Sunday, 10 March 2013

It's Time To Go Serious: Canon 7D

9 Mac 2013. Tarikh yang perlu diingati kerana itulah tarikh upgrade daripada Canon 600D ke body baru, Canon 7D!


KENAPA TAK FULL FRAME?

Ada jugak orang tanya, kenapa tak pergi full frame? Masalahnya ialah lens. Saya dah ada dua lens EF-S dan satu saja lens EF mount iaitu lens 50mm f/1.8. Kalau nak upgrade ke full frame, nanti mesti spend kat L lens, tak mampu lah...

Tapi kalau compare 7D ni dengan full frame 6D, kamera 7D ini masih lagi ada kelebihan dia yang tersendiri. Focusing system yang hebat, burst speed yang laju, banyak lagi lah! Oleh sebab tu saya akan stay dalam sistem kamera crop dulu buat masa sekarang.


PERANCANGAN MASA DEPAN?

Saya bercadang nak kumpul duit dengan buat job portraiture dulu, sampai saya mampu beli lens Canon 50mm f/1.4 USM. Next mungkin cari satu lens 70-200 f/2.8 telephoto zoom lens, untuk sukan dan juga portraiture. Sementara tu Tamron 17-50 f/2.8 dan Tokina 12-24 f/4 akan kekal menabur bakti menangkap gambar.

Masih banyak benda baru kena belajar tentang kamera ni.
Doakan saya berjaya, dan stay tuned kat blog saya!

1 comment:

The Geeks said...

Thanks for review, it was excellent and very informative.
thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...