Sunday, 12 May 2013

Berjogging Petang-Petang

Setelah lama sejuk, terpaksa berbungkus nak kesana kemari, hari ni suhu elok untuk pakai baju selapis je. Memang best lah. This is the time to get fit! 

Kawasan ni adalah kawasan biasa saya pergi jogging. Kali ni sebab bawak kamera, berjalan kaki lah pulak. Takde berlari. Jongging trail ni dibina sepanjang sungai Anyang kat kawasan selatan Seoul ni. Cantik tempatnya.


Sindorim di situ.


Area Dorimchon lah kot. Kalau terus ke depan lagi boleh sampai Han River dan Yoeido Park.

 

Low angle shot adalah kacak.

 

Tangkap bunga sikit. Lens tamron 17-50 2.8 ni sharp, tapi ada sikit softness. Benda biasa lah untuk zoom lens. Mana boleh lawan prime macam lens 50mm.

 

Percubaan menggabungkan dua gambar dengan exposure berlainan menggunakan gradient layer mask. Macam menjadi jugak lah kan?

 

Abang berbasikal.


Dan kita akhiri blog post kali ini dengan gambar diri sendiri.

Selamat menembak dan ditembak. Jangan biarkan DSLR tu menadah habuk kat rumah. Bawaklah dia keluar selalu bagai nak ajak awek pegi dating selalu... Bawak kamera keluar kurang risiko dosa compare dengan bawak awek~ lalala kbai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...