Tuesday, 2 July 2013

Bebelan - Hentikanlah Gear Lust

sejak kebelakangan ni, saya busy sikit buat macam-macam sebab cuti baru je mula. sambil tu di facebook saya nampak ada trend di group jual beli lens, lensa ultra wide memang banyak dijual semula. lepas tu dibeli oleh orang lain.

ramai orang cakap mereka jual lens tu sebab kurang guna lah, itu lah ini lah. bila orang lain beli, nanti kalau digunakan ok lah. tapi ada juga yang teruskan cycle, beli, tak pakai, jual balik. apa punca kurang digunakan?

dalam group fotografi yang saya aktif join sekaki, ramai orang bila cakap pasal landskap je mesti tak lekang dari komen pasal lens ultra wide. kalau shoot landskap, mesti pakai ultra wide. bukannya saya bencikan lens ultra wide ni. saya pun ada satu. tapi sama lah, kurang pakai. ramai berfikiran, bila subjek tak muat, maka mesti go wider.

50mm

ingat lagi kenapa kita disuruh belajar fotografi menggunakan lens 50mm?

lens 50mm boleh dikatakan sebagai lens standard. tak wide dan tak panjang sangat. dengan focal length 50mm, kita tak boleh zoom.

kita akan berdepan dengan beberapa situasi di mana kita tak dapat zoom in jika subjek terlalu jauh. dari sini kita belajar composition, iaitu subject placing dalam frame.

ada juga situasi kita tak dapat masukkan keseluruhan subjek ke dalam frame. dari sini kita belajar framing dan cropping, menentukan apa yang masuk dalam frame dan keluarkan apa yang tak penting.

dua skil ini penting. tapi malang sekali ramai jurugambar generasi sekarang lebih fokus nak beli lens. kalau boleh nak cover setiap focal length dari telephoto contohnya 300mm sampai ke 0mm kalau boleh. semua nak cari lens itu ini. skill composition dan cropping, benda ni yang paling mahal sebab sangat susah untuk dapatkan, ambil masa bertahun-tahun dan belajar dari banyak trial and error, dengan shoot gambar banyak-banyak.

Beli Lens Biar Bersebab

berhenti lah gear lust. nak upgrade lens biar betul sebabnya.

ada orang tanya saya pasal lens Tokina 11-16 f/2.8. dia kata orang cakap lens itu lens bagus so dia pun berminat nak beli. saya tanya kat dia, dia shoot landskap besar dan milky way ke? dia cakap, dia tak tahu. dia masih beginner. boleh je beli dan cuba genre tu. tapi macam ni lah biasa permulaan lens tak pakai dan dijual semula. kenapa saya cakap macam tu?

okey, dia berhabis ribuan ringgit beli lens tu. lepas dah beli, tengok-tengok dia tak minat nak shoot milky way atau wide landscapes. tengok minatnya lebih ke arah sports photography yang lebih memerlukan lens telephoto. maka lens ultra wide tu pun terbiar di rumah atau dijual balik. tak ke rugi macam tu?

jadi, shoot dengan apa ada dulu. sampai rasa apa genre kita. dari situ cari lens ikut keperluan kreatif kita. proses nak tahu kita punya genre ni ambil masa, tapi tak susah sebab ia perlukan kita rajin keluar shoot dan buat soul searching, apa benda yang stail shoot saya perlukan?

hentikanlah gear lust. mula belajar skill fotografi yang lebih penting seperti composition dan framing. equipment siapa-siapa pun boleh beli. skill ini mesti usaha untuk dapatkan.

ingat,

dapur yang canggih, spatula yang hebat tak guarantee pun chef tu chef hebat. skill chef tu menggunakan dapur tu lebih penting.

gambar yang saya sertakan ni saya tangkap guna handphone. saje je tangkap budak pergi pasar pakai sunglasses. street photog. upload sini buat hiasan. tak perlu beli equipment mahal-mahal. pakai handphone je. sayangi apa yang anda ada, keep calm and keep shooting and learning!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...