Friday, 3 May 2013

Kit Fotografi untuk Travel - Apa yang Perlu Kita Bawa?

Jadi dalam group fotografi ada orang tanya soalan ini. Dia ada jugak wallpost page saya dan saya dah jawab kat situ. Tapi rasanya nak printscreen sikit soalan dia kat group tu dan tengok apa respon orang lain.



First saya nak share sikit pengalaman saya. Dalam 20 tahun saya berpeluang jejakkan kaki ke 22 negara. Kebanyakannya masa kecil. Takde DSLR ni. Selepas saya masuk universiti baru terjebak dengan gejala DSLR ni. Jadi trip luar negara yang saya bawak dan shoot guna DSLR tak lah banyak.

Tahun lepas saya ke New York dengan Canon 600D.
Atas kapal terbang on the way ke New York.
Seperti mana dalam gambar, itulah saya tengah pegang Canon 600D dan lens Sigma 18-50mm f/2.8-4.5 DC OS HSM. Lens tu lebih kurang je dengan lens Canon 18-55mm f/3.5-5.6 IS (kit lens) fungsinya. Baru-baru ni je upgrade ke kit yang lebih bagus.


ON THE ROAD, LESS EQUIPMENT IS MORE.

Bawa equipment yang simple se-simple yang boleh. Nak pergi berjalan takkan nak bawak seluruh isi rumah kan? Larat pulak nak angkut seharian berjalan merata-rata? Tau lah awak tu pegi gym angkat dumbbell 20kg pun, tapi sekejap je, bukan angkut dari 9 pagi sampai 6 petang berjalan. Kita travel nak seronok, bukan nak mengangkat barang. 

Lagi satu polisi kebanyakan syarikat penerbangan hanya benarkan beg hand carry tidak lebih berat 7kg. Kalau lebih mesti check-in. Tau lah macam mana diorang campak beg kita kat bawah tu. Nak letak lens dalam beg check-in? Silakan, kalau letak anda memang berani mati. Sebab ini bila saya komplen, lens besar dan berat tak sesuai untuk saya, dan mereka cakap 'don't be so girly and lift...' jangan jadi perempuan, angkat la lens berat tu.

Saya dah malas nak berdebat dengan orang macam tu. Biasanya yang cakap macam tu mesti tak pernah naik flight atau mungkin tak pernah pegang dan rasa pun lens berat tu macam mana. Takyah layan je lah.

Masa saya di New York, dalam beg saya ada juga lens Canon 50mm f/1.8 tapi kurang digunakan. Kenapa? Ini sebab-sebabnya;

1. Kekangan masa.
Kali ni saya travel dengan group. Saya lebih suka merayau sendiri kalau boleh tapi apakan daya terpaksa. Ikut je lah. Ikut group ni, kita tak boleh kawal masa kita. Ada je tempat nak dituju dan masa agak terhad di satu tempat. Nak tukar-tukar lens memang tak sempat. Hayun kamera, tekan butang shutter dan lari.

2. Zoom lens lebih versatile daripada prime.
Oleh sebab tiada masa untuk menukar lens, lebih senang gunakan lens standard zoom. Sebab 50mm kat kamera crop agak zoomed in. Kalau guna standard zoom ni, boleh tukar focal length dari wide (18mm) terus ke 50mm.

3. Focal length sudah overlap.
Standard zoom dah cover focal length 50mm, buat apa pakai lagi?

4. Keadaan cahaya dan keperluan DOF
Kawalan aperture. Saya banyak shoot masa siang. Berjalan dari pagi sampai lah senja. Lepas tu rehat di hotel. Macam tu lah rutin travel ikut group. Waktu siang, terutamanya waktu matahari bersinar terik, kita tak boleh shoot dengan aperture wide open, gerenti overexpose. Kita akan guna aperture f/8-f/22. Bila tangkap gambar kita nak jugak DOF yang besar supaya nampak landmark yang jadi bukti, kita pernah sampai ke tempat ni. Kalau nak background bokeh, kat mana-mana boleh dapat. Nak gambar dengan background Empire State Building, itu susah mau dapat. Jadi agak kurang keperluan untuk lens pantas yang besar dan berat tu semua. (baca lagi tentang aperture di sini)

Saya memang sukakan prime lens. Sharpness dan kualiti gambar dari prime lens memang tiada tandingan. Tapi zoom lens boleh tukar focal length dengan mudah, lebih versatile untuk banyak jenis shot masa travel.

