Saturday, 21 September 2013

Cuti Chusok 2013 & Photoshoot Kamera Sendiri

Cuti Chusok datang lagi ke Seoul!

Chusok ni adalah cuti yang agak besar di Korea, macam Thanksgiving lebih kurang. Orang Korea balik kampung, kami orang luar, stay kat Seoul. Cuti dari hari rabu sampai ahad. Lima hari! Lama tu! Since bosan-bosan, saje jalan-jalan sama kawan.

Seodaemun Prison Museum



Musem ni adalah penjara zaman penjajahan Jepun sebelum Korea merdeka. Malaya kena jajah Jepun sekejap je, Korea kena lama. So itu sebab dia macam, anti sikit kat Jepun. Teruk jugak diorang kena.


Senget sikit, tapi kalau straightkan atap pulak tak cukup nanti. Hmm takpelah lain kali datang lagi ambil gambar.



Solat Jumaat @ Itaewon

Oleh kerana cuti chusok, ramai pulak yang datang solat Jumaat. Biasanya mereka yang bekerja tak dapat datang, since kali ni cuti ramai orang Bangladesh, Indonesia dll yang datang. Hmm cabaran sikit kerja di negara bukan Islam kan?



Kadang-kadang kat Malaysia, bila mamak kedai makan silap sikit, nak tengking teruk-teruk. Bila pilihanraya je nak belasah semua bangla. Orang Indon pulak selalu nak ejek semua bibik. Kononnya hentam mereka semua ni nak rasa bangsa Melayu ni superior lah kot?

Just nak bagitau lah, pergi mana-mana luar negara, diorang ni lah yang buka kedai makanan halal. Restoran Pakistan, Bangladesh, Indonesia ni lah yang korang akan cari sebab nak makanan halal... lalala...



Ok kita kembali ke Seoul. Agak selesa, tak sesak.






Gwanghwamun & Cheonggye Stream

Oleh kerana bosan, maka keluar lah shoot kejap.














And by the way!

Malam semalam saje buat photoshoot kamera sendiri. Setup macam ni.





Banyak sungguh shoot cuti kali ni kan? Haha. Apabila takde kerja macam-macam idea datang...

Ok see ya next time.

1 comment:

Sarah Zulkifli said...

keep doing awesome pic !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...