Saturday, 16 March 2013

Upgrade Terbaik kepada Kit Lens? - Review Tamron SP AF 17-50mm f/2.8 XR Di II LD IF Lens

Ramai yang beli DSLR biasanya dengan kit lens. Kit lens tu ok je untuk shoot secara normal. Tapi ada jugak orang yang tak mahu pakai kit lens, nak gambar yang lebih berkualiti. Contohnya kalau pakai body mahal macam Sony A77, Nikon D7000 atau Canon 7D, nak jugak lens yang boleh berikan kualiti imej yang lebih baik daripada kit lens. Bukannya kit lens tu tak bagus, ini kes orang yang saje nak lebih.


Tamron 17-50mm f/2.8 XR Di II Lens memang beri hasil imej yang berkualiti tinggi dalam pakej yang kecil, ringan, pantas dan berpatutan. Dia jugak dicipta untuk berfungsi dalam range focal length yang popular untuk crop sensor DSLR.

Macam lens Canon EF-S, lens ni dicipta dengan image circle yang kecil khusus untuk guna kat kamera 1.6x FOVCF, untuk design lens yang lebih kecil. Dimensi lens ni ialah 74mm x 82mm (d x l) dan beratnya 430g, just nice untuk balance dengan DSLR yang kecil macam Canon 550D atau 60D. Untuk 7D ni tak ada masalah, body dia lens Canon 24-70mm f/2.8 L USM tu pun boleh balance.

Front element lens dengan hood terpasang.

Mount yang diperbuat daripada besi, lebih tahan lama kalau pasang dan cabut selalu.

Built Quality - Apa Kita Bayar, Itu Kita Dapat.

Dengan harga lebih kurang RM 1,200 baru, nak bandingkan kualiti binaan lens ni dengan lens L memang tak boleh lah. Tapi lens ni aku beli used tahun lepas dengan harga 300,000 KRW atau RM 854. Sedih sikit sebab zoom ring dia sikit loose. Tapi bukannya masalah besar sangat.

Rupa lens Tamron 17-50mm f/2.8 XR Di II.
Rupa lens tu bila zoom ke 50mm. Dia extend sikit.

Lens Tamron 17-50mm ni punya lens barrel dibuat daripada plastik tapi zoom ring dan focusing ring dibalut dengan getah, menjadikan zooming senang untuk tangan kita grip. Lens ni jugak datang dengan center pinch front lens cap dan hood stail bayonet. Oh Tamron punya rear lens cap agak annoying jugak, hanya satu point untuk masukkannya. Nak pasang rear cap mesti pastikan ada tanda kat lens cap tu selari dengan dot merah lens. Kalau Canon punya rear lens cap ada tiga entry point jadi senang nak pasang dengan cepat. Tamron, awak mabuk, balik rumah!

Jangan tertipu dengan lens ni punya bunyi bila dia AF. Bunyinya yang agak nyaring buat ramai orang ingat dia fokus lambat. Sebenarnya cukup pantas je. Memuaskan lah. Tak sepantas lens Canon yang pakai USM motor. Lens ni ada AF MF switch, tak ada full-time manual focusing. Nak tukar mod, flip suis tu dulu. Bila AF, lens ni punya focusing ring bergerak, tapi front element tak bergerak, berita gembira untuk kaki pasang filter. Jaga-jaga, tangan jangan gatal nak pusing focusing ring masa dalam mod AF, nanti rosak motor AF.

Optical quality lens ni memang cantik. Memang tak ada keraguan kalau nak gunakan wide open kat f/2.8 sepanjang focal length. Cukup sharp kat tengah frame. Kat tepi frame ada sikit corner softness, stop down satu stop ke f/4 dan tepi pun akan jadi cukup sharp. Sharpness bagus kat wide end, dan berkurang sikit kat long end. Jadi kalau cadang nak guna kat 50mm tu baik2 lah ye. Corner shading atau vignetting kalau guna wide open kat f/2.8 memang ada. Tapi sikit je, dan ia hilang bila stop down. Warna pun lens render cantik.

Alternatif:
Sigma 18-50mm f/2.8 OS - kurang recommended sikit
Tamron 17-50mm f/2.8 VC - Vibration compensation dan kualiti binaan yang lebih baik. Tapi ada komplen kualiti optikal kurang bila dibandingkan dengan edisi sebelumnya yang tak ada VC.
Canon 17-55mm f/2.8 IS USM - Legend! Tapi dah ada duit sebanya ni, kenapa beli yang tak boleh pakai kat full frame?
Canon 24-105mm f/4 L IS USM - Lagi baik ni dari Canon 17-55~



Sesi meracun;


17mm
Lebih kurang 35mm
50mm wide open kat f/2.8. Sini lah biasanya kelemahan lens terserlah, tapi, tak ada masalah!
Nak pakai untuk landskap/travel/architecture tak ada masalah.
Tengah malam tangkap gambar handheld, boleh!
Sunrise at Batu Feringghi, Penang
Sunrise, handheld. No problem!
Sebab aku tak ada kit lens lah pakai lens ni. Kalau ada, mungkin ia cukup kot, (mungkin tak jugak, dah kena manja dengan lens Tamron ni)

Keputusan Mahkamah Lens APKINS:
SANGAT RECOMMENDED



JOM BELAJAR SAMA-SAMA
Siri Artikel Fotografi


6 comments:

guy67 said...

tell me you're not kidding

APKINS Photography said...

what?

JeJai said...

cun.. aku nk beli satu la.. but kenapa canon 24-105mm tu boleh sama dengan
tamron 17-50mm?

mahasiswa teladan said...

Thanks for review, it was excellent and very informative.
thank you :)

Hisham Alias said...

aslkm bro nak tanya pendapat ttg canon 10-22 mm vs tokina 11-16...mana ok ye..btw saya 70d user

Asyffeq Fourty said...

Assalamulaikum. nak tya, knapa apkins kata lens sigma 18-50 not recommended ek?? ape kurang ngn lens tu,sbb tgok review lain ckp lens tu better than tamron 17-50.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...