Friday, 31 May 2013

EDITING - Efek Instagram Cara Mudah di Photoshop CS6

Hari ni saya nak tunjukkan satu cara editing yang sangat mudah di Photoshop CS6. Ramai orang yang tengok je Photoshop, terus takut sebab program interface dia nampak sangat kompleks. Sebenarnya takdelah kompleks sangat bila dah tahu apa yang nak dibuat.

Kali ni kita nak edit gambar ini dengan efek warna ala instagram gitu.



Gambar ini dah ok dah, tapi saje nak dapatkan efek instagram sikit. Mudah sangat pun cara nak editnya.

Step 1: 'Open Image' kat Photoshop dengan drag dan drop kat Photoshop window. Nak guna File > Open pun boleh jugak.



Step 2: Duplicate Layer. saya akan terangkan kenapa saya buat dalam step seterusnya nanti.



Step 3: Letak nama layer apa-apa yang suka. Secara default akan dinamakan 'Background copy', biarkan saje pun takpe. Tapi saya namakan Instagram Mudah.



Dah dapat dua layer.
- Instagram Mudah di depan.
- Background di belakang.

Saya buat editing di layer 'Instagram Mudah' sahaja. Kalau silap edit dan nak buat semula, file asal ambil je dari layer 'Background'. Layer belakang tu buat Plan B.



Step 4: Blending Options. Kembali ke layer 'Instagram Mudah' dengan select layer tu dan right click. Akan keluar menu macam gambar di bawah, dan cari Blending Options. 



Step 5: Color Overlay. Tick box 'Color Overlay'.



Step 6: Blend Mode letak 'Exclusion'.



Step 7: Opacity letak 25%.



Step 8: Pilih warna. kalau klik petak berwarna tu akan keluar Colors Picker. Dari sini pilih warna mana yang anda suka sampai dapat efek yang anda mahukan.



Tekan 'OK' dan SIAP!

Jangan lupa save file.




Dah dapat hasilnya.

Efek Instagram cara mudah!



Senang je kan guna Photoshop CS6. edisi lain saya tak pakai, tapi lebih kurang je biasanya. Apa lagi, sila lah cuba!


Wednesday, 29 May 2013

Kuasa Pena

Testing colors at screen

Canon 7D + 85mm f/1.8 USM


Monday, 27 May 2013

Tips Penjagaan Lensa DSLR

Kalau kita tengok internet kadang-kadang nampak lah abam pero bawak DSLR masuk lumpur mandi hujan segala, sebenarnya diorang tu betul-betul faham limit equipment diorang, lens hebat-hebat yang mampu tahan abuse je diorang buat macam tu dan jugak, diorang punya equipment layak dicover oleh INSURANS!
Jadi kita ni dengan equipment yang simple-simple dan tak ada insurans ni, kita kenalah jaga equipment kita elok-elok. Benda DSLR ni bukannya murah kot!

Cara preventif:

1. Pakai filter.
Ada banyak jenis filter kita boleh letak. Ada yang letak UV filter. Sebenarnya UV filter tak ada fungsi kat kamera digital. Ramai yang pakai hanya sebab untuk lindungi front element lens. Tapi UV filter yang murah dibuat dari kaca berkualiti rendah, dan kita letak depan lens, kita hilang sedikit sharpness di situ. Kalau guna UV filter atau clear filter yang mahal-mahal biasanya dibuat dengan kaca yang lebih bagus untuk kekalkan kualiti optikal yang lebih baik.. Benda clear filter ni kadang-kadang ada jugak yang dipanggil protective filter.

2. Lens Hood dan Lens Cap
Saya ni bukan orang senang (ayat redha), saya tak mampu beli UV atau clear filter mahal-mahal, jadi saya selalu pakai lens hood dan lens cap. Lens cap depan dan belakang tu dah tentu untuk elakkan calar dan kurangkan habuk melekat kat kaca lens. Lens hood pun membantu sebenarnya bila kita pasang ke arah depan. Ada kes, photographer terlepas lens dia dan lepas tu terjatuh, lens hood pecah dulu, tapi sebab lens hood kaca lens tak terima banyak hentakan. Kalau pasang ke belakang dah hilang fungsi dia dah. Kalau ada hood sila lah selalu pasang ke depan ok.

