Friday, 8 March 2013

6 Sebab Kenapa Kita Perlu Shoot Guna Smartphone

"Sunrise at Batu Feringghi, Penang." Samsung Galaxy SII Instagram App.

1. Ringan dan kecil - Apabila pengguna DSLR rasa malas...
DSLR ni berguna dan pantas, tapi dia besar dan berat. Kita pun tinggalkan kamera DSLR kat rumah... Kat luar nampak situasi yang menarik untuk tangkap gambar, tapi biarkan lepas sebab tak ada kamera. Lepas tu menyesal, kenapa la aku tak bawak kamera.... Lagi baik cepat-cepat keluarkan smartphone dan tangkap! Dia ringan dan kecil, senang nak bawak ke mana-mana.

2. Berfikir tentang composition
Semua orang tau kan, guna digital zoom tu mengurangkan kualiti gambar. Dan ramai yang tak zoom pun. Jadi ini adalah peluang bagus untuk praktis shoot menggunakan fixed focal length, maksudnya kita perlu berfikir dulu macam mana nak masukkan segala subjek ke dalam frame sebelum tangkap gambar. Sambil tu masukkan jugak elemen-elemen composition yang lain. Baru dapat gambar best. Gambar yang menarik bukan pada sharpness, tapi pada elemen seninya.

"Tiang itu berlubang..." Samsung Galaxy SII Instagram App.

3. Praktis berani untuk shoot tanpa rasa segan
Biasanya ada orang tengok bila nampak kita menghurung kamera berwarna hitam dan besar. Kita nak shoot pun jadi segan, nak tangkap gambar curi subjek, tapi subjek dok pandang kamera kita. Dah subjek nampak tak natural. Kita nak angkat kamera hala kat dia pun naik segan. Susah... Tapi zaman sekarang ni, semua orang ada phone. Nak halakan kat mana-mana pun diorang tak kisah. Cuma anda perlu ada keberanian nak keluakan smartphone dari poket, halakan kat subjek dan tekan shutter button sahaja.

"Selamat Jalan Kawanku..." Samsung Galaxy SII Instagram App.
4. Belajar untuk 'Seize the moment.'
Salah satu elemen penting dalam fotografi ialah moment. Anda perlu tunggu moment itu dan lepas tu anda berkarya dengannya. Contohnya nak tunggu lighting bagus masa sunset, kalau awal tak jadi, lewat tak jadi. Mesti cari 'the moment'. Macam gambar kat atas ni, entah siapa la jadi mangsa bidikan kamera... Tapi tengok gambar ni boleh faham cerita yang mereka bakal berpisah, salah seorang bakal naik flight... Seize the moment! Pakai la kamera apa yang ada untuk dapatkannya.

5. Senang nak edit dan upload terus.
Baca tajuk dah ramai orang setuju. Guna handphone senang je; tangkap, pilih filters yang menarik, save, upload. Siap kerja. Tak perlu susah-susah. Sangat berguna bila kita kat luar, nak on komputer pun tak ada masa.

"malam sepi, lorong sunyi, aku sendiri..." Samsung Galaxy SII Instagram App.

6. Belajar untuk 'work-around' kelemahan kamera
Kamera handphone memang agak lemah bila dibandingkan dengan kamera DSLR. Terutamanya lens. Flare banyak. Sensor pun banyak noise. Jangan cakap pasal sharpness lah. Tapi kita boleh belajar macam mana nak kurangkan efek kelemahan kamera tu untuk tak nampak sangat masa shoot. Kadang-kadang kita jugak boleh gunakan kelemahan tu untuk jadikan gambar lebih menarik. Terutamanya kalau flare yang cantik contohnya.

Dah bagi enam sebab kenapa kita perlu shoot guna handphone. Kalau dapat ilham lagi saya akan tambah. Atau korang ada lagi sebab-sebab yang boleh ditambah? Takpe, yang penting sekarang jom kita keluar dan shoot guna handphone!

JOM BELAJAR SAMA-SAMA
Siri Artikel Fotografi APKINS

1 comment:

Hidayat Master said...

Nice info..
Nak tambah sikit..he2:
Gambar dari smartphone boleh sync terus dgn pc or cloud storage over WiFi.
Kamera boleh jugak tapi x bnyak lagi kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...