Jadi saya memang lebih galakkan anda untuk bawa lens zoom. daripada lens prime.

Singapore.


Lens apa yang sesuai untuk saya bawa travel? (pengguna Canon)

Banyak jenis boleh. Saya listkan lens yang popular untuk body crop;
  1. Canon EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS
  2. Canon EF-S 18-135mm f/3.5-5.6 IS
  3. Sigma 18-50mm f/2.8-4.5 DC OS HSM
  4. Sigma 18-50mm f/2.8 EX DC
  5. Tamron SP AF 17-50mm f/2.8 XR Di II LD IF - lens saya. (review di sini)
  6. Tamron SP AF 17-50mm f/2.8 XR Di II VC LD IF
  7. Canon EF-S 15-85mm f/3.5-5.6 IS USM
  8. Canon EF-S 17-55mm f/2.8 IS USM
Lens ini agak femes sebagai lens travel, sebab sangat versatile dengan zoom range yang panjang, tapi secara jujurnya, kualiti gambar suffer.
  1. Tamron AF18-200mm F3.5-6.3 XR Di-II LD IF
  2. Tamron AF 18-270mm f/3.5-6.3 Di II VC LD Aspherical (IF)
  3. Canon EF-S 18-200mm 1:3.5-5.6 IS
Pengguna full frame seperti Canon 6D, 5D dan lain2;
  1. Tamron AF 28-75mm f/2.8 XR Di LD
  2. Canon EF 28-135mm f/3.5-5.6 IS USM
  3. Canon EF 24-105mm f/4 L IS USM
  4. Tamron SP 24-70mm f/2.8 Di VC USD
  5. Canon EF 24-70mm f/2.8 L USM
List tu hanya untuk standard zoom. Tapi ada juga lens hebat yang boleh bawa balik hasil kreatif. WARNING, bukan semua orang pandai gunakan lens ni untuk travel so berhati-hatilah...
  1. Canon EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS + Fisheye/wide lens/adapter.
  2. Samyang 8mm f/3.5 Fisheye
  3. banyak lagi lah!
Seriously banyak lagi lens yang boleh bawak travel. Jangan limitkan kreativiti dengan focal length. Apa stail anda, gunakanlah.

Tapi seriously, satu lens standard zoom je yang saya perlukan! Lens lain akan jadi penghuni beg dan jadi pemberat masa anda nak berjalan. Macam soalan yang ditanya atas sekali tu, lens 18-55 tu memang akan banyak digunakan, tapi lens 55-200 tu hanya dia yang boleh jawab bakal banyak digunakan atau tidak. Kalau saya, saya lebih banyak shoot gunakan wide focal length masa travel.

Jadi pilihlah lens apa yang nak dibawa tu elok-elok...


Apa lagi yang perlu saya bawa pegi travel?

1. Bateri Ekstra
SANGAT PENTING! Bukan bateri grip, buat berat je. Bateri ekstra. Ekstra satu je dah cukup. Body entry level zaman sekarang biasanya ada bateri kapasiti 400 shots. Bergantung kepada cara pengunaan anda. Kalau kaki review dan delete gambar kat kamera, kaki shoot guna live-view, dan tidak dilupakan kaki bulit-in flash, sekejap je habis. Dengan stail shoot saya, bateri tu boleh tahan selama 1.5 hari atau 2 hari. Kalau bateri 1 habis on the road, tukar lah guna bateri 2. Malam bila balik hotel je cas bateri 1 yang dah habis dan bila bateri 2 habis, gunakan bateri 1 semula. Dan ulang kitaran ni...