3. Dry Box
Kelembapan dan fungus adalah musuh ketat lens dan jugak body DSLR. Fungus boleh tumbuh kat kaca lensa, dia makan lens coating dan kaca, kalau banyak memang akan beri kesan kepada kualiti optikal lens. Orang yang suka letak DSLR dalam beg kamera berisiko tinggi kena fungus sebab fungus suka tempat gelap dan lembap untuk tumbuh. Jadi ada orang beli dry cabinet untuk elak ketumbuhan fungus kat lens. Selain tu boleh jugak buat dry box secara DIY iaitu beli bekas lutsinar gaya tupperware dengan tutup kedap udara dan silica gel dam hygrometer jadi dry box. Baca artikel DIY dry box saya sini.

Cara mencuci:

1. Blower
Selain berguna blow sensor, benda ni boleh jugak blow habuk kasar dari lens. Baca artikel blow cleaning sensor sini.

2. Kain microfibre
Kain lembut macam cermin mata atau kain microfibre ok je untuk lap lens. Sebaik-baiknya tiup dulu habuk yang kasar dulu sebelum lap habuk kecil. Nanti kalau lap terus takut habuk kasar nanti calarkan lens.

3. Lens cleaning fluid
Bagus tapi ini last resort biasanya. Senan benda ni kimia, kalau silap guna boleh makan lens coating. Ramai orang cuba guna nafas dulu dan lap baru guna lens fluid.

4. Lens cleaning tissue
Sama macam fluid cuma kali ni dalam bentuk tisu pakai buang.

5 Lens brush
Berus untuk sapu habuk dari lens. Berus yang lembut dan halus paling baik.

6. Lens pen
Kalau minat, dia ada berus, cleaning fluid sekali dalam bentuk macam pen.

7. Sendiri mau jaga.
Lupa nak cakap kat atas. Sendiri kena jaga kaca lens lah. Ada je orang yang pegang kaca lens lepas tu nanti ada kesan cap jari kat lens. Ada orang gantung DSLR kat leher atau bahu lepas tu hayun je DSLR ke mana-mana, lepas tu lens terhantuk kat mana-mana. Aduh. Sendiri mau jaga la ok?

Berapa kerap kena cuci? Sebaik-baiknya bila dah kotor sangat baru cuci. Kalau berhabuk sikit-sikit tak payah lah cuci banyak-banyak. Nanti sebab cleaning lens calar dan coating tanggal. Bila dah betul-betul perlukan baru cuci ok?

Nak cari benda-benda ni takdelah mahal sangat pun. Cuba rujuk harga kat shashinki.com dulu baru beli. Kalau harga lagi murah dari situ maksudnya bagus.

Jagalah lens anda dengan baik macam jaga anak, barulah dia boleh berfungsi dengan baik dan beri hasil terbaik. Selamat menembak.

Saturday, 25 May 2013

Field of View Crop Factor (FOVCF)

Kita mulakan post kali ini dengan satu persoalan;

"Kalau lens standard zoom (kit lens) paling wide boleh pergi sampai 18mm, kenapa ada lens lain dalam kategori standard zoom yang mahal-mahal macam Canon 24-70mm paling wide hanya 24mm?"

Jom kita siasat.

Kali ini kita nak bercerita tentang saiz sensor; bahagian yang merekod cahaya daripada lens dan tukarkannya jadi isyarat elektrik dan seterusnya jadi gambar. Rajah seterusnya menerangkan fungsi sensor dalam kamera.



Kamera DSLR zaman sekarang biasanya dibuat dengan macam macam jenis saiz sensor. Tapi tiga ini yang paling common;

  • Full Frame - Saiz sensor adalah sama dengan saiz filem 35mm
  • APS-C - Saiz sensor kurang 1.5 atau 1.6 kali ganda daripada saiz filem 35mm
  • Micro Four Thirds - Saiz sensor kurang 2 kali ganda daripada saiz filem 35mm
Apa perbezaannya?


