Saturday, 25 May 2013

Field of View Crop Factor (FOVCF)

Kita mulakan post kali ini dengan satu persoalan;

"Kalau lens standard zoom (kit lens) paling wide boleh pergi sampai 18mm, kenapa ada lens lain dalam kategori standard zoom yang mahal-mahal macam Canon 24-70mm paling wide hanya 24mm?"

Jom kita siasat.

Kali ini kita nak bercerita tentang saiz sensor; bahagian yang merekod cahaya daripada lens dan tukarkannya jadi isyarat elektrik dan seterusnya jadi gambar. Rajah seterusnya menerangkan fungsi sensor dalam kamera.



Kamera DSLR zaman sekarang biasanya dibuat dengan macam macam jenis saiz sensor. Tapi tiga ini yang paling common;

  • Full Frame - Saiz sensor adalah sama dengan saiz filem 35mm
  • APS-C - Saiz sensor kurang 1.5 atau 1.6 kali ganda daripada saiz filem 35mm
  • Micro Four Thirds - Saiz sensor kurang 2 kali ganda daripada saiz filem 35mm
Apa perbezaannya?


Nampak tak kamera belah kiri iaitu 5D, sensornya lebih besar? Inilah full frame.

50D di belah kanan pulak sensornya kecil sikit. Inilah APS-C. Micro Four Thirds kecil lagi dari ni. Tapi kita fokus lebih kepada full frame vs APS-C je kali ni.

Perbezaan saiz sensor ini mengakibatkan gambar yang diambil kamera-kamera ni berlainan. Kamera dengan sensor yang lebih besar boleh ambil lebih besar lagi gambar. Macam gambar ni terangkan.


Dengan menggunakan lensa yang sama, kamera full frame mampu ambil gambar yang lebih besar dan lebar daripada kamera crop (APS-C). Gambar yang ditangkap dengan camera crop seperti telah di'crop' ke tengah.

Jadi, untuk compare, kenalah darab focal length dengan Field of View Crop Factor (FOVCF).

- Canon 1.6x
- Nikon 1.5x
- Sony 1.5x
- brand lain sila gugel sendiri ;-p

ini contoh pengiraan crop factor;
50mm x 1.6 = 80mm
300mm x 1.6 = 480mm


FOVCF masa gunakan kamera crop ni ada kebaikan dan ada keburukan. Kebaikan kalau kita guna kamera crop ialah, telephoto jadi lebih panjang. Tapi lens wide jadi kurang wide. Lagi satu ialah, kamera full frame boleh hasilkan efek background blur, shallow Depth of Field dengan lebih senang daripada kamera crop. Klik sini kalau nak baca 7 kelebihan kamera crop.

Jika anda menggunakan lensa 50mm kat kamera crop, ia akan nampak seperti anda pakai lens 80mm kat kamera full frame. Oleh itu, walaupun lens kat kamera crop 18mm tu kira wide, tapi sebenarnya ia adalah seperti pakai lens 28mm kat kamera full frame. Lens 24mm kat full frame sebenarnya lebih wide lagi daripada lens 18mm kat kamera crop.

Lepas ni dah faham lah apa perbezaan antara kamera dengan berlainan saiz sensor... Selamat menembak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...