Monday, 28 October 2013

Adakah Kita Perlukan DSLR?

Adakah kita perlukan DSLR?

Warna hitam, besar... AF laju... Canggih... All the good stuff. Ingat lagi tak masa zaman dulu kita dimomokkan dengan idea bahawa lagi banyak megapixel, lagi bagus? Padahal megapixel tu cuma berapa besar resolusi maksimum kamera tu.

Zaman sekarang marketing people dah ada idea baru. Semua orang cakap kalau nak gambar cantik mesti pakai DSLR, besar dan hitam.


Tengok gambar-gambar yang saya tangkap di bawah. Teka kamera apa yang saya pakai.

Shoot dari eye level, berdiri.
Kita duduk sikit. Masukkan foreground. pakai f/8, DOF tak cukup nak buat bunga kat depan ni in focus. rugi-rugi!
Padang bunga.

Kat gambar padang bunga ni, paling best tengok macam mana details dalam kawasan shadows, dan jugak details dalam kawasan highlights iaitu bahagian langit. Lawa betul...

Mesti tangkap pakai 7D kan?

Well, landskap tak bergerak. Tak perlukan AF yang pantas sangat pun.

Dah habis teka dah?

Ini jawapannya.


Sony NEX-C3 dengan lens E mount 18-55. Agak kickass.

Apa yang boleh saya cakap setakat ni, kamera ni sangat kecil dan ringan. Senang nak bawak. Walaupun kit lens 18-55 tu tak setanding dengan Tamron 17-50 saya, saya suka lens 18-55 ni daripada lens 16mm pancake. Pancake tu agak soft. My advice, kalau minat sistem NEX dan tak kisah saiz lens yang sedikit besar, ambil 18-55 atau 16-50 power zoom. Nak jadikan kamera ni pocketable dengan 16mm pancake tu, possible. Tapi tak cukup kecik jugak.

Still, 18-55 tu adalah taraf 18-55 kit lens. Lebih kurang je dengan DSLR punya. Yang bestnya, kamera kecik ni ada sensor yang sama dijumpai dalam kebanyakan DSLR APS-C, contohnya Nikon D7000. So kamera kecik ni memang sangat berpotensi untuk menghasilkan gambar yang superb dengan lens yang betul. 

Nak lens yang lagi berkualiti? Korang tunggu post yang akan datang.

See ya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...