Nampak tak kamera belah kiri iaitu 5D, sensornya lebih besar? Inilah full frame.

50D di belah kanan pulak sensornya kecil sikit. Inilah APS-C. Micro Four Thirds kecil lagi dari ni. Tapi kita fokus lebih kepada full frame vs APS-C je kali ni.

Perbezaan saiz sensor ini mengakibatkan gambar yang diambil kamera-kamera ni berlainan. Kamera dengan sensor yang lebih besar boleh ambil lebih besar lagi gambar. Macam gambar ni terangkan.


Dengan menggunakan lensa yang sama, kamera full frame mampu ambil gambar yang lebih besar dan lebar daripada kamera crop (APS-C). Gambar yang ditangkap dengan camera crop seperti telah di'crop' ke tengah.

Jadi, untuk compare, kenalah darab focal length dengan Field of View Crop Factor (FOVCF).

- Canon 1.6x
- Nikon 1.5x
- Sony 1.5x
- brand lain sila gugel sendiri ;-p

ini contoh pengiraan crop factor;
50mm x 1.6 = 80mm
300mm x 1.6 = 480mm


FOVCF masa gunakan kamera crop ni ada kebaikan dan ada keburukan. Kebaikan kalau kita guna kamera crop ialah, telephoto jadi lebih panjang. Tapi lens wide jadi kurang wide. Lagi satu ialah, kamera full frame boleh hasilkan efek background blur, shallow Depth of Field dengan lebih senang daripada kamera crop. Klik sini kalau nak baca 7 kelebihan kamera crop.

Jika anda menggunakan lensa 50mm kat kamera crop, ia akan nampak seperti anda pakai lens 80mm kat kamera full frame. Oleh itu, walaupun lens kat kamera crop 18mm tu kira wide, tapi sebenarnya ia adalah seperti pakai lens 28mm kat kamera full frame. Lens 24mm kat full frame sebenarnya lebih wide lagi daripada lens 18mm kat kamera crop.

Lepas ni dah faham lah apa perbezaan antara kamera dengan berlainan saiz sensor... Selamat menembak.

Monday, 20 May 2013

New Toy: Canon EF 85mm f/1.8 USM

Takmau cakap banyak; ini bendanya. (bukan yang mount kat body ok, itu hiasan je)




Canon EF 85mm f/1.8 ni agak teruk dibelasah oleh pengguna sebelumnya, tapi nasib baik masih boleh ambil gambar dan AF elok lagi. Harap tak ada masalah.



Tengok kaca dia tudiaa! Focal length 85mm ni sesuai untuk portret. Bokeh dia pun cantik dan smooth. AF dia pulak sangat laju.

Test shots skit dengan shoot street scene dan sedikit sports. Dua gambar pertama je edit, yang lain malas nak edit.













Kenapa gambar elok-elok saya kebanyakannya dalam orientasi potret? Entahlah!

Kita harap lepas ni boleh bawak balik gambar lebih meletop lagi lah ya.

Kbai.

Saturday, 18 May 2013

Portraiture: Sharmine Nabila

Location: Jongno-gu.
Date: 17th May 2013
Model: Sharmine Nabila
Equipment: Canon 7D + Tamron 17-50 + 50mm f/1.8




Samcheong-dong is a neighbourhood of numerous small art galleries, shops, and restaurants located in Jongno-gu in Seoul. And today we're gonna take a look around.



The initial rendezvous point was Gwanghwamun Square. Samcheong-dong is located a short bus ride from here.













After a few minutes browsing through the alleyways we found a Hello Kitty Cafe!








Thursday, 16 May 2013

Portraiture: Loo Peng

Location: Yoeido Park, Seoul
Date: 25 March 2013 (Early Spring)
Model: Goh Loo Peng
Equipment: Canon 7D + Canon EF 50mm f/1.8 II





Image should not be copied, saved or altered without owner's and the model's permission.

Panduan Membeli DSLR - Apa Definisi Kamera yang Bagus?

