Monday, 29 April 2013

Teknik Freelensing & Aperture Freezing


Freelensing
Freelensing ialah teknik kreatif dan seronok-seronok untuk hasilkan gambar seakan-akan 'tilt-shift' dengan efek blurkan satu bahagian gambar dengan sengetkan satah fokus. Caranya senang je. Tanggalkan lens dari kamera dan pegang di depan kamera tanpa pasangkan ke mount. Lens yang paling sesuai untuk cuba teknik ni ialah lens 50mm f/1.8 sebab lens tu kecil dan ringan nak pegang. (Kalau nak try guna 70-200mm f/2.8 tu boleh tapi lakukannnya atas risiko sendiri~) Macam ni;


Pegang lens di depan kamera dan bersedia untuk sengetkan lens tu ke kiri, kanan, atas atau bawah untuk sengetkan satah fokus.


WARNING!
Mencabut lens dari kamera mendedahkan sensor dan benda-benda dalam kamera tu kepada habuk. Kalau takut kat habuk, tak digalakkan buat. Kalau tak kisah, reti tiup dan bersihkan sensor sendiri, buatlah.

Nak dapatkan fokus di belah kiri dan belah kanan jadi blur, sengetkan lens ke arah kiri. Sengetkan ke arah berlawanan akan sengetkan satah fokus ke arah itu pulak. Cuba praktis tangkap beberapa gambar nanti dapat lah 'feel'.

Mungkin agak susah guna viewfinder untuk tengok kawasan mana in fokus. Kalau sakit mata tengok viewfinder, gunakan live-view jika DSLR anda ada fungsi tu. Tak apa kalau gambar blur sikit. Cuba lagi. Kita memang bermain dengan blur pun.


Aperture-freezing
Ini adalah salah satu teknik yang perlukan kita untuk campak lens ke dalam bahagian freezer peti ais dan biarkan selama 10 minit. EH, JANGAN BUAT!!

Kalau kita nak dapatkan lebih Depth-of-Field (DOF) iaitu kawasan yang in focus lebih besar, kita gunakan aperture yang kecil sikit daripada aperture maksimum kamera kita. Contohnya nak guna kat f/2.8. Cara lens-freezing ni adalah seperti berikut;
  1. Pasangkan lens kat kamera elok-elok. 
  2. Set mod kamera ke Aperture Priority (Av atau A). 
  3. Set aperture ke f-stop yang diingini. 
  4. Tekan butang Depth-of-Field Preview di tepi mount. (rujuk manual kamera anda kalau tak tau kat mana butang ni) 
  5. Jangan lepaskan butang tu, teruskan tekan. 
  6. Lepas tu tekan butang tanggalkan lens, dan tanggalkan lens, obviously. 
  7. DONE. Lens anda dah stop down ke saiz aperture yang di set. 

Ini adalah salah satu contoh lens dengan aperture yang telah di-freeze;


Kalau aperture wide open kat f/1.8, kita tak nampak pun aperture blades kat dalam tu. Oleh sebab kita set ini kat f/2.8 aperture blades tu tutup sikit.

Dengan cara ini, kita boleh dapatkan lebih DOF. Kita taknak la stop down sampai f/16 macam nak shoot landskap, itu dah lari daripada tujuan nak dapatkan efek blur gaya 'tilt-shift'. Ini satu contoh gambar guna aperture f/2.8 untuk DOF besar sikit dan bokeh berbentuk lima segi;





Sesi meracun.
Tangkap gambar objek-objek sekeliling bilik je. Kali ni guna wide open kat f/1.8.


Roommate sedang sibuk menaip. 



Beg orang. 



Warna zip dia macam bendera LGBT je lols! 



Gambar makanan pun jadi menarik dan pelik dengan teknik ni. Boleh instagram ni... 



FAQ

1. Fungsi auto-exposure masih berfungsi ke bila lens dicabut dari kamera?
Bahagian aperture akan tunjukkan f-stop value f/00. Kalau anda gunakan mod seperti Aperture Priority (logo Av atau A) dan Program (P), auto-exposure masih berfungsi dan boleh dikawal dengan Exposure Compensation.

2. Auto-fokus berfungsi tak?
Lens dah dicabut dari kamera, of kos lens tak boleh communicate dengan kamera. Oleh itu tak ada autofokus... Kena fokus secara manual.

3. Saya pakai kamera brand ____. Boleh ke buat?
Kalau guna kamera Canon memang boleh buat sebab lens direka dengan aperture yang sentiasa terbuka. Kalau Nikon kompleks sikit. Ada lens contohnya lens siri D ada aperture ring, kita boleh buka aperture sendiri. Tapi lens siri G aperture blades akan tertutup bila kita cabut lens dari body. Kalau nak, cubalah teknik aperture-freezing seperti saya ceritakan kat atas.

4. Ada cara lain untuk dapatkan efek ni?
Ada. Beli lens tilt-shift yang mahal bagai ada emas tapi kurang berguna untuk shoot benda lain.


Apa-apa lagi pertanyaan, sila kemukakan di bahagian komen atau di facebook page saya (klik sini untuk pergi ke page facebook)

Selamat mencuba!



Nak lagi artikel fotografi? Try klik tab 'Tutorial Fotografi' kat atas.

1 comment:

MK Kimi said...

leh try bila blik nnt. tp kamera aku xdak button DOF preview tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...