Follow ME!

Facebook Page

Saturday, 16 March 2013

Tutorial Menggunakan Canon Picture Style

Perbezaan bila kita tangkap gambar guna RAW dan JPEG ialah, dengan menggunakan format RAW, kita menyimpan gambar yang belum diproses daripada sensor kamera kita, tapi JPEG ialah fail gambar yang telah diproses dengan editing yang basic seperti sharpening dan contrast serta mood warna (rujuk White Balance).

Picture Style ini adalah setting dimana kita diberi pilihan untuk mengawal cara basic editing kat gambar JPEG tu dibuat. (Picture Style tak ada kesan kepada RAW)

Menu Picture Style rupanya macam ni;


Lain kamera lain cara untuk akses menu ni jadi rujuk buku manual anda untuk cari cara nak masuk menu ni, atau redah je cari menu picture style ni. Kebanyakan kamera dah ada butang khas untuk pergi ke menu Picture Styles ni.

Dalam menu tu kita diberi beberapa preset Picture Style macam yang kita nampak kat dalam gambar di atas. Lepas tu nombor-nombor kat tepi tu adalah parameters untuk Picture Style tu proses gambar kita. Nombor tu ikut urutan ni;


Sharpness , Contrast , Saturation , Color Tone

Kita boleh edit settings tu ikut suka kita. Pilih Picture Style yang kita nak edit, tekan butang 'INFO', menu untuk edit Picture Style tu pun keluar;



Tips untuk edit Picture Style (Ikut citarasa saya lah...);
Sharpness - Biarkan kat +2 atau +3. Jangan terlebih, nanti oversharpened.
Contrast - Letak +1 atau +2 kalau malas edit. Tapi untuk shoot low light scene tanpa flash, -4 pun bagus untuk kekalkan banyak detail dalam kawasan gelap, bagus untuk editing fail JPEG tu nanti.
Saturation - Biar kat 0 je.
Color tone - Pun biar kat 0.

Kalau kat video picture style pun ada efek. Biasanya diorang nak warna yang flat supaya boleh edit warna dekat komputer nanti. Philip Bloom, DSLR videographer terkenal suka settings macam ni;


Picture Style asas : NEUTRAL
Sharpness: 0
Contrast: -4
Saturation: -2
Color Tone: 0

Leceh nak fikir dan pilih semua tu?
Tangkap gambar guna format RAW, boleh fikir pasal semua ni kemudian masa post editing kat depan komputer guna Photoshop atau Lightroom. Kecuali video, sebab takde pilihan RAW video. ;-)

Kalau setakat nak tangkap gambar adik main bola kat taman, nak shoot JPEG dengan Picture Style 'Standard' tak ada masalah pun. Masib boleh buat editing lain sikit-sikit nanti kat komputer.

Jadi Picture Style yang mana paling bagus?
Yang mana korang paling suka la. Saya selalu pakai Standard dan User Defined 1 yang saya dah set untuk stail saya. Cuba korang bawak kamera jalan-jalan dan eksperimen dengan setting Picture Style, nanti akan ada setting yang sesuai dengan citarasa peribadi korang.

Selamat mencuba.


JOM BELAJAR SAMA-SAMA
Siri Artikel Fotografi APKINS

3 comments:

  1. kalau ambik RAW pastu nak edit jadikan JPEG kat kamera boleh ke? guna canon 600d

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesetengah kamera je ada fungsi built in RAW conversion. saya tak sure 550D ada ke tak cuba check manual anda...

      Delete
  2. bro picture style yg pilihan 1-3 tu ble download dri web canon..best..! try guna ''CLEAR'' pastu shoot langit..! tiptop!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...