Tuesday, 26 March 2013

Manual Mode, Exposure Triangle & Light Meter

Baru-baru ni saya join satu outing portraiture dengan persatuan fotografi pelajar di Korea ni. Bawak lah Canon 7D ni dengan lens Canon EF 50mm f/1.8 II (aka Nifty Fifty) ni. Kitorang nak dapatkan efek flare dalam gambar. Ini salah satu percubaan dengan gunakan mod Aperture Priority (dengan timing yang salah jugak!)



Nak dapatkan efek flare yang kami mahukan ni, agak susah jugak. Sebab kita kena masukkan matahari dalam frame. Ini buat automatic exposure jadi gila. Mulanya pakai mode Aperture Priority (baca lagi tentang PSAM modes sini.) dengan Evaluative Metering. Gambar asyik tak jadi. Biasanya dapat hasil muka dia terlalu gelap. Lepas tu bila pakai Spot Metering dan jugak Center Weighted Average Metering, hasilnya gambar jadi gelap pulak sebab warna kulit dia yang putih. (baca lagi tentang Metering sini.)

Ini sebab kenapa susah sangat kamera nak dapatkan exposure yang betul;



Kamera ni dalam mencari exposure, dia tak percaya yang dia nampak hitam itu hitam dan putih itu putih, dia sentiasa cuba nak dapatkan semua warna tu jadi medium gray. Dia cuba nak naikkan warna baju yang gelap tu jadi terang kelabu dan jugak gelapkan matahari yang terlalu terang jadi kelabu. Memang pening lah jadinya. Exposure pun lari. Dalam situasi lighting yang mencabar macam ni, saya terpaksa berubah ke mod manual.

Tapi nak guna mod manual ni bukan pakai nasib. Kita perlu tahu imbangkan tiga parameter exposure triangle untuk dapatkan exposure yang tepat dengan bantuan light meter dalam kamera sambil halakan di tempat yang kita nak exposure-nya. 

Bila perlu guna mod Manual?
Boleh dikatakan kita guna mod ini untuk dua situasi utama;
- Controlled Lighting; keadaan cahaya tetap seperti dalam stadium tertutup atau pakai flashgun indoors.
- Tough Lighting; keadaan cahaya susah, macam kes nak masukkan matahari dalam frame untuk dapatkan flare ni.

Kalau setakat nak tangkap gambar adik main kat taman, nanti kamu sibuk pusing dial kamera tukar exposure sedangkan ada je mod automatic exposure dalam kamera, saje susahkan diri dan terlepas semua moment gambar yang menarik. Tak salah guna automatic exposure macam mod Program atau Aperture Priority kalau situasi membenarkan. Melainkan kamu shoot filem, itu lain cerita. 


Exposure Triangle.
Benda yang paling penting untuk kita tahu sebelum gunakan kamera tanpa automatic exposure ialah cara untuk imbangkan tiga parameters dalam exposure triangle.



Seperti yang kita nampak dalam rajah di atas, exposure triangle ada tiga geng;
ISO
- Aperture
- Shutter Speed

(klik kat link kat perkataan tu kalau nak baca kat sana dengan mendalam, bawah ni ringkasan dia.) 

ISO
Rendah, cth ISO 100 - sensor kurang sensitif dengan cahaya, cahaya kurang masuk.
Tinggi, cth ISO 1600 - sensor 16 kali lebih sensitif daripada ISO 100 dalam menangkap cahaya, lebih banyak cahaya masuk.

Aperture
Kecil, cth f/16 -  bukaan lens kecil, DOF besar, kurang cahaya masuk.
Besar, cth f/1.8 - bukaan lens besar, DOF kecil, banyak cahaya masuk.

Shutter Speed
Pantas, cth 1/1000s - pengatup buka sekejap, bekukan pergerakan, tak kumpul banyak cahaya.
Perlahan, cth 1 minit - pengatup buka lama, segala pergerakan dan cahaya dikumpulkan, kumpul banyak cahaya.

Jangan fikir tiga ni sebagai setting kamera. Tapi tiga ni adalah kawalan kemasukan cahaya ke dalam kamera.

Kita mestilah balancekan ketiga-tiga parameters di atas sampai dapat exposure yang kita nak. Kalau terlebih cahaya masuk kita panggil overexposed, kalau kurang cahaya masuk kita panggil underexposed.




Macam mana nak tahu exposure tepat atau tidak sebelum tangkap gambar?
Gunakanlah light meter untuk tengok kalau gambar kita akan underexpose atau overexpose. Light meter ni adalah benda yang nampak macam garisan nombor kat kamera yang keluar bila kita tekan butang shutter separuh jalan.


"-3...-2...-1...0...+1...+2...+3"



Light meter ni ada kat top plate LCD, kat skrin bila shoot dan jugak kat dalam viewfinder bila tekan butang shutter separuh jalan. 


SILA EKSPERIMEN SENDIRI IMBANGKAN EXPOSURE!
Kalau kes kat atas ni, nampak tak saya main dengan shutter speed je? ISO tetap kat ISO 1600, aperture tetap kat f/2.2. Shutter speed je yang saya ubah, 1/800s jadikan gambar underexposed, 1/250s jadikan gambar dengan exposure tepat, dan 1/100s jadikan gambar overexposed.

Cuba gunakan kamera dengan mod live view atau apa cara yang korang suka. Cuba gunakan mod M dan imbangkan exposure dengan ubah shutter speed, ISO dan aperture sampai dapat rasa apa perubahan diorang buat kat gambar anda.

Kembali ke shooting gambar model, last-last dapat jugak gambar yang diingini;


Macam mana dapat?

Tukar ke mod manual, halakan kamera ke arah muka subjek, tekan butang shutter separuh untuk dapatkan exposure di muka subjek, tukar tiga setting exposure triangle sampai light meter sampai ke tengah, tekan butang shutter lagi untuk AF, masukkan sikit matahari ke dalam frame untuk efek flare, SNAP! Dapat pun.

Situasi dengan pencahayaan yang susah memang sangat memerlukan mod manual. Kalau mod lain seperti Aperture Priority, Shutter Priority dan Program Mode boleh je nak guna ikut kesesuaian keadaan. 

Mod manual ni tak susah pun bila kita tahu apa yang nak ditekan...

Selamat menembak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...