Sunday, 12 May 2013

Editing - Proses Warna di Adobe Camera RAW 7 + Photoshop CS6

Alkisah diceritakan ada sekeping gambar yang saya ambil suatu petang di tempat jogging feveret saya. Dalam gambar ini saya gunakan kamera saya Canon 7D dan lens zoom kegemaran saya Tamron 17-50 2.8.




Menangkap gambar.

1) EXIF
Lens digunakan kat focal length 20mm. Saya gunakan f/2.8 untuk dapatkan Depth of Field yang nipis, dan background yang blur. Saya jugak gunakan ISO 100 sebab saya rasa itu adalah cukup untuk keadaan cahaya pada masa itu. Dengan kombinasi ISO dan aperture, saya dapat shutter speed 1/250s sebab saya guna mod Av atau Aperture Priority, shutter speed ditentukan oleh kamera. Walaupun kamera tentukan shutter speed saya pantau juga dia supaya kurang risiko gamber gegar. Settings tu simple-simple je. kalau nak guna f/3.5 kat kit lens pun lebih kurang jugak hasilnya.


2) Shoot RAW.
Ini perkara penting, saya shoot RAW. Sebab dalam editing kita boleh keluarkan balik banyak detail dalam gambar masa editing guna Highlights and Shadows slider. Walaupun file besar tapi dia ada kelebihan boleh simpan data banyak. Tapi ini bukan alasan untuk tak cuba dapatkan exposure yang tepat. Exposure yang tepat itu sangat penting!


3) Composition.
Gambar ni saje dicompose dari point of view rendah, saya mencangkung kat bawah dan gunakan deretan pokok dan garisan putih kat situ sebagai leading lines untuk membawa perhatian ke dalam gambar. Focal length ni tak wide sangat pun, tapi menjadi jugak sebab vertical orientation.



Editing.

Saya gunakan Adobe Photoshop CS6 dengan Adobe Camera RAW 7.0. Lightroom pun lebih kurang jugak tapi saya yang kurang reti guna. Lagipun kena pilih gambar dalam libraries itu agak annoying bagi saya. Pilih kat Windows Explorer je cukup, bitch please.

Buka file RAW di Adobe Camera RAW dan main dengan slider.




Dalam bermain dengan slider ni kita kena tahu jugak apa yang nak dimainkan.

White Balance dan Tint pilih elok-elok ikut preset yang ada atau gunakan 'As Shot' sebab time ni saya set White Balance Sunny. Exposure pulak naik turun exposure, bagi gambar terang atau gelap. Tengok exposure dah ok tak perlu lah kacau. Contrast saje naikkan sikit mengikut citarasa.

Untuk kembalikan lebih banyak detail dalam gambar, Highlights dan Shadows slider ini penting. Biasanya turunkan Highlights untuk dapatkan lebih detail dari kawasan terang dan lepas tu naikkan bahagian Shadows untuk terangkan sikit kawasan yang gelap. Shadows slider ini jangan naikkan terlalu banyak, nanti noise naik sekali, walaupun korang pakai ISO 100 sekalipun.

Whites and Blacks, ini pun kita kena kawal untuk dapatkan tone warna yang cantik. Kamera akan cuba exposure hitam atau putih kepada warna 18% middle grey. Formula ini menjadi untuk dia mencari exposure tapi tak natural. Sebab gambar tak ada true black dan true white. Inilah fungsinya, menghitamkan apa yang hitam dan memputihkan apa yang putih. Mainlah ikut citarasa.

Clarity boleh naikkan detail dalam gambar. Kali ni saya tak usik. Vibrance ini penting untuk naikkan supaya dapat tone warna menarik. Gambar kali ni didominasi oleh tone warna hijau. Vibrance boleh naik tinggi-tinggi lepas tu bekerjasama sekali dengan slider Blacks untuk dapatkan warna hijau yang cantik.

Dan tekan 'Open Image'




Dah cukup cantik kan dia punya tone warna? Tak susah pun bila kita bekerja dengan gambar yang exposure tepat dan timing keadaan cahaya yang lembut waktu petang.

Tapi langit tu masih tak cukup kacak. Agak kosong. Jom tambahkan warna sikit. Apa yang saya nak buat ialah, duplicate layer ini, jadikan dia gelap dan tambahkan kat langit tanpa mengubah bahagian bawah.

Duplicate Layer.




Dan kita dapat layer baru bernama 'background copy'.




Kita gelapkan layer yang kita dah duplicate tadi gunakan Levels kat Adjustment Panel.




Saya lebih suka guna Levels daripada turunkan Brightness sebab turunkan brightness cuma hitamkan gambar. Levels turunkan dan pekatkan tone sekali.




Jangan risau gambar jadi gelap sebab nak pakai bahagian langit je. Lepas ni gabungkan adjustment layer dan layer background copy.




Lepas tu tekan butang 'Layer Mask' kat bawah.




Buat satu layer mask.




Kat thumbnail tu adalah layer mask warna putih bersih. Warna putih akan tunjukkan layer di hadapan sahaja. Layer hitam pulak akan tunjukkan layer di belakang. Jadi kita nak kat thumbnail tu dari putih, slowly gradient jadi warna hitam, bagi nampak bahagian bawah yang terang kat layer belakang. Cari butang gradient tool.




Pilih gradient yang dari putih, slowly gradient jadi warna hitam.




Dan tarik kat gambar dari atas ke bawah.




Dan kita dapat hasilnya.




Dan save sebagai JPEG untuk upload ke internet.




Ini hasil yang kita dapat.


Evening stroll by the Anyang River, Seoul

Takdelah susah sangat kan?

Teknik menggabungkan gambar cara ni boleh jugak guna untuk gambungkan gambar berlainan exposure. Contohnya anda ambil tiga gambar dengan Auto Exposure Bracketing, lepas tu boleh cantumkan gambar dengan cara ni jugak. Contoh gambar di bawah, shoot directly ke arah matahari. Langit tu adalah exposure lain, bahagian batu dalam kawasan shadows adalah gambar lain, dicantumkan jadi satu.

(Baca lagi tentang Auto Exposure Bracketing klik sini.)

Evening stroll by the Anyang River, Seoul 

 Selamat menembak dan ditembak!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...