Saturday, 16 March 2013

Review Samyang 85mm f/1.4 Aspherical - oleh Haris Alphashooterz

Samyang, korang kenal apa tu? Jap, lupa kebanyakan kita cuma kenal  Nikon dan Canon. Samyang ni sebuah company dari Korea iaitu Samyang Optics Co. Dia ni dah lama dah wujud cuma tak la dahsyat macam big players daripada Canon dan Nikon. Baru-baru ni aku ada beli satu lens daripada brand ni, Samyang 85mm f/1.4 Manual Lens. Yes, you hear me, 85mm f/1.4...f/1.4..manual. dan harga dia cuma 1/5 daripada harga 85mm f/1.4 daripada brand lain iaitu rm 1180 (harga yang aku beli, ada yang lagi murah). Lens ni murah sebab dia adalah fully manual. Maksudnya? Pepandaila korang set sendiri aperture dan focusing (termasuk exposure).

Figure 1: Tenggelam body aku taruk lens ni

Kali ni aku nak buat review pasal lensa ni. Aku tau banyak orang yang pandang rendah lens-lens selain big player lagi-lagi kalau brand yang rare macam Samyang ni. Samyang ni takda komponen elektronik yang connect antara body dengan lens, so korang memang kene set segalanya manually KECUALI versi AE untuk Nikon (Auto Exposure) dia ada focus confirmation chip, masih manual, cuma dia akan keluar dot dalam viewfinder kalau subjek dah dalam fokus.

Lens ni banyak menerima review yang positif daripada photographer berkaliber disebabkan sharpness dia yang melampau pada aperture f/1.4 (ada yang cakap Canon dan Nikon pun kalah, termasuk aku).


Kiri: Gambar Original. Kanan: Crop.
Aku taknak cakap banyak pasal aspek teknikal yang berkaitan graf atau charts bagai, sebab aku pun tak faham tapi aku akan tunjuk contoh-contoh gambar dengan bokeh yang dihasilkan. Tujuan aku beli lens ni memang semata-mata untuk bokeh (Background Blur). Nak tiru Ustaz Azhar Idrus punya stail, Bokeh Pah Ceroh. Sebelum tu biar aku tayang sikit betapa besarnya aperture lens ni.

Rupa lens dengan kaca yang besar.

Inilah ciri fizikal yang ada kat lens ni. Filter Thread diameter dia 72mm. Focusing ring dia smooth, aku suka dan aku pasti untuk orang yang buat video pun akan suka ngan benda ni (fyi Samyang ada buat 85mm f/1.5T untuk video). Aperture ring dia jugak okay, ade bunyi klik-klik untuk konfemkan yang korang dah tukar aperture. 

Peringatan : Lens ni tiada electronic connection antara body dan lens maka dalam EXIF gambar korang dia hanya akan tunjuk f/1.0, so korang kene jot down f value kalau rajin)


Cakap banyak pun tak guna, biar aku tayang sikit hasil-hasil gambar daripada lens ni. Enjoy!






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...