Friday, 31 May 2013

EDITING - Efek Instagram Cara Mudah di Photoshop CS6

Hari ni saya nak tunjukkan satu cara editing yang sangat mudah di Photoshop CS6. Ramai orang yang tengok je Photoshop, terus takut sebab program interface dia nampak sangat kompleks. Sebenarnya takdelah kompleks sangat bila dah tahu apa yang nak dibuat.

Kali ni kita nak edit gambar ini dengan efek warna ala instagram gitu.



Gambar ini dah ok dah, tapi saje nak dapatkan efek instagram sikit. Mudah sangat pun cara nak editnya.

Step 1: 'Open Image' kat Photoshop dengan drag dan drop kat Photoshop window. Nak guna File > Open pun boleh jugak.



Step 2: Duplicate Layer. saya akan terangkan kenapa saya buat dalam step seterusnya nanti.



Step 3: Letak nama layer apa-apa yang suka. Secara default akan dinamakan 'Background copy', biarkan saje pun takpe. Tapi saya namakan Instagram Mudah.



Dah dapat dua layer.
- Instagram Mudah di depan.
- Background di belakang.

Saya buat editing di layer 'Instagram Mudah' sahaja. Kalau silap edit dan nak buat semula, file asal ambil je dari layer 'Background'. Layer belakang tu buat Plan B.



Step 4: Blending Options. Kembali ke layer 'Instagram Mudah' dengan select layer tu dan right click. Akan keluar menu macam gambar di bawah, dan cari Blending Options. 



Step 5: Color Overlay. Tick box 'Color Overlay'.



Step 6: Blend Mode letak 'Exclusion'.



Step 7: Opacity letak 25%.



Step 8: Pilih warna. kalau klik petak berwarna tu akan keluar Colors Picker. Dari sini pilih warna mana yang anda suka sampai dapat efek yang anda mahukan.



Tekan 'OK' dan SIAP!

Jangan lupa save file.




Dah dapat hasilnya.

Efek Instagram cara mudah!



Senang je kan guna Photoshop CS6. edisi lain saya tak pakai, tapi lebih kurang je biasanya. Apa lagi, sila lah cuba!


2 comments:

Mohamad Haris Ishak said...

install nik software color efex pro PS plugin dan buat benda ni in one click..

fairuz aag said...

wah! saya buat jadi! thanks ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...