2. Memori kad berkapasiti besar
Bila travel gerenti kita akan shoot lebih banyak gambar dari biasa dan dah kalau trip ke luar negara tu sampai seminggu, kat mana nak simpan semua gambar tu? Mestilah memori kad. Saya suka travel dengan kad memori 16GB. Pakai seimggu lebih pun tak habis. Kalau mampu beli 32GB pun lagi bagus. Sebab apa, kita akan datang tempat ni sekali je. Tak salah kalau nak shoot JPEG tapi shoot lah RAW untuk shot-shot yang sangat penting supaya kita ada lebih data untuk berkerja masa editing. Lagi lah kalau orang yang nak shoot video.

Untuk gambar, ok je bawak memori kad yang perlahan macam 32GB Class 4. Kita tak tangkap burst shooting pun. Untuk kamera DSLR Canon kad memori Class 4 tak cukup untuk shoot video full HD. Jadi pandai-pandai lah masukkan jugak dalam inventori tu memori kad kedua Class 10. Kalau dapat beli memori kad 32GB Class 10 atau dua kad 16GB Class 10 itu lagi bagus. Zaman sekarang tak mahal dah kad memori ni.

(Baca lagi tentang kad memori untuk DSLR Canon


3. Tripod
Kadang-kadang kita pergi tempat yang cantik waktu malam. Contohnya kawasan Las Vegas yang penuh berlampu. Kalau pakai ISO tinggi dan shutter speed tinggi supaya tak gegar, cahaya masuk tak cukup. Kalau nak gamba dengan cahaya lebih terang, cuba long exposure dalam 2 atau 4 saat dengan letak kamera atas tripod. Memang berguna tripod ni bila waktu malam. Tapi tripod besar-besar tu memang fail, takkan bawak berjalan punya. Saya ada dua tripod, satu kegunaan serius untuk long exposure dan satu lagi tripod kecil untuk travel. Berguna tripod kecil ni. Tak mahal pun.


Tripod besar kat belakang kamera. Tripod travel yang kecil depan kamera ni.

4. Beg Plastik.
Korang mesti terkejut. Eh, beg plastik? Kalau hujan, balutkan DSLR dengan beg plastik. Tak perlu risau dah berapa tahan dia dengan air hujan weathersealing dan lain-lain tu.


balut dengan plastik, dah jadi kalis hujan/salji...

5. Beg Kamera.
Nak bawak equipment kita ni mestilah ada beg satu... Pilihlah beg yang paling sesuai dengan stail anda. Saya tak suka beg galas sebab susah nak kena tanggal dulu baru boleh ambil kamera. Saya suka messenger bag, senang buka dan terus shoot. Saya sengaja pilih beg yang tak menjerit "saya ni beg kamera!" sebab kalau kita pergi ke tempat yang kurang elok, macam ghetto ke slums ke apa, kadang-kadang nak sorok kita ada equipment fotografi harga ribu raban dalam beg. Penyamaran~


Lowepro Exchange Messenger Bag saya.


Jadi ingatlah anak-anak,


ON THE ROAD, LESS EQUIPMENT IS MORE.

Kalau saya, berdasarkan equipment yang saya ada lah, ini list barang yang saya bawa;
- Body Canon EOS 7D, 
- Lens; Tamron 17-50mm f/2.8
- Mini Tripod.

Letak dalam beg Messenger tu.

Done! 

Bawa apa yang perlu sahaja, Biar ringan, baru senang nak berjalan. Biar letih berjalan, bukan letih mengangkat barang yang tak pakai.

Selamat mengembara dan shoot elok-elok!

Artikel tentang tips untuk shoot masa travel akan saya usahakan lepas ni. Coming soon.~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...