Dalam memilih DSLR yang terbaik, mereka yang baru je nak mula dalam bidang fotografi belum tahu apa feature set yang mereka perlukan. Jadi di sini banyak advertiser ambil kesempatan, cipta impressi bahawa kamera mereka paling bagus di dunia bagai tak ada benda lain dah. Lepas tu terdedah dengan risiko nasihat oleh newbie yang bajet sifu, maka jadilah pening. 

Oleh itu anda sebagai orang yang bakal keluarkan duit dan beli bertanggungjawab untuk research dan bandingkan kamera mana ada feature set yang anda inginkan.


Dalam artikel kali ini saya akan bincangkan tentang beberapa istilah penting dalam membandingkan kamera. Mereka ini yang menentukan definisi kamera mana lebih hebat.




1. Harga.
- ikut budget seseorang

- biasanya bermula dalam RM2,000.
- nasihat umum ialah jangan berhabis kat body sahaja, save sikit untuk lens juga.

2. Saiz & Berat Body

- DSLR dalam katergori entry level biasanya kecil, ringan dan kompak sikit
- DSLR dalam kategori high end biasanya lebih kukuh berat dan besar.

3. Built Quality

- DSLR dalam katergori entry level biasanya dibina dengan bahan polycarbonate yang ringan.
- DSLR dalam kategori high end biasanya dibina dengan bahan magnesium alloy yang kukuh.

4. Saiz Sensor

- Sensor adalah alat yang menukarkan cahaya yang dia terima dari lens jadi isyarat elektrik.
- Sensor ni benda mahal. Lagi besar sensor lagi mahal kamera (biasanya).
- Kamera high end ada yang full frame (Canon 5D Mark II, Nikon D700, dll)
- Kamera entry level biasanya crop sensor, 1.5x kecil dari full frame.
- Tapi ada je kamera crop tapi high end sebab binaan lebih kukuh dan feature high end banyak.

 5. Megapixel

- Lebih banyak megapixel tak bermaksud lebih bagus gambar sharp dll.
- Ia hanya menentukan resolusi maksimum gambar yang mampu dirakam.
- Kamera 6 megapixel boleh rakam gambar bersaiz kertas A4.
- Oleh itu asalkan 10 megapixel ke atas dah cukup bagus dah.

6. Fungsi Video

- walaupun DSLR baru-baru semuanya ada fungsi rakaman video, DSLR yang lama tidak.
- satu benda yang perlu kita check ialah resolusi maksimum, masih ada yang rakam HD 720p bukan full HD 1080p.

7. Sistem AF
- berapa banyak point dia ada.
- lebih banyak point bermaksud lebih bagus untuk tangkap objek bergerak pantas macam sports.

8. Burst Mode
- dikira dalam unit frames per second (fps)
- kebanyakan kamera zaman sekarang biasanya boleh sampai 3fps.
- siapa 5fps atau lebih dikira pantas.
- berguna untuk sports.

9. Viewfinder
- dikira dalam berapa peratusan coverage.
- jika dia tak 100%, gambar akan tangkap lebih sikit dari apa yang kita nampak dalam viewfinder.
- body entry level banyak guna penta mirror, gelap dan kecil tapi ringan.
- body high end selalu guna pentaprism, terang tapi berat.
- ada juga yang pakai Electronic Viewfinder (EVF), benda tu digantikan dengan skrin kecil
- EVF bagus, moden gitu, tapi pakai bateri.

10. ISO performance
- Body full frame memang excel ISO performance, naik sampai ISO 12,800 kurang noise.
- Body crop kalau boleh naik ISO 1,600 boleh dikira bagus.
- Kalau boleh naik lagi tinggi tanpa noise lagi bagus.
- Boleh rujuk kat dpreview punya studio shot comparison app.

11. Bateri
- Bateri performance dikira ikut CIPA testing standard.
- Berapa banyak shots boleh ambil untuk discharge bateri sepenuhnya sampai habis.
- Jika 400 shots ke atas kira ok, boleh pakai dalam sehari shoot secara riadah.
- Body high end boleh capai 800 shots, untuk orang yang shoot job wedding dari pagi sampai petang. (still tak cukup, diorang pakai battery grip lagi)

12. Memori
- Ada kamera guna kad SD, ada guna kad CF.
- SD murah dan kompak.
- CF mahal, besar dan ada model yang dibuat sangat laju.
- apa yang kamera tu pakai, guna je.
- Cari read/write speed 10MB/s untuk rakam video full HD 1080p.


