Thursday, 13 June 2013

Neewer CN-160 LED Video Light

Saje nak post pasal ni untuk rekod tarikh pembelian. Benda ni sampai semalam.

Walaupun ramai orang lebih suka gunakan flash, saya nak cuba guna LED light macam Jerry Ghionis. Berbanding flash yang keluar cahaya beberapa saat je, LED light ni beri pencahayaan yang tetap. Kita boleh nampak intensity dan efek lighting ni dalam viewfinder sebelum tangkap gambar. Menarik kan?

Tapi guna LED light ni ada kelemahannya. Kalau nak dibandingkan dengan flash memang cahayanya tak cukup terang. Takpelah. Kita cuba lari daripada mainstream. Semua orang pakai flash, saya cuba ini pulak.

Saya beli ni 65,000 won, lebih kurang RM180. Takdelah mahal sangat kan? Dia pakai enam bateri AA. Ada jugak satu bekas kecil untuk bateri videocam sony. Selain tu dia ada bagi diffuser dan satu wallet untuk dua diffuser berwarna kuning dan pink.

Lama betul tunggu nak sampai. Dua minggu rasanya. Sebab dia import dari Santa Clara California ke Seoul Korea.

Macam ni lah. Minggu depan minggu exam, bateri AA pun belum ada jadi tunggu dulu lah sebelum test run lampu ni. Doakan yang terbaik je lah. Nanti kita test lampu ni. ;-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...