Sunday, 17 March 2013

Exposure Triangle - Aperture

Aperture, ISO dan Shutter Speed tu bukan settings saje-saje kat kamera, 
tapi itu ialah tiga parameter kawalan cahaya untuk masuk ke dalam kamera yang dipanggil 'Exposure Triangle'.



Kali ni kita nak bercerita tentang belah tiga segi yang belah kiri, Aperture.

Aperture ialah bukaan lens. Dalam lens ni ada bilah-bilah besi yang boleh gerak untuk menentukan saiz bukaan tu. Kalau orang cakap 'aperture besar' orang maksudkan bukaan lens tu terbuka luas, dan sebaliknya kalau orang cakap 'aperture kecik'. Saiz aperture diukur dengan unit f-stop. Nombornya terbalik sebab dia ratio (nisbah) focal length dengan diameter bukaan lens.



Nampak kan, f-stop f/1.4 sangat besar, dan f8 tu kecil saiz bukaannya.

Bila kita ada lens f/1.8, kita kecilkan bukaannya jadi f/8, kita panggil 'stop down'.

Bila kita pusing setting kat DSLR, aperture tak mengecil dengan automatik. Kebanyakan lens direka dengan aperture blades yang hanya akan menutup bila anda tekan butang shutter untuk tangkap gambar. Kalau nak tengok aperture mengecil macam mana, cari 'Depth of Field Preview Button' kat tepi mount lens. Contoh real life kat lens camni;





Mengawal Aperture untuk Mengawal Depth of Field

Depth of Field (DOF) boleh diterangkan secara mudah sebagai saiz kawasan plane yang in-focus. Bila kita guna aperture yang besar, kawasan yang in-focus akan jadi nipis. Fenomena ini dipanggil shallow DOF. Vice versa, kalau guna aperture yang kecik, kawasan in focus pun akan jadi besar. Rajah seterusnya akan menceritakan tentang efek ini.




Dah faham hubungan saiz aperture dengan Depth of Field? Dalam gambar real life macam ni;



Kamera tetap fokus kat jam loceng untuk dua-dua gambar. Tapi bila kita gunakan aperture yang besar (f/1.8), botol ubat kat belakang tu jadi blur, dia di luar kawasan fokus sebab DOF yang nipis. Kalau gunakan aperture yang kecil (f/11), botol ubat jadi semakin dekat dengan kawasan yang dalam fokus sebab saiz kawasan tu besar.

Jadi, untuk portraiture, kita suka gunakan aperture besar dan shallow DOF sebab nak tumpuan kita fokus hanya kepada subjek. Tapi bila kita nak tangkap gambar landskap yang cantik, kita guna aperture yang kecil. Sebab tu mod yang paling banyak saya gunakan ialah mod Av atau A di sesetengah kamera. Ia bermaksud mod Aperture Priority di mana kita mengawal aperture sahaja dan yang lain boleh ditentukan secara auto. Kita nak exposure yang tepat supaya gambar tak jadi terlalu putih atau terlalu gelap.

Baca lagi tentang PSAM semi auto modes → klik sini.


Sunny 16 rule

Masa zaman kamera filem yang tak ada automatic exposure, diorang gunakan rules untuk dapatkan exposure mengikut keadaan cahaya sekeliling. Mengikut sunny rule;

"Pada hari yang cerah dan terik, dengan f/16 anda boleh dapatkan exposure yang tepat dengan menggunakan Shutter Speed yang merupakan inverse kepada ISO speed filem anda."

Jadi kalau hari cerah dan terik, letak settings macam ni kalau pakai filem ISO 200 contohnya,

Aperture : f/16
ISO filem : ISO 200 
Shutter Speed : 1/200s

Kalau exposure tak tepat, setting lain boleh compensate. Contohnya kalau masih terlalu terang guna shutter speed 1/250s dan lain-lain. Itu baru basic, ada banyak lagi rules untuk situasi lain yang telah di-derive dari Sunny 16 rule.

- The snowy/sandy F/22 rule.
- The overcast F/8 rule.
- The slightly overcast F/11 rule.
- The heavy overcast F/5.6 rule.
- The sunset F/4 rule.

Tapi itu untuk kamera dengan manual exposure, apa kaitan dengan kita yang shoot dengan kamera yang ada Automatic Exposure?

Ia boleh jadi guide kepada kita untuk pilih f-stop berapa yang sesuai walaupun kita guna Aperture Priority mode.

Sesi meracun;


f/16
Sunrise at Batu Feringghi, Penang
f/8
f/1.8
f/1.8

Selamat beramal.

JOM BELAJAR SAMA-SAMA
Siri Artikel Fotografi APKINS


1 comment:

Hatiku Di Harajuku said...

thanks, info yang sangat bermanfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...