Fungsi Tambahan


1. Skrin Fleksibel
- skrin boleh putar, berguna untuk selca, video diri sendiri.
- boleh check skrin dengan pusingkan pelbagai sudut

2. AF masa video
- Canon dan Nikon punya tak reliable sangat. Lambat, lebih baik pakai manual fokus.
- Sony SLT je yang hebat dalam AF, cuma bunyi motor AF masuk sekali dalam recording.

3. Weather Sealing
- high end body tahan hujan dan habuk untuk kegunaan lasak.
- body Pentax paling awesome part weather sealing.

4. Video controls
- Canon dan Sony adalah expert dalam DSLR video, apa yang perlu ada.
- Contohnya manual exposure settings untuk video.
- Nikons tak bagi tukar aperture dalam live view mode, annoying di situ.
- Lagi satu ialah audio input dan output kalau anda nak serius dalam videografi.



Cadangan DSLR?

Canon;
- Canon 550D, 600D, 650D
- Canon 40D, 50D, 60D
- Canon 7D, 
- Canon 6D, 5D, 5D Mark II, 5D Mark III

Nikon;
- Nikon D3000, D3100.
- Nikon D5000, D5100.
- Nikon D90, D7000, D7100.
- Nikon D600, D700, D800.

Sony;
- Sony A37, A38.
- Sony A57.
- Sony A67, A77
- Sony A99

banyak lagi lah! nak list semua mampus lo.

Sambungan artikel ni, baca artikel original kat sini;
Panduan Membeli DSLR

Sekarang dah tahu kan apa yang nak dicari masa membandingkan kamera? 
Selamat Research dan shopping...

Sunday, 12 May 2013

Editing - Proses Warna di Adobe Camera RAW 7 + Photoshop CS6

Alkisah diceritakan ada sekeping gambar yang saya ambil suatu petang di tempat jogging feveret saya. Dalam gambar ini saya gunakan kamera saya Canon 7D dan lens zoom kegemaran saya Tamron 17-50 2.8.




Menangkap gambar.

1) EXIF
Lens digunakan kat focal length 20mm. Saya gunakan f/2.8 untuk dapatkan Depth of Field yang nipis, dan background yang blur. Saya jugak gunakan ISO 100 sebab saya rasa itu adalah cukup untuk keadaan cahaya pada masa itu. Dengan kombinasi ISO dan aperture, saya dapat shutter speed 1/250s sebab saya guna mod Av atau Aperture Priority, shutter speed ditentukan oleh kamera. Walaupun kamera tentukan shutter speed saya pantau juga dia supaya kurang risiko gamber gegar. Settings tu simple-simple je. kalau nak guna f/3.5 kat kit lens pun lebih kurang jugak hasilnya.


2) Shoot RAW.
Ini perkara penting, saya shoot RAW. Sebab dalam editing kita boleh keluarkan balik banyak detail dalam gambar masa editing guna Highlights and Shadows slider. Walaupun file besar tapi dia ada kelebihan boleh simpan data banyak. Tapi ini bukan alasan untuk tak cuba dapatkan exposure yang tepat. Exposure yang tepat itu sangat penting!


3) Composition.
Gambar ni saje dicompose dari point of view rendah, saya mencangkung kat bawah dan gunakan deretan pokok dan garisan putih kat situ sebagai leading lines untuk membawa perhatian ke dalam gambar. Focal length ni tak wide sangat pun, tapi menjadi jugak sebab vertical orientation.



Editing.

Saya gunakan Adobe Photoshop CS6 dengan Adobe Camera RAW 7.0. Lightroom pun lebih kurang jugak tapi saya yang kurang reti guna. Lagipun kena pilih gambar dalam libraries itu agak annoying bagi saya. Pilih kat Windows Explorer je cukup, bitch please.

