Sunday, 24 November 2013

Couple Portraiture - Kelvin & Zi Ching

     Dengan ketibaan kamera Sony NEX-C3, saya dah mula meragui kenapa saya perlu pakai Canon 7D. Canon 7D tu best cuma dia terlalu hebat dan mahal. Kalau setakat tangkap gambar biasa-biasa je buat apa nak kamera high end macam tu?

     Dalam fikiran saya ada dua pilihan, jual 7D dan pakai Sony NEX-C3 yang jauh lagi murah, atau take my photography up another level. Saya cuba pilihan kedua dulu, guna Canon 7D ni di level yang apa yang sepatutnya dia gunakan.


















Ini baru testing. Nak kumpul pengalaman shoot couple sebelum betul-betul shoot wedding client yang berbayar. Kawan-kawan yang jadi 'tikus makmal' haha...

Amacam? Ok?


Saturday, 9 November 2013

Jalan-Jalan Autumn di Seoul Children's Grand Park

Hari jumaat iaitu semalam adalah hari untuk bawak keluar kamera kecil! Sony NEX-C3.

Solat jumaat dulu.



Lepas tu kita bawak keluar Sony NEX-C3 dengan lens vintaj Canon nFD 50mm f/1.4 ke Seoul Grand Children's Park. Tak jauh dari Jamsil iaitu tempat Lotte World.















Again, setup yang kecil, ringan dan tak mahal ni memang superb nak tangkap gambar yang lawa.

Rasanya ini adalah masa yang bagus untuk mula bercakap tentang penggunaan lens vintaj kat kamera mirrorless.

LENS VINTAJ + MIRRORLESS = ?


Ada beberapa minggu lepas saya beli kamera mirrorless sebab nak cuba guna lens vintaj. Yang menjadi pilihan ialah Canon nFD 50mm f/1.4 sebab yang ni yang paling murah compare dengan lens Minolta Rokkor, Olympus M.Zuiko dan Nikon AI-s. Yang tu semua mahal-mahal. SMC Takumar pun ada juga dalam options yang murah. Tapi kita try Canon FD pulak. 

Kenapa mesti mirrorless?

1. Saiz kamera kompak.
2. Flange distance. Kebanyakan lens vintaj tak boleh pasang kat DSLR sebab flange distance.
3. Focus peaking!



Selain MF assist dengan zoom in untuk check focus, kamera Sony NEX ni ada fungsi focus peaking, dia akan detect contrast dan boleh jadi guide untuk kita tahu di mana kawasan yang in focus.

Lens vintaj Canon FD ni tak mahal. sekitar RM300 je. highlight 'FD' sebab ia bukan mount yang sama dengan Canon zaman sekarang iaitu EF dan EF-S.

Dengan lens vintaj ni kita kena kawal aperture sendiri di aperture ring kat lens dan focus secara manual. Banyak kali kita shoot, bila sikit je tak cantik salahkan kamera.

"Ish gambar kite tak lawo la, kena beli 5D Mark III baru lawo ni"

Tapi bila shoot guna lens manual, ia buat kita lagi rendah diri. Kita yang buat gambar tu.
Experience guna lens manual memang best.

Soalan yang saya selalu tanya diri saya sejak kebelakangan ni ialah,
"Patutkah saya ditch semua sistem AF Canon dan guna MF lenses sahaja?"

Ce bagitahu pendapat korang.

Jalan-Jalan di Seoul Olympic Park

Khamis lepas saya ke Seoul Olympic Park di Jamsil, dekat dengan Lotte World. Saya bawak Canon 7D dan Canon 85mm f/1.8 USM.











Keep on shooting guys!

Wednesday, 6 November 2013

Fun Shots dengan Sony NEX-C3

Fun Shots dengan Sony NEX-C3 menggunakan 16mm pancake.

Masuk forum dan reviewer kamera ramai yang kata lens kamera ini itu ini... 'pompang pompang...' bak kata sifu saya, encik Haris Ishak. Tapi sebenarnya lens pancake wide angle ni agak menarik. Distortion dia agak fun. Saiz lens ni pun kecik, senang nak shoot sesaje.

Kita masuk bilik Khalish. Berphotoshoot sikit barang dia. Guna efek High Contrast Monochrom dalam Picture Effects.









Dan di sini kita testing guna Canon nFD 50mm f/1.4.



Kecik-kecik pun seronok nak guna.


See ya around!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...