Saturday, 9 November 2013

Jalan-Jalan Autumn di Seoul Children's Grand Park

Hari jumaat iaitu semalam adalah hari untuk bawak keluar kamera kecil! Sony NEX-C3.

Solat jumaat dulu.



Lepas tu kita bawak keluar Sony NEX-C3 dengan lens vintaj Canon nFD 50mm f/1.4 ke Seoul Grand Children's Park. Tak jauh dari Jamsil iaitu tempat Lotte World.















Again, setup yang kecil, ringan dan tak mahal ni memang superb nak tangkap gambar yang lawa.

Rasanya ini adalah masa yang bagus untuk mula bercakap tentang penggunaan lens vintaj kat kamera mirrorless.

LENS VINTAJ + MIRRORLESS = ?


Ada beberapa minggu lepas saya beli kamera mirrorless sebab nak cuba guna lens vintaj. Yang menjadi pilihan ialah Canon nFD 50mm f/1.4 sebab yang ni yang paling murah compare dengan lens Minolta Rokkor, Olympus M.Zuiko dan Nikon AI-s. Yang tu semua mahal-mahal. SMC Takumar pun ada juga dalam options yang murah. Tapi kita try Canon FD pulak. 

Kenapa mesti mirrorless?

1. Saiz kamera kompak.
2. Flange distance. Kebanyakan lens vintaj tak boleh pasang kat DSLR sebab flange distance.
3. Focus peaking!



Selain MF assist dengan zoom in untuk check focus, kamera Sony NEX ni ada fungsi focus peaking, dia akan detect contrast dan boleh jadi guide untuk kita tahu di mana kawasan yang in focus.

Lens vintaj Canon FD ni tak mahal. sekitar RM300 je. highlight 'FD' sebab ia bukan mount yang sama dengan Canon zaman sekarang iaitu EF dan EF-S.

Dengan lens vintaj ni kita kena kawal aperture sendiri di aperture ring kat lens dan focus secara manual. Banyak kali kita shoot, bila sikit je tak cantik salahkan kamera.

"Ish gambar kite tak lawo la, kena beli 5D Mark III baru lawo ni"

Tapi bila shoot guna lens manual, ia buat kita lagi rendah diri. Kita yang buat gambar tu.
Experience guna lens manual memang best.

Soalan yang saya selalu tanya diri saya sejak kebelakangan ni ialah,
"Patutkah saya ditch semua sistem AF Canon dan guna MF lenses sahaja?"

Ce bagitahu pendapat korang.

7 comments:

FaiqRadzali said...

mana nak cari lens manual?

Unknown said...

cantiknye gambar time autumn.. jeles!

APKINS Photography said...

haa itu tricky. saya beli kat korea. kat malaysia tak sure macam mana haha

muhammad nasir hadran said...

Antara Nikon d3100 dan Sony nex c3 mna yg better

muhammad nasir hadran said...

Antara Nikon d3100 dan Sony nex c3 mna yg better

APKINS Photography said...

kalau saya memang saya akan kata nexc3. semua depends on kesukaan dan taste seseorang itu haha

rozis che pa said...

sy guna lens manual buatan rusia HELIOS m42 58mm f2 pasang dekat d7000.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...