Monday, 27 May 2013

Tips Penjagaan Lensa DSLR

Kalau kita tengok internet kadang-kadang nampak lah abam pero bawak DSLR masuk lumpur mandi hujan segala, sebenarnya diorang tu betul-betul faham limit equipment diorang, lens hebat-hebat yang mampu tahan abuse je diorang buat macam tu dan jugak, diorang punya equipment layak dicover oleh INSURANS!
Jadi kita ni dengan equipment yang simple-simple dan tak ada insurans ni, kita kenalah jaga equipment kita elok-elok. Benda DSLR ni bukannya murah kot!

Cara preventif:

1. Pakai filter.
Ada banyak jenis filter kita boleh letak. Ada yang letak UV filter. Sebenarnya UV filter tak ada fungsi kat kamera digital. Ramai yang pakai hanya sebab untuk lindungi front element lens. Tapi UV filter yang murah dibuat dari kaca berkualiti rendah, dan kita letak depan lens, kita hilang sedikit sharpness di situ. Kalau guna UV filter atau clear filter yang mahal-mahal biasanya dibuat dengan kaca yang lebih bagus untuk kekalkan kualiti optikal yang lebih baik.. Benda clear filter ni kadang-kadang ada jugak yang dipanggil protective filter.

2. Lens Hood dan Lens Cap
Saya ni bukan orang senang (ayat redha), saya tak mampu beli UV atau clear filter mahal-mahal, jadi saya selalu pakai lens hood dan lens cap. Lens cap depan dan belakang tu dah tentu untuk elakkan calar dan kurangkan habuk melekat kat kaca lens. Lens hood pun membantu sebenarnya bila kita pasang ke arah depan. Ada kes, photographer terlepas lens dia dan lepas tu terjatuh, lens hood pecah dulu, tapi sebab lens hood kaca lens tak terima banyak hentakan. Kalau pasang ke belakang dah hilang fungsi dia dah. Kalau ada hood sila lah selalu pasang ke depan ok.

3. Dry Box
Kelembapan dan fungus adalah musuh ketat lens dan jugak body DSLR. Fungus boleh tumbuh kat kaca lensa, dia makan lens coating dan kaca, kalau banyak memang akan beri kesan kepada kualiti optikal lens. Orang yang suka letak DSLR dalam beg kamera berisiko tinggi kena fungus sebab fungus suka tempat gelap dan lembap untuk tumbuh. Jadi ada orang beli dry cabinet untuk elak ketumbuhan fungus kat lens. Selain tu boleh jugak buat dry box secara DIY iaitu beli bekas lutsinar gaya tupperware dengan tutup kedap udara dan silica gel dam hygrometer jadi dry box. Baca artikel DIY dry box saya sini.

Cara mencuci:

1. Blower
Selain berguna blow sensor, benda ni boleh jugak blow habuk kasar dari lens. Baca artikel blow cleaning sensor sini.

2. Kain microfibre
Kain lembut macam cermin mata atau kain microfibre ok je untuk lap lens. Sebaik-baiknya tiup dulu habuk yang kasar dulu sebelum lap habuk kecil. Nanti kalau lap terus takut habuk kasar nanti calarkan lens.

3. Lens cleaning fluid
Bagus tapi ini last resort biasanya. Senan benda ni kimia, kalau silap guna boleh makan lens coating. Ramai orang cuba guna nafas dulu dan lap baru guna lens fluid.

4. Lens cleaning tissue
Sama macam fluid cuma kali ni dalam bentuk tisu pakai buang.

5 Lens brush
Berus untuk sapu habuk dari lens. Berus yang lembut dan halus paling baik.

6. Lens pen
Kalau minat, dia ada berus, cleaning fluid sekali dalam bentuk macam pen.

7. Sendiri mau jaga.
Lupa nak cakap kat atas. Sendiri kena jaga kaca lens lah. Ada je orang yang pegang kaca lens lepas tu nanti ada kesan cap jari kat lens. Ada orang gantung DSLR kat leher atau bahu lepas tu hayun je DSLR ke mana-mana, lepas tu lens terhantuk kat mana-mana. Aduh. Sendiri mau jaga la ok?

Berapa kerap kena cuci? Sebaik-baiknya bila dah kotor sangat baru cuci. Kalau berhabuk sikit-sikit tak payah lah cuci banyak-banyak. Nanti sebab cleaning lens calar dan coating tanggal. Bila dah betul-betul perlukan baru cuci ok?

Nak cari benda-benda ni takdelah mahal sangat pun. Cuba rujuk harga kat shashinki.com dulu baru beli. Kalau harga lagi murah dari situ maksudnya bagus.

Jagalah lens anda dengan baik macam jaga anak, barulah dia boleh berfungsi dengan baik dan beri hasil terbaik. Selamat menembak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...