Buka file RAW di Adobe Camera RAW dan main dengan slider.




Dalam bermain dengan slider ni kita kena tahu jugak apa yang nak dimainkan.

White Balance dan Tint pilih elok-elok ikut preset yang ada atau gunakan 'As Shot' sebab time ni saya set White Balance Sunny. Exposure pulak naik turun exposure, bagi gambar terang atau gelap. Tengok exposure dah ok tak perlu lah kacau. Contrast saje naikkan sikit mengikut citarasa.

Untuk kembalikan lebih banyak detail dalam gambar, Highlights dan Shadows slider ini penting. Biasanya turunkan Highlights untuk dapatkan lebih detail dari kawasan terang dan lepas tu naikkan bahagian Shadows untuk terangkan sikit kawasan yang gelap. Shadows slider ini jangan naikkan terlalu banyak, nanti noise naik sekali, walaupun korang pakai ISO 100 sekalipun.

Whites and Blacks, ini pun kita kena kawal untuk dapatkan tone warna yang cantik. Kamera akan cuba exposure hitam atau putih kepada warna 18% middle grey. Formula ini menjadi untuk dia mencari exposure tapi tak natural. Sebab gambar tak ada true black dan true white. Inilah fungsinya, menghitamkan apa yang hitam dan memputihkan apa yang putih. Mainlah ikut citarasa.

Clarity boleh naikkan detail dalam gambar. Kali ni saya tak usik. Vibrance ini penting untuk naikkan supaya dapat tone warna menarik. Gambar kali ni didominasi oleh tone warna hijau. Vibrance boleh naik tinggi-tinggi lepas tu bekerjasama sekali dengan slider Blacks untuk dapatkan warna hijau yang cantik.

Dan tekan 'Open Image'




Dah cukup cantik kan dia punya tone warna? Tak susah pun bila kita bekerja dengan gambar yang exposure tepat dan timing keadaan cahaya yang lembut waktu petang.

Tapi langit tu masih tak cukup kacak. Agak kosong. Jom tambahkan warna sikit. Apa yang saya nak buat ialah, duplicate layer ini, jadikan dia gelap dan tambahkan kat langit tanpa mengubah bahagian bawah.

Duplicate Layer.




Dan kita dapat layer baru bernama 'background copy'.




Kita gelapkan layer yang kita dah duplicate tadi gunakan Levels kat Adjustment Panel.




Saya lebih suka guna Levels daripada turunkan Brightness sebab turunkan brightness cuma hitamkan gambar. Levels turunkan dan pekatkan tone sekali.




Jangan risau gambar jadi gelap sebab nak pakai bahagian langit je. Lepas ni gabungkan adjustment layer dan layer background copy.




Lepas tu tekan butang 'Layer Mask' kat bawah.




Buat satu layer mask.




Kat thumbnail tu adalah layer mask warna putih bersih. Warna putih akan tunjukkan layer di hadapan sahaja. Layer hitam pulak akan tunjukkan layer di belakang. Jadi kita nak kat thumbnail tu dari putih, slowly gradient jadi warna hitam, bagi nampak bahagian bawah yang terang kat layer belakang. Cari butang gradient tool.




Pilih gradient yang dari putih, slowly gradient jadi warna hitam.




Dan tarik kat gambar dari atas ke bawah.




Dan kita dapat hasilnya.




Dan save sebagai JPEG untuk upload ke internet.




Ini hasil yang kita dapat.


Evening stroll by the Anyang River, Seoul

Takdelah susah sangat kan?

Teknik menggabungkan gambar cara ni boleh jugak guna untuk gambungkan gambar berlainan exposure. Contohnya anda ambil tiga gambar dengan Auto Exposure Bracketing, lepas tu boleh cantumkan gambar dengan cara ni jugak. Contoh gambar di bawah, shoot directly ke arah matahari. Langit tu adalah exposure lain, bahagian batu dalam kawasan shadows adalah gambar lain, dicantumkan jadi satu.

(Baca lagi tentang Auto Exposure Bracketing klik sini.)

Evening stroll by the Anyang River, Seoul 

 Selamat menembak dan ditembak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...