Thursday, 6 June 2013

Lensa Zoom vs Prime - Siapa Lebih Hebat?

gambar curi dari teenagephotographer.com

Apakah lensa Prime?
Lensa Prime adalah lens yang berfungsi pada satu focal length sahaja. Diorang dibuat dalam perlbagai focal length dari wide angle ke telefoto.


Apa pulak lensa Zoom?
Lensa zoom ialah lensa yang boleh bergunsi kat macam-macam focal length dalam satu lensa. Lens zoom popular zaman sekarang sebab ia lebih mudah nak digunakan sebab boleh tukar focal length tanpa tukar lens.

Kalau masuk dalam forum fotografi mana-mana ramai ada pendapat tersendiri tentang lens mana yang lebih bagus. Jom kita cerita tentang kebaikan dan keburukan lensa-lensa ni.


Kelebihan Prime
1. Kualiti
Walaupun memang ada beberapa zoom lens high end yang menghasilkan gambar berkualiti tinggi, tapi prime secara umumnya boeh buat gambar yang lebih baik dari segi sharpness dan distortion sebab dia kurang bahagian yang bergerak dan ia dibina untuk berfungsi di satu focal length sahaja.


2. Harga
Oleh kerana lensa zoom perlukan bahagian yang bergerak ia lebih kompleks untuk dibina daripada lensa prime. Ini menjadikan lensa prime yang lebih simple pembinaannya biasanya lebih murah. Ada je primes yang mahal di bahagian super high end, tapi antara prime yang terkenal ialah nifty fifty atau fantastic plastic iaitu Canon 50mm f/1.8 yang murah tapi hasilkan gambar berkualiti tinggi.

3. Berat
Biasanya lensa prime bersaiz lebih kecil dan ringan dibandingkan dengan lensa zoom dengan focal length yang sama.Canon 50mm f/1.8 memang sangat ringan bila dibandingkan dengan lens lain.


Di atas ialah perbandingan saiz lensa. Yang kita minat ialah dua lensa di belah kanan.
Canon 200mm f/2.8L memang kecil berbanding Canon 70-200mm f/2.8L.

4. Fast
Bila orang cakap lensa itu 'fast' ia bermaksud bukaan aperture yang besar, banyak cahaya boleh masuk dan menghasilkan shutter speed yang tinggi. Contohnya lensa zoom biasa paling besar bukaan aperture ialah f/2.8, tapi lensa prime dibuat dengan aperture maksimum yang lebih besar contohnya f/1.8, f/1.4 dan f/1.2. Ini buatkan lensa prime popular bagi orang yang mengejar efek shallow depth of field.

5. Teknik
Walaupun tak salah pakai zoom tapi ramai cakap ia buatkan photographer jadi malas. Kalau kita guna zoom, kita boleh duduk di satu tempat dan zoom untuk dapatkan composition yang kita mahukan. Tapi dengan prime kita perlu zoom dengan kaki, kita perlu bergerak untuk dapatkan composition yang kita mahukan. Tak salah nak pakai zoom, cuma guna prime lebih mencabar minda kreatif kita.


Kelebihan Zoom
1. Fleksibiliti
Dengan zoom lens kita boleh tukar focal length dan perspektif dengan hanya zoom, tanpa perlu tukar lens. Ini penting untuk mereka yang shoot event dan travel, sebab tak ada masa untuk tukar-tukar lens.

2. Mobiliti
Lebih senang nak bawa keluar satu lensa zoom je daripada bawak beberapa lensa prime untuk cover focal length range lensa zoom tu. 

3. Harga
Kadang-kadang lebih murah untuk beli satu zoom lens daripada beberapa prime untuk cover focal length range lensa zoom.


Prime atau Zoom?
Dua-dua. Saya boleh dikatakan beruntung sebab ada budget untuk merasa dua-dua jenis lens ni.

Saya pakai empat lens; Tokina 12-24mm f/4 dan Tamron 17-50 f/2.8 yang merupakan lensa zoom. Canon 50mm f/1.8 dan Canon 85mm f/1.8 adalah lensa prime. Masih tak cukup lagi untuk cover seluruh range, yup.

Boleh dikatakan, sharpness dengan menggunakan lensa prime memang cantik. Memang susah nak dapat dengan menggunakan lensa zoom. Tapi zoom ada kelebihannya dari segi versatility.

Nasihat saya ialah, walaupun kit lens yang biasanya diberi sekali masa beli body tu dah boleh dikatakan bagus, tapi masih ada lagi lensa yang hebat-hebat di luar sana yang boleh kita pakai untuk dapatkan hasil yang lebih baik, contohnya Canon L lens lineup. Ia adalah pelaburan untuk masa hadapan yang bagus sebab walaupun body main peranan nak tangkap gambar, tapi faktor yang paling banyak mempengaruhi gambar ialah lensa. Beli lensa pun janganlah sampai gadai rumah kot!

Selamat menembak.

3 comments:

Mustaffa Yasin said...

Tq bro.. penerangan yang jelas

Mustaffa Yasin said...
This comment has been removed by the author.
Mustaffa Yasin said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...