAP! Dapat pun.

Situasi dengan pencahayaan yang susah memang sangat memerlukan mod manual. Kalau mod lain seperti Aperture Priority, Shutter Priority dan Program Mode boleh je nak guna ikut kesesuaian keadaan. 

Mod manual ni tak susah pun bila kita tahu apa yang nak ditekan...

Selamat menembak.

Friday, 22 March 2013

10 Sebab Kenapa Canon 7D ni Best






Best ke pakai 7D? Baru dua minggu pakai, dan ini adalah blog post yang cerita pasal benda-benda yang best tentang 7D, tapi lebih fokus kepada kelebihan dia ke atas kamera sebelum ni iaitu 600D.

1. Badan diperbuat dari Magnesium Alloy
Memang rasa lebih kukuh dari body plastik 600D. Kalau campak kat orang, orang tu sakit jugak la gayanya. Walaupun ia lebih berat, tapi berat tu lebih meyakinkan kita (alasan, dah berat tu berat je lah!) It is a good feeling.



2. Lebih banyak butang!
Lebih banyak butang, itu benda bagus untuk pengguna DSLR. Segalanya lebih cepat, tak perlu nak masuk ke skrin menu untuk tukar settings, tekan je butang yang disediakan. Lagi satu, Canon 7D punya butang tak tetap untuk satu fungsi sahaja. Kita boleh tukarkan fungsi dia untuk pergi ke fungsi lain yang kita lebih perlukan. Nice!


3. Top Plate LCD
Finally! Skrin LCD kat top plate ni membantu sangat sebab segalanya boleh rujuk kat sini dari atas. Senang dan menjimatkan bateri. Tak perlu guna sangat skrin utama.



4. MRAW
Guna kamera dengan sensor 18MP dengan 14-bit processing hasilkan file RAW *.CR2 yang agak besar, lebih kurang dalam 25MB untuk satu file. Susah la nak simpan file RAW besar sangat macam tu. Tapi 7D ada reduced resolution RAW, yang kurangkan resolusi kepada 10MP, jadi file RAW dia lebih kurang 18MB satu. Nice. Memang tak pakai besar-besar pun kalau nak upload online.



5. 100% Viewfinder
Viewfinder dia sangat besar dan terang bila compare dengan 600D. Kalau 600D guna pentamirror, dia gelap dan kecil sikit. 7D pulak guna pentaprism yang besar. Ada pentaprism dalam body, itu yang buatkan dia berat~ Plus, viewfinder ni beri 100% coverage, tak ada cropping di tepi. Maknanya, apa yang kita nampak kat viewfinder, itulah yang keluar kat sensor. Nice.



6. Mode Dial tanpa Scene Modes
Kalau guna DSLR yang entry level, dia target pengguna yang kurang mahir tentang ilmu fotografi untuk guna scene modes. Bagus jugak, memudahkan pengguna baru. Tapi agak annoying bila nak kena pusing jauh gila nak tukar mod dari Aperture Priority ke Video Mode. 7D punya tak ada scene modes, ada yang penting je.



7. 19-Point AF
19 AF point, semuanya cross type, middle point sensitif untuk lens f/2.8 atau lebih pantas. Memang nice. Tapi buat masa sekarang ia agak redundant sebab saya suka guna middle point sahaja. Tapi berguna untuk shoot benda yang pantas nanti.



8. One-touch RAW+JPEG
Ini memang best. Tekan je butang 'RAW JPEG' kat tepi viewfinder tu, nanti dia akan aktifkan mod tangkap gambar dalam dua format, RAW dan JPEG. Memang senang nak tukar mod dari JPEG ke RAW bila ada shot yang penting.



9. 8 fps burst
Setakat ni belum guna secara serius lagi. Tapi best lah ada kamera yang mampu buat 8 fps burst bila nak shoot sports nanti.



10. Bateri LP-E6
Bateri yang sama digunakan untuk 60D dan 5D Mark II. Kalau kat 7D ia rated 800 shots per charge. Double daripada apa yang bateri 600D mampu.



Setakat ni 10 je yang dapat difikirkan. Nanti kalau ada lagi saya akan tambah, mungkin buat review ke? Okay. Stay tuned.

Sunday, 17 March 2013

Exposure Triangle - Aperture

Aperture, ISO dan Shutter Speed tu bukan settings saje-saje kat kamera, 
tapi itu ialah tiga parameter kawalan cahaya untuk masuk ke dalam kamera yang dipanggil 'Exposure Triangle'.



Kali ni kita nak bercerita tentang belah tiga segi yang belah kiri, Aperture.

Aperture ialah bukaan lens. Dalam lens ni ada bilah-bilah besi yang boleh gerak untuk menentukan saiz bukaan tu. Kalau orang cakap 'aperture besar' orang maksudkan bukaan lens tu terbuka luas, dan sebaliknya kalau orang cakap 'aperture kecik'. Saiz aperture diukur dengan unit f-stop. Nombornya terbalik sebab dia ratio (nisbah) focal length dengan diameter bukaan lens.



Nampak kan, f-stop f/1.4 sangat besar, dan f8 tu kecil saiz bukaannya.

Bila kita ada lens f/1.8, kita kecilkan bukaannya jadi f/8, kita panggil 'stop down'.

Bila kita pusing setting kat DSLR, aperture tak mengecil dengan automatik. Kebanyakan lens direka dengan aperture blades yang hanya akan menutup bila anda tekan butang shutter untuk tangkap gambar. Kalau nak tengok aperture mengecil macam mana, cari 'Depth of Field Preview Button' kat tepi mount lens. Contoh real life kat lens camni;





Mengawal Aperture untuk Mengawal Depth of Field

Depth of Field (DOF) boleh diterangkan secara mudah sebagai saiz kawasan plane yang in-focus. Bila kita guna aperture yang besar, kawasan yang in-focus akan jadi nipis. Fenomena ini dipanggil shallow DOF. Vice versa, kalau guna aperture yang kecik, kawasan in focus pun akan jadi besar. Rajah seterusnya akan menceritakan tentang efek ini.




Dah faham hubungan saiz aperture dengan Depth of Field? Dalam gambar real life macam ni;



Kamera tetap fokus kat jam loceng untuk dua-dua gambar. Tapi bila kita gunakan aperture yang besar (f/1.8), botol ubat kat belakang tu jadi blur, dia di luar kawasan fokus sebab DOF yang nipis. Kalau gunakan aperture yang kecil (f/11), botol ubat jadi semakin dekat dengan kawasan yang dalam fokus sebab saiz kawasan tu besar.

Jadi, untuk portraiture, kita suka gunakan aperture besar dan shallow DOF sebab nak tumpuan kita fokus hanya kepada subjek. Tapi bila kita nak tangkap gambar landskap yang cantik, kita guna aperture yang kecil. Sebab tu mod yang paling banyak saya gunakan ialah mod Av atau A di sesetengah kamera. Ia bermaksud mod Aperture Priority di mana kita mengawal aperture sahaja dan yang lain boleh ditentukan secara auto. Kita nak exposure yang tepat supaya gambar tak jadi terlalu putih atau terlalu gelap.

Baca lagi tentang PSAM semi auto modes → klik sini.


Sunny 16 rule

Masa zaman kamera filem yang tak ada automatic exposure, diorang gunakan rules untuk dapatkan exposure mengikut keadaan cahaya sekeliling. Mengikut sunny rule;

"Pada hari yang cerah dan terik, dengan f/16 anda boleh dapatkan exposure yang tepat dengan menggunakan Shutter Speed yang merupakan inverse kepada ISO speed filem anda."

Jadi kalau hari cerah dan terik, letak settings macam ni kalau pakai filem ISO 200 contohnya,

Aperture : f/16
ISO filem : ISO 200 
Shutter Speed : 1/200s

Kalau exposure tak tepat, setting lain boleh compensate. Contohnya kalau masih terlalu terang guna shutter speed 1/250s dan lain-lain. Itu baru basic, ada banyak lagi rules untuk situasi lain yang telah di-derive dari Sunny 16 rule.

- The snowy/sandy F/22 rule.
- The overcast F/8 rule.
- The slightly overcast F/11 rule.
- The heavy overcast F/5.6 rule.
- The sunset F/4 rule.

Tapi itu untuk kamera dengan manual exposure, apa kaitan dengan kita yang shoot dengan kamera yang ada Automatic Exposure?

Ia boleh jadi guide kepada kita untuk pilih f-stop berapa yang sesuai walaupun kita guna Aperture Priority mode.

Sesi meracun;


f/16
Sunrise at Batu Feringghi, Penang
f/8
f/1.8
f/1.8

Selamat beramal.

JOM BELAJAR SAMA-SAMA
Siri Artikel Fotografi APKINS


Saturday, 16 March 2013

Upgrade Terbaik kepada Kit Lens? - Review Tamron SP AF 17-50mm f/2.8 XR Di II LD IF Lens

Ramai yang beli DSLR biasanya dengan kit lens. Kit lens tu ok je untuk shoot secara normal. Tapi ada jugak orang yang tak mahu pakai kit lens, nak gambar yang lebih berkualiti. Contohnya kalau pakai body mahal macam Sony A77, Nikon D7000 atau Canon 7D, nak jugak lens yang boleh berikan kualiti imej yang lebih baik daripada kit lens. Bukannya kit lens tu tak bagus, ini kes orang yang saje nak lebih.


Tamron 17-50mm f/2.8 XR Di II Lens memang beri hasil imej yang berkualiti tinggi dalam pakej yang kecil, ringan, pantas dan berpatutan. Dia jugak dicipta untuk berfungsi dalam range focal length yang popular untuk crop sensor DSLR.

Macam lens Canon EF-S, lens ni dicipta dengan image circle yang kecil khusus untuk guna kat kamera 1.6x FOVCF, untuk design lens yang lebih kecil. Dimensi lens ni ialah 74mm x 82mm (d x l) dan beratnya 430g, just nice untuk balance dengan DSLR yang kecil macam Canon 550D atau 60D. Untuk 7D ni tak ada masalah, body dia lens Canon 24-70mm f/2.8 L USM tu pun boleh balance.

Front element lens dengan hood terpasang.

Mount yang diperbuat daripada besi, lebih tahan lama kalau pasang dan cabut selalu.

Built Quality - Apa Kita Bayar, Itu Kita Dapat.

Dengan harga lebih kurang RM 1,200 baru, nak bandingkan kualiti binaan lens ni dengan lens L memang tak boleh lah. Tapi lens ni aku beli used tahun lepas dengan harga 300,000 KRW atau RM 854. Sedih sikit sebab zoom ring dia sikit loose. Tapi bukannya masalah besar sangat.

Rupa lens Tamron 17-50mm f/2.8 XR Di II.
Rupa lens tu bila zoom ke 50mm. Dia extend sikit.

Lens Tamron 17-50mm ni punya lens barrel dibuat daripada plastik tapi zoom ring dan focusing ring dibalut dengan getah, menjadikan zooming senang untuk tangan kita grip. Lens ni jugak datang dengan center pinch front lens cap dan hood stail bayonet. Oh Tamron punya rear lens cap agak annoying jugak, hanya satu point untuk masukkannya. Nak pasang rear cap mesti pastikan ada tanda kat lens cap tu selari dengan dot merah lens. Kalau Canon punya rear lens cap ada tiga entry point jadi senang nak pasang dengan cepat. Tamron, awak mabuk, balik rumah!

Jangan tertipu dengan lens ni punya bunyi bila dia AF. Bunyinya yang agak nyaring buat ramai orang ingat dia fokus lambat. Sebenarnya cukup pantas je. Memuaskan lah. Tak sepantas lens Canon yang pakai USM motor. Lens ni ada AF MF switch, tak ada full-time manual focusing. Nak tukar mod, flip suis tu dulu. Bila AF, lens ni punya focusing ring bergerak, tapi front element tak bergerak, berita gembira untuk kaki pasang filter. Jaga-jaga, tangan jangan gatal nak pusing focusing ring masa dalam mod AF, nanti rosak motor AF.

Optical quality lens ni memang cantik. Memang tak ada keraguan kalau nak gunakan wide open kat f/2.8 sepanjang focal length. Cukup sharp kat tengah frame. Kat tepi frame ada sikit corner softness, stop down satu stop ke f/4 dan tepi pun akan jadi cukup sharp. Sharpness bagus kat wide end, dan berkurang sikit kat long end. Jadi kalau cadang nak guna kat 50mm tu baik2 lah ye. Corner shading atau vignetting kalau guna wide open kat f/2.8 memang ada. Tapi sikit je, dan ia hilang bila stop down. Warna pun lens render cantik.

Alternatif:
Sigma 18-50mm f/2.8 OS - kurang recommended sikit
Tamron 17-50mm f/2.8 VC - Vibration compensation dan kualiti binaan yang lebih baik. Tapi ada komplen kualiti optikal kurang bila dibandingkan dengan edisi sebelumnya yang tak ada VC.
Canon 17-55mm f/2.8 IS USM - Legend! Tapi dah ada duit sebanya ni, kenapa beli yang tak boleh pakai kat full frame?
Canon 24-105mm f/4 L IS USM - Lagi baik ni dari Canon 17-55~



Sesi meracun;


17mm
Lebih kurang 35mm
50mm wide open kat f/2.8. Sini lah biasanya kelemahan lens terserlah, tapi, tak ada masalah!
Nak pakai untuk landskap/travel/architecture tak ada masalah.
Tengah malam tangkap gambar handheld, boleh!
Sunrise at Batu Feringghi, Penang
Sunrise, handheld. No problem!
Sebab aku tak ada kit lens lah pakai lens ni. Kalau ada, mungkin ia cukup kot, (mungkin tak jugak, dah kena manja dengan lens Tamron ni)

Keputusan Mahkamah Lens APKINS:
SANGAT RECOMMENDED



JOM BELAJAR SAMA-SAMA
Siri Artikel Fotografi


Sekitar Event Kelab UMNO Korea di Seoul Forest

Gambar diambil oleh Adzrin Mansor. Nak saiz lebih besar klik gambar tu. Kalau nak full size contact saya je lah.

Pengakuan eksklusif* almost semua original straight dari kamera, malas nak edit.


















 







































Ada jugak beberapa gambar yang diambil guna kamera GoPro Asyrani dan Canon 7D Abg Pullah, kalau ada rezeki saya dapat gambar tu saya akan post kat sini jugak.

Part last yang kat pokok ni kalau edit smart jugak kan? Coming soon